Mengapa kita perlu ambil Video

Khamis, 29 Disember 2011


Memang tak rugi zil ambil videographer masa kahwin zil..ni adalah video reception yg kedua.. kiranya bonus dari Arezeo la.. Zil suka video ni sebab zil boleh tengok ramai yg wish perkahwinan zil.. if tengok yg un edit, lagi ramai.. tp yg ni arezeo pilih secara rawak je la...

Mengapa Zil teringin sangat ambil Videographer utk majlis kahwin Zil?

1. Zil nak merakamkan saat2 hari bahagia zil.. dimana Abg zil melafazkan akad..
2. Zil nak tengok suasana majlis zil.. sebab kita sebagai pengantin, tentu2 sibuk nak bergambar je kan.. so, di situ dengan adanya videographer ni, kita leh tengok rakaman dari sudut2 lain..
3. zil ngan suami hidup berjauhan.. belum diberikan rezeki utk tinggal bersama.. bila zil terasa rindu sangat ngan suami.. zil akan menonton video ni berulang kali.. lagi2 zil suka dengar suara hubby zil.
4. Dapt merakam segala kisah kita.. sebab arezeo ada menginterview zil sejarah perkenalan kami.. apa yg kami saling jatuh cinta.. lagi2 zil ni memang tiada nota diari.. tentu2 bila tua akn lupa sedikit kenangan2 tu.. adanya video ni, bolehla kita imbas semula kenangan tu..
5. jika dengan photographer, kita hanya leh melihat gambar sahaja.. tiada pergerakan.. tiada suara kan.. hihihi..
6. Zil nak tunjuk pada anak cucu zil nanti...

Sebenarnya banyak lagi sebab mengapa zil perlukan videographer..

Mcm mana ngan kawan2? penting atau tak terpulang pada kawan2 kan.. tp bagi zil.. ia sangat penting.. nak tengok video utk reception 1 & solemnization boleh la klik di bawah ni ya..

Mas Kahwin boleh dimakan ke?

Rabu, 28 Disember 2011


Salam semua...
Dah lama sebenarnya zil nak berkongsi info ni.. tp disebbkan masa yg agak terhad, entry ni tertunda2 dalam note zil.. Tp disebabkan ada lagi seorang kawan yg bertanyakan Zil tentang hal ni, tak salah sekiranya Zil berkongsi sekali dalam blogs Zil ni kan...

Dulu sebelum kahwin, orang pertama yg tegur zil berkenaan mas kahwin adalah mak zil... sesiapa yg ada tengok video kahwin Zil, tahulah jumlah mas kahwin yg diberi suami zil pada zil.. Disebabkan jumlah tu, mak zil pernah mengingatkan Zil agar mas kahwin tu nanti dibeli pada barang2 yg tidak boleh dimakan.. khuatir katanya takut suami kita akan makan sekali.. HARAM katanya.... terkejut juga zil dengar... tp zil cuba mencari maklumat2 tu.. tp tak da pun dalam islam yg mengatakan Haram suami memakan duit mas kahwin yg diberikan pada si isteri..

Selepas mak zil, mak saudara zil pula yg mengingatkan zil.. mak cik zil ni lagi la.. dia kata, duit tu jangan beli emas.. takut nanti kita akan gadai kemudian bila tak da duit.. dan duit tu nanti kita beli makanan.. sampai mcm tu sekali fikiran mereka.. mak cik zil suruh zil beli mesin basuh ke, peti sejuk ke..

Tapi dari dulu lagi zil berniat duit tu akan zil masukkan ke dalam akaun tabung haji Zil.. Zil teringin sangat nak menunaikan rukun islam ke lima tu...

Selepas kahwin, ada pulak kawan2 yg bakal berkahwin pun bertanyakan hal ni.. kebanyakannya adalah dari kaum zil sendiri.. TAPI semalam, kawan zil dari kaum Melayu pula yg bertanyakan hal ni.. jadi, di sini zil ingin berkongsi maklumat ni.. Pertama sekali kita kenalah faham apa yg dimaksudkan dengan Mas kahwin & Wang hantaran sebab masih ada dikalangan kita ni yg keliru antara mas kahwin dan hantaran, antara adat & hukum syarak.

Zil ni bukan ustazah, ilmu agama zil pun terlalu lemah utk zil terangkan sendiri.. maklumat ni zil ambil dari web halaqah yg boleh dipercayai. utk lebih lanjut bolehla klik web halaqah ni ya.

cuma zil nak ringkaskan sedikit apa yg zil faham.

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan seperti firman Allah bermaksud: “Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (Surah Al- Nisaa’, ayat 4)

Berbeza dengan mas kahwin, hantaran pula adalah amalan adat resam masyarakat Melayu. Istilah wang hantaran merujuk kepada wang yang dihantar pengantin lelaki kepada bakal mentua atau bakal pengantin perempuan. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.
Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.


Zil tidak menetapkan mas kahwin zil.. tp suami Zil sendiri yg tetapkan.. Diikutkan mas kahwin di negeri selangor adalam RM300 jika tak silap zil.. Tapi suami Zil beri lebih dari itu. Mungkin suami Zil menetapkan nilai tersebut kerana mas kahwin di Perak adalah RM101.. dia ingin mas kahwin tersebut mempunyai nombor yg sama seperti di perak. tp bukan lah rm101..

Wang hantaran juga, kami tak letakkan dan tak da bertanya kepada pihak lelaki masa merisik dulu.. Tetapi family suami zil sendiri yg mengatakan jumlah mas kahwin & wang hantaran tersebut.. kerana bagi family zil, wang hantaran tu tak penting, yg penting pernikahan kami selamat dijalankan.. bagi mereka lagi cepat kami berkahwin, lg elok utk mereka. oleh itu mereka tak nak membebankan pihak suami zil dengan meletakkan harga mas kahwin & hantaran.. dan memang tak disebut pun oleh keluarga zil berkenaan wang hantaran dan mas kahwin masa family mereka datang merisik dan bertunang.

sambung lagi ya..
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Di sini juga ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama dimana ia menjawab pertanyaan zil dan kawan2 selama ni. Diharap ia dapat membantu kepada mereka yg masih keliru berkenaan mas kahwin.

"pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang”. Mankala ‘Pemberian’ ditafsirkan sebagai “pemberian sama ada dalam bentuk wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan”. - seksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
Diulang sebanyak enam kali di dalam Surah Al-Baqarah dan Surah An-Nisaa’ dan sekali pada Surah Al-Mumtahanah dengan sebutan yang berbeza antaranya ‘sadaq’bererti kebenaran, ‘nihlah’ pemberian wajib, ‘Atiah’ pemberian, ‘qintaran’ harta yang banyak, ‘faridhah’ maskahwin, ‘Ajrun’ kebaikan, disebut dalam firman Allah SWT yang memberi maksud seperti berikut:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [An-Nisaa: 24]

"hantaran bukan jaminan kebahagiaan"

ok.. zil nak sambung kerja zil semula..

Assalamualaikum...

PECAH RUMAH KALI KE-4

Selasa, 13 Disember 2011

Salam semua...
Zil baru je lepas dari bercuti.. mood bercuti pun masih ada lagi.. dan rasa malas sangat nak kerja...

Percutian ke Langkawi minggu lepas bersama family mertua adalah satu percutian yg tak dirancang... sbnrnya kami (hubby & zil) nak bercuti ke Bukit Fraser Pahang pd 9hb. hotel pun dah bayar... Disebabkan family mertua ajak gi Langkawi sebab ada pameran Lima kat sana, jd kami pun membatalkan percutian ke bukit fraser tu.. terpaksalah berikan kepada mereka yg berminat nak bercuti ke sana..

Dipendekkan cerita, kami balik dari langkawi pada 9bh Disember. balik dari sana, kami sekeluarga rancang nak tidur di Penang.. sebab nak jalan2 kat Penang la katakan.. mcm2 plan kami bila sampai kat penang nanti.. tujuan utama adalah Jalan-jalan Cari Makan. itu memang hobi hubby Zil.

TAPI...

40km lagi kami akan sampai ke jeti butterworth, jiran mertua zil call ayah mertua zil dan beritahu rumah mak mertua kena pecah masuk dengan pencuri.. hati siapa yg tak tenang kan bila dengar cite macam tu.. dan lebih2 lagi ni adalah kali ke-4 kena pecah masuk ngan pencuri.. percutian pasti tak menyeronokkan jika tahu rumah kena pecah masuk.. so, kami pun buat keputusan balik pada masa tu juga.. nasib baik kami belum naik feri lagi..

Setibanya di rumah mertua kat Ipoh, terkejut tak lah sangat.. sebab ni dah 4 kali.. memang keaadan rumah tu teruk sangat.. lebih2 lagi dalam bilik mak mertua zil.. bersepah habis dengan baju2 yg berselerak atas lantai... tp pencuri tu masih juga tak dapat apa yg dia nak.. hanyalah duit siling2 yg mak mertua zil simpan tu je yg diambilnya... nasib baik barang kemas tiada yg hilang...

Pencuri tu tau yg kami tiada dirumah utk beberapa hari, sempat lagi mkn dan minum di rumah mak mertua zil... kecurian yg dulu pun sama.. Ingat lagi masa tu seminggu selepas zil bertunang.. nasib baiklah barang2 hantaran hubby zil dah bawa ke rumah sewa hubby zil kat Tanjung Malim. Masa ni rumah tu lagi teruk dari sekarang... banyak barang2 yg hilang.. barang kemas mak mertua zil pun banyak yg diambilnya...

Tp disebabkan pengalaman yg lepas tu, bermacam2 cara kami buat.. pasang grill besi, pasang banyak kunci disetiap pintu rumah.. pasang pendinding habis dalam RM1400++.. TP masih lagi tak berkesan.. cian ngan mak dan abah mertua zil..

dan dah berapa kali tu juga polis datang ambil gambar...



BILA HATI MULA MERAJUK

Jumaat, 7 Oktober 2011

Salam semua,
sbnrnya hari ni hati zil sedang merajuk.. ngeee... merajuk ngan hubby sebab tak jawab call zil smlm.. sbnrnya hubby memang tak salah.. tp mengapa hati ni cepat sangat nak merajuk akhir2 ni.. hubby zil kursus di Genting. dan zil harus faham dgn situasi hubby zil.. mungkin hubby tengah dalam kelas lg ke.. hubby call mlm smlm.. sengaja tak nak jwb.. hehehe.. dlm hati. padan muka.. jahatnya hati zil ni.. tp sbnrnya dlm teringin sangat nak jwb. rindu...

pagi ni.. hubby hantar mesej.. minta maaf sekali lg.. tp zil sengaja tak balas.. tp dlm hati ni.. rindunya kat hubby..

tengah hari.. hubby call.. zil buat suara2 tak da mood.. dgr suara hubby pun mcm sedih je... lepas tu letak.. tp dlm hati... menyesalnya aku.. dah la rindu nak borak ngan hubby...

petang ni terima mesej dr hubby.. membuatkan zil tersenyum dan tergelak..

hubby : Jika anda ingin suami anda jemput dirumah sila balas 'YA' dan jika anda tidak mahu dijemput sila balas 'TIDAK' ke nombor ini. tertakluk pada terma dan syarat

Zil : YA (sebab dlm hati suka hubby yg jemput, zil tak nak naik bas gi genting.. lagi2 sorang2)

lps tu hubby balas

hubby : Msg invalid.. pls try again (zil dah mula gelak lagi.. dan senyum sorang2 kat office)

Zil : Msg error (zil tak da idea nak balas msg hubby.. balas mcm tu je)

hubby : Invalid code... please try again.

Zil : YA

hubby : Sila balas 'MUAH' untuk confirmkan jwpn anda dan sila balas 'UWEK' jika tidak confirm. tertakhluk pada terma dan syarat.

Zil : (send simbol orang bagi cium.. )

hubby : Invalid msg.. pls try again.. (masa tu nak gelak je.. saja je abg ni.. pandai betul pujuk isteri dia.. hehehehe.. lepas tu nak kena cium banyak kali.)

ok.. setakat ni jelah.. dan skrg tak sabar nak tunggu hubby jemput zil nak gi genting...

BANDUNG - PART 2

Isnin, 26 September 2011

Salam semua...
Zil memang terlupa nak update part bandung ni.. baru skrg terhegeh2 nak update...

Pada hari kedua ni.. kami ambil supir sebab masa part 1 tu, zil ada cite yg zil tak dpt nak hubungi saudara zil yg di Bandung tu.. so, pagi2 tu kami sarapan dulu sementara menunggu pak supir datang.. sarapan di Hotel Novotel tu memang sedap2... tengok tu kami ambil banyak makanan.. tp tak habis pun.. membazir je kan.. kami pilih meja di luar.. nak hirup udara segar di bandung.. memang cuaca di bandung agak sejuk berbanding di Malaysia..
Muka yg semakin bulat.. dan semakin gelap rasanya pada masa ni...
Hubby tetap hensom di mata zil..

Inilah dia pak supir kami.. kalau nak gi bandung tu, ambillah pak sulaiman ni.. dia ok..boleh bagi pendapat pada kita... harga pun murah je.. bila dia dah rapat dengan kita.. dia dah anggap mcm kita ni saudara dia.. sebab pa tau.. tu nanti zil cerita kemudian ya pada part 3...

Hari kedua ni plan kami nak ke pasar baru.. nak shopping la kan.. ramai yg kata, kita orang ni nak honeymoon ke nak shopping.. tujuan asal memangla nak honeymoon.. tp bila dah pilih nak ke bandung, bertukar jadi shopping pulak.. pagi2 tu bila dah sampai ke pasar baru.. kami jd blur sikit.. tak tahu tujuan apa kami ke situ.. nak beli apa??? sebab kami berdua ni memang tak pandai tawar menawar.. dah la kami berdua je.. so, pergi lah ke bahagian telekung dahulu...

rasanya mcm menyesal pula ke pasar baru.. memang dengr kata murah.. tp bagi zil masih lagi mahal.. tengah tawar menawar tu, hp berbunyi.. rupanya saudara yg di bandung tu call.. suka zil tau.. saudara zil rupanya pergi mencari zil ke hotel.. tapi saudara zil tak tahu nama hubby zil.. dia cari guna nama zil.. memangla tak da dalam list hotel tu.. sebab atas nama hubby zil.. so, zil beritahula yg zil dah ambil supir. nama saudara zil tu kak ati.. zil sebut kak ati je lah ya.. zil suruh kak ati tu pergi ke pasar baru.. zil tunggu kak ati di pasar baru je..

ha kau.. zil memang tak pernah jumpa kak ati tu.. dan kak ati pun tak tahu muka zil mcm mn.. tp kak ati dapat cam zil sebab ada iras muka kakak sepupu zil yg lain.. amboi tengok lah gaya kak ati tu.. mcm artis... malu zil.. sebab zil ni simple je.. yg berbaju kuning tu la kak ati.. kak ati ni umur dah nak masuk 40.. tp nampak muda lagi kan.. memang orang bandung ni awet muda... mereka kuat mkn jamu.. tengoklah siapa yg paling muda.. nampak mcm kak ati tu lagi muda dari zil..
Walaupun zil tawar menawar bersama kak ati ni.. tapi bagi zil harga di sana masih lagi mahal.. adakah sebab kami ni memang tak pandai tawar menawar... tp zil beli la juga utk dibuat ole2 bagi keluarga di Malaysia kan..

Lepas je shoping2 kami mkn.. sebab dah lapar..

sebab dah lama tak update.. zil dah lupa nama menu yg kami ambil ni.. tp memang sedapla bagi zil.. lagi2 minuman.. jarang kita jumpa minuman yg dijual di bandung ada di Malaysia tau... kalau ada pun mesti mahal.

Lepas je makan, kami terus ke toko tiga.. Toko tiga ni tempat barangan branded macam jeans levis yg original... pergi sana.. memang penuh dengan orang Malaysia.... zil pun rembat la sehelai jeans je.. hubby pun rembat sehelai juga.. sebelum ke bandung, pernah tanya budge ngan kawan2 yg dah pernah sampai ke bandung. mereka kata bawa RM1500 dah cukup utk shopping kat sana.. tp kami bawa RM1750 (RP5juta).. hotel dan flight memang dah bayar awal sebelum kahwin lagi.. RP5juta tu kami bahagikan utk 5 hari.. contoh.. kalau hari pertama tu, kami budget memang nak stay hotel je.. lepas tu utk mkn je.. so budget utk makan dalam rupiah tu hanya RP100K je.. mungkin itu pun dah lebih agaknya kan... utk hari kedua kami budget dlm RP1.5juta je.. sebab nak lebih shopping katakan.. jadi duit yg lebih tu memang kami tinggalkan di bilik hotel.. TAKUT nak bawa duit banyak2 ni... TAPI kan.. duit yg kami bawa hari kedua ni memang terlebih budget.. Jadi di toko tiga kami gunakan kad kredit je.. *Di bandung ni tak semua tempat boleh guna kad kredit tau.. di pasar baru, zil sarankan JANGAN guna kad kredit.. tp di toko tiga tak pe.. dan lagi guna kad kredit lagi murah dari buat pertukaran wang asing di sana..


Lupa nak beritahu.. janganla kedekut sangat tau bila di sana.. di sana kena sering bagi tips tau.. masa kat toko tiga tu, bagilah duit mkn utk supir..apa salahnya kan.. suruh dia pergi mkn dulu ke.. kecian dia menunggu kita lama kan..
Lepas tu, kami berjalan2 di jalan dago.. beli la sehelai dua tshirt.. huhuhu.. penat rasanya... lepas tu kami pergi makan di restoran Sambara. Makanan orang sunda... masa kat pasar baru tu makanan orang padang.. ayam2 kat sana kecil2... ayam kampung.. mcm belum cukup utk membesar, mereka dah sembelih agaknya.. hihihi...
orang bandung ni lembut2.. cantik2..

kat restoran ni kami hubis dalam RP300k++ utk 6 orang.. boleh la kan.. kira murah la.. Jangan lupa ajaklah sekali supir tu makan.. kadang tu mereka taknak.. mungkin mereka malu.. tapi kita ajak juga supir tu mkn sekali.. ..

Majoriti, makanan kat sana memang kena dengan tekak zil.. lepas tu, dah penat.. baliklah ke hotel.. ni dia kami shopping utk hari kedua...



OFFICIAL - RECEPTION

Rabu, 21 September 2011

Salam semua,
Dah lama rasanya zil tak update blogs.. kat office banyak kerja.. bila dah hujung tahun mcm ni, mulala office zil bz.. Entry kali ni zil nak tunjuk hasil kerja Arezeo masa wedding zil.. bagi Zil, memang lebih puas hati dari duit yg kita keluarkan.. sbnrnya dah lama zil terima DVD dari Arezeo.. tp tak da masa nak upload dalam blogs. lagi2 zil ni bab2 komputer tak pandai.. zil tak tahu nak convert DVD ke video cam mana. dan lagi2 size yg besar nak kecilkan pun tak tahu.. baru semalam tergerak nak belajar mcm mn nak convert DVD ke video ni.. ni zil dah resize ke low quality.. jika lihat yg asal, memang cantik hasilnya..





Ni highlight sanding yg pertama.... zil suka dengar wish dari kawan2 dan ahli keluarga.. kalau tengok DVD yg unedit (full version) memang ramai yg wish.. takkan nak masukkan semua wish dari diorang kan.. so, arezeo pilih secara rawak je. zil pun suka tengok video yg full version.. kadang tu sampai tergelak2 tengok karaoke diorang.. happening sangat2.. mak ayah zil pun suka.

HIGHLIGHT - SOLEMNIZATION

Salam semua,
Hubby zil malu kalau zil buka video ni.. hubby zil tak suka nak tengok.. malu katanya.. video akad nikah ada 2 highlight.. ni yg pertama.. yg kedua zil susah nak upload.. terlalu besar sizenya walaupun dah dikecilkan..yelah, masa highlight kedua tu 12minit.. dlm highlight kedua menceritakan detik perkenalan kami hinggalah perancangan honeymoon dan anak.. sebab highlight kedua tu arezeo ada menemuduga kami berdua secara berasingan.. kami memang tak tahu yg arezeo akan temuduga kami mcm tu.. mcm2 soalan ditanya.. jawapan pun spontan.. tak tahu nak cakap..


KEBAHAGIAAN SELEPAS BERKAHWIN

Isnin, 22 Ogos 2011

Salam semua,
Syukur alhamdulillah kita dah pun berpuasa selama 23 hari termasuk hari ni... semoga ibadah kita di bulan puasa ni diterima.

Nak tanya ni, apa perasaan kawan2 bila dah kahwin ni?? seronok tak? bahagia tak? mesti bahagia kan.. mesti seronok. mcm tu la dengan zil.. walaupun hidup berjauhan dengan suami, zil masih lagi merasa kebahagiaan hidup suami isteri.. nak tau tak??

Pertama, bila kita dapat menyediakan makanan utk suami dan bila suami makan dengan lahapnya, rasa bahagia dan puas hati sangat.

Kedua, kita boleh keluar sesuka hati kita dengan suami. mcm dulu sebelum kahwin, mana boleh zil balik malam.. nak kena marah dengan mak ayah zil. tp sekarang ni, siapa nak marah kita. betul tak. sabtu hari tu, zil keluar shopping ngan hubby dari pagi sampai malam.. balik rumah dalam kul 1pagi lebih.. rasa bebas je... tak perlu nak risau mak marah ke tak..

Ketiga, zil paling suka bab ni.. gatal betul zil ni.. zil suka bila hubby zil peluk zil.. rasa disayangi yg teramat sangat. zil suka bila zil nak bangun pagi masa sahur untk masak, bila jam dah berbunyi menandakan zil harus bangun.. bila zil nak bangun dari tidur, hubby terus cepat2 tarik zil dan peluk zil suruh tidur.. adui.. rasa bahagianya.. rasa masa tu, tak nak bangun dah. nak tidur je lagi dalam pelukan hubby... zil suka sangat...

Dan lagi, bila malam tu zil temankan hubby menonton television.. saja2 je pura2 tertidur atas sofa. lepas tu, bila tayangan tv dah habis...... hihihi.. malu nak cite.. yg ni zil suka.. hubby zil akan dukung zil yg tertidur di sofa sampailah ke bilik..zil suka DIDUKUNG oleh hubby. sukaaaaa sangat.. padahal tak tidur pun lagi.. saja je pura2 tidur.. gatalx3.. aksi ni zil buat bila tinggal berdua di rumah suami je.. jgn buat depan family.. malu. cite ngan mak.. mak gelak je.. mak zil ni umpama sahabat baik zil..

Dan lagi kan.. zil ni kuat tidur tau.. bila dah bangun pagi, lepas sembahyang jemaah dengan hubby, mesti zil akan tidur semula.. lagi2 bila hubby zil pun ajak tidur semula.. sukaala zil.. TAPI, bila dah tertidur, hubby zil yg akan bangun dulu sebab hubby zil nak gi kerja masa tu.. bila hubby zil dah siap mandi, pakai baju nak gi kerja dan siapkan sarapan pagi utk zil, baru hubby zil kejutkan zil dengan ciuman di pipi.. adui.. yg ni zil suka.. seakan dunia ni milik zil je.. wahahaha.. bahagia sangat.. tp tulah, malu tau.. bila tengok sarapan utk zil disediakan oleh suami.. sepatutnya zil la kan.. ni dah terbalik... bila bangun tengok2 suami dah siap2 nak gi kerja... dan zil tinggal nak sarapan je..

time tu cepat2 zil gi mandi sblm hubby zil gi kerja.. sebab zil tak nak tertinggal satu babak ni.. nak tau tak.. zil akan temankan hubby ke depan pintu pagar rumah dan zil akan salam dan cium tangan hubby zil bila hubby zil nak pergi kerja... lepas tu, yg ni zil sukaaaa.. hubby akan cium dahi zil.. wah.. best2.. rasa bahagia yg teramat sangat.. rasa tak keseronokan lepas berkahwin ni.. best kan..

Time nak raya ni, zil memang tak da duit.. almaklumla gaji bulan ni dapat sikit sebab ambil cuti panjang tanpa gaji.. tapi disebabkan ada hubby yg sygkan kita, dpat juga zil merasa bershopping raya.. hubby zil berikan budget utk zil bershopping raya.. tp budget tu, zil gunakan dan sampai terlebih2 pula.. sepatutnya budget tu utk 2 pasang baju raya, 2 handbag raya, tudung dan kasut raya.. bila dah berkenan dengan satu baju tu cantik.. harga 1 baju boleh dapat 2 baju.. jadi budget dah lari la kan.. bila hubby tengok zil sukaa.. terpaksalah hubby menambah budget lagi utk zil..

Masa ni zil terasa yg zil ni boros sangat.. Zil shopping raya utk zil saja habis dalam seribu lebih.. mak zil pun tegur.. mana taknya.. zil ni nafsu shopping kuat.. tu yg nak shopping online je..tak nak gi shopping complex. hari tu gi pavilion.. nak beli lagi satu beg.. sebab 1 beg lagi dah beli online kan.. masukla kedai sembonia.. zil memang suka brand sembonia.. harga berpatutan.. bila masuk tu.. ada 2 beg yg zil berkenan.. tak tahu nak beli yg mana satu.. boleh mcm tu.. siap duk lama kat situ dan fikir.. akhirnya, dua2 zil ambil... nampak tu.. zil ni nafsu shopping tak leh nak kawal... baju raya dah dpt 1... shopping lagi kat jusco. nampak satu baju kaftan tu.. cantik sangat. harga rm100++. zil berkenan sangat.. tp hubby minat ada 1 baju tu ada corak bunga.. harga lagi mahal dari yg zil suka.. hubby zil suka zil pakai baju bunga2 ni.. zil tak tahu nak pilih mana satu.. kalau beli plihan hubby, budget yg diberi hubby dah lari. tp zil mestilah nak puaskan hati hubby.. nak tambah guna duit sendiri memang takda la.. akhirnya, hubby keluarkan duit hubby lagi utk belikan baju bunga2 tu... dan zil rembat juga baju kaftan yg zil nak sangat tu.. hubby zil nak zil happy.. snggup keluarkan duit utk bini tersayang.. hihihi. raya ni dapat 3 beg raya, 3 baju raya..

bab kasut pula... memang dah tak da budget.. sebab perbelanjaan zil dah melebih budget.. dalam hati, tak pelah.. pakai je kasut yg sedia ada.. tp hubby tanya pula.. kasut tak nak beli ke.. zil senyum je.. hubby faham la tu, yg duit dah habis.. hihihi.. tp disebabkan kasih sayang dan cinta hubby pada zil, hubby bawa juga zil masuk kedai vincci.. hubby pilih satu kasut yg dia suka dan tunjuk pada zil.. zil suka, terus hubby bayarkan.. bestnyer.. memang best berkahwin ni.. semua apa yg kita nak akan dpt.... balik shopping berbag2 zil bawa...

oh lupa.. nak tahu tak.. masa zil shopping beli beg kat sembonia tu, masa tu sembonia ada buat promotion.. setiap pembelian beg yg berharga rm200 ke atas akan mendapat percuma satu beg yg berharga RM139.90... zil dptlah 2 beg percuma.. stu warna pink dan satu warna coklat.. dapatlah 4 beg sembonia.. TAPI hanya dikedai sembonia tersebut.. kalau di jusco, sogo takkan dapat tau.. beg di bawah ni.. memang cantik.. boleh pakai terbalik tau.. 2 in 1. beg shopping.. nampak tak.. best kan kahwin ni...
Dalam gambar ni kata " get a shopping bag with RM139.90 at RM69.00 with any purchase. Tp zil dpt free je dengan setiap pembelian beg yg berharga RM200 ke atas.

Tengok dengan lebih jelas.. zil ambil color pink and brown.. dalam gambar ni nampak yellow pulak color brown tu.. masa zil beli tu, biru dan merah tu tak da... yg beg pink tu bila terbalikkan berwarna grey.. cantik.. yg brown tu dalam dia hitam. 2 in 1..

keempat.. masa nak raya.. lagi seronok kan.. dulu pagi raya mana ada kita jumpa bf kita dulu kan.. skrg ni.. pagi raya, org yg kita slam terlebih dahulu mestilah suami kita... betul tak.. agak2 dapat duit raya tak dari hubby zil??? tak pelah.. lagipun dah banyak duit hubby zil kuar utk bulan ni hanya utk isteri tersayang...

kawan2 mcm mn kehidupan lepas berkahwin???? seronok tak? rasa nak kahwin lagi tak?? hehehe.. mana boleh.. cukup la satu..

SHOPPING RAYA

Isnin, 15 Ogos 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

Di pagi yg ceria ni dgn wajah yg ceria.. ecece... dah lebih setengah bulan umat islam berpuasa... mudah2an puasa kita diterima.. kawan2 dah beli baju raya belum?? spt yg zil cite pd entry sebelumnya, zil masih belum beli baju raya.. tp zil sibuk bershoping online.. hihihi.. tak da masanak pergi shoping complex..

Zil suka bulan puasa ni sebab zil dapat jalankan tanggungjawab zil sebagai seorang isteri.. zil sediakan mknn berbuka puasa utk suami, mknn utk sahur.. pkul 4 pg zil dah bangun utk masak.. mengantuklah juga.. tp kenalah paksa juga.. utk dapatkan pahala.. hihihi... tp seronok bila suami makan dengan lahapnya..

aik.. tajuk shopping raya.. ni dah masuk cita lain.. zil selalu mcm ni kan.. oklah... zil ni kata je tak da duit hari tu.. tp banyak pula zil berbelanja bulan puasa ni.. seminggu zil beli barang2 dapur habis dekat RM200.. taktahu apa yg zil beli ni ek..

last saturday, zil dan hubby gi giacomo.. waa.. banyak tau promosi kat giacomo.. potongan sehingga 60%.. banyak juga zil beli.. tapi zil tak beli set pinggan mangkuk.. sebab dah banyak.. skrg ni zil suka shopping barang2 rumah.. antaranya...

set pisau, mangkuk membakar yg mcm jenama pyrex tu.. boleh la nanti zil nak stim ayam ke... lagi, zil beli periuk masak atas dapur spt di bawah ni.. alat penyukat dalam ml brand marinex dan banyak lagi.. keseluruhan habis dalam RM500.. itu semua dah semestinya duit suami zil.. zil mn ada duit.. maklumla gomen kan dpt bonus... hihihi.. so, minta la sikit utk budget barang2 dapur..
ni hanyalah gambar hiasan je..

lepas je balik dari giacomo terus gi jusco.. cari pinggan jenis dinner plate.. hubby zil suka mkn atas pinggan yg besar.. tapi tak nak rata.. nak ada lengkung sikit.. kat giacomo kebanyakannya rata je.. bila buh kuah.. habislah tumpah nanti kan.. sib baik kat jusco ada.. beli la sedozen.. tp harga lagi mahal dari giacomo walaupun dah ada 10% diskaun.. sambil2 tu tengok2la barang2 lain.. zil berkenan betul dengan periuk seperti ni.. teringin nak beli... nanti2 ada duit lebih zil nak kumpul periuk mcm ni.. cantik je kan bila memasak atas dapur, kita boleh tengok isi dalam periuk tanpa membuka penutup... vision brands..

selain beli barang2 dapur, zil shopping online beg pula.. hubby zil nak belanja katanya.. 2 pasang baju, 2 beg dan 2 kasut.. seronoknye... zil baru beli 1 beg je.. itupun online... Zil nak gi beli 2 lg kat sogo/bukit bintang/pavilion.. dah dapat lampu hijau.. harus digunakan sepenuhnya... TQ dan syg sgt2 kat my hubby...
ni dia beg yg zil beli online.. cantik tak? zil suka tengok beg2 kat FND Conoco.. nak beli yg 100% original cian ngan hubby nanti.. hihihihi.. yg ni pun dah kira ok.. Grade AA.

skrg ni tengah survey online baju pulak.. cantik tak baju ni?? hubby zil suruh zil pakai jubah... so, ok tak baju ni?? berkenan sangat ni.
*hubby zil suka zil pakai baju dress mcm maxi.. geram katanya bila tengok zil pakai baju mcm tu.. skrg ni hubby suruh zil pakai dress je.. tak yah pakai jeans lagi.. TAPI masa honeymoon hari tu zil dah beli suar jeans levis ori 2pasang... so??? takkan nak simpan je..

BERCUTI PANJANG

Rabu, 27 Julai 2011

Salam semua..
Tinggal berapa hari je lagi, kita semua umat islam akan menyambut bulan puasa. Bagi yg baru berkahwin tu, mesti rasa tak sabar nak sambut bulan puasa ni kan.. Yelah, first time berpuasa bersama suami dan keluarga baru.. begitu juga Zil. kpd yg PJJ (perkahwinan jarak jauh) mesti rasa sedih sebab tidak dpt berbuka puasa bersama suami setiap hari. begitu juga dengan zil yg PJJ ni..

Sedih bila fikirkan suami kita nak berbuka sorang2, nak sahur sorang2.. lainlah kalau suami kita tinggal ngan family dia.. Mcm Zil, suami tinggal seorang diri dirumah sewa kami.. sedikit sebanyak bila dah jadi isteri mesti automatik teringat pada suami kita yg jauh dimata ni.. teringat cam mana keadaan dia nanti.. Dengan itu, zil telah mengambil keputusan utk bercuti panjang sepanjang bulan Ramadhan ni.. Tp mesti zil tak da duit masa raya nanti kan.. tak pelah. tak da baju raya pun tak pa.. boleh jadikan baju nikah sebagai baju raya kan... yg penting Zil dpt menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri... yeeee. tak sabar rasanya nak cuti..

Syukur Alhamdulillah, segala kelengkapan perabut dan barangan elektrik di rumah suami telah pun lengkap. senang la nanti utk zil menyediakan makanan berbuka puasa nanti.. Makanan?? alamak, zil ni dahla tak pandai masak.. setiap kali masak mesti kena tengok resepi dulu.. Ni kena cari RESEPI awal2... nanti boleh print sblm cuti.. kihkihkih.. Apa agaknya zil nak masak nanti.. zil kalau nak masak biasanya akan tanya suami dulu. Zil tak boleh nak fikir. tp bila mknn yg encik suami nak, zil tak tahu nak masak macam mana??? resepi pula tiada di tangan.. nak google pun tak boleh nanti.. rumah sewa kami kat Tanjung Malim tu tak ada 3G... hmmm...

cara yg paling baik.. buat satu list mknn yg sedap2.. tunjukkan pada encik suami utk dia approve dulu.. then, printla sebelum bercuti panjang.. tak pun beli buku masakan.. TAPI nak beli buku masakan mahal... nak call mak tanya resepi, mak zil pun tak pandai masak.. kihkihkih.. biasanya kat rumah zil ni, tak pandai2 zil memasak, Zil lagi pandai dari mak zil tau.. mak zil hanya tau masak yang simple2 je.. tula bila raya mak zil suruh zil je yg masak.. mak kata zil masak sedap.. mestilah sedap sebab tengok resepi. kihkihkih... ayah zil pun suka kalau zil yg masak..lagi2 kalau masak sup tulang gear box tu.. suka betul ayah zil.. favourite ayah zil..

Tahun ni zil beraya di rumah mertua. happy ada, sedih pun ada.. happy sebab first time beraya bersama orang baru... sedih sebab dulu beraya di rumah bersama family zil.. selalu raya zil masakkan utk ayah zil. zil buat desert setiap raya, zil buat kek setiap kali raya, zil buat kuih raya setiap raya.. siyes, zil tak pernah beli kuih raya setiap raya.. memang zil suka buat sendiri dan dibantu dengan mak zil. Tapi skrg zil kan bercuti panjang.. nasib baik encik suami ada belikan oven utk zil.. dia tau zil suka membaking.. TAPI oven je ada.. peralatan membaking yg lain tak da.. mcm loyang, penyukat. sib baik mixer pun ada. kalau tak, banyak nak keluarkan duit lagi utk bulan puasa ni.. Oklah. dah banyak zil bebel.. zil nak sambung kerja yg berlambak ni..bos kata kena settlekan sebelum bercuti.

Dikesempatan ini, Zil ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK" kpd semua umat Islam. Zil ingin memohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yg tidak sengaja mahupun yg disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyallah.


RENDANG DAGING LANDAK

Jumaat, 15 Julai 2011

Lunch hari ni hubby kata zil tak yah masak.. sebab hubby nak gi outstation lagi nanti.. hubby ajak mkn kedai je.. sukalah zil.. pemalas punya zil.. Jauhnya nak gi mkn.. lambat lagi ke sampai ni abg.... sampai lalu jalan felda yg banyak kelapa sawit tu.. bila dah tiba.. ni lah dia tempatnya..

Selera Rimba Sg Lembing.. kredit to en google.
Hubby kata tempat ni memang popular..

Kalau tau, zil mesti dah siap2 bawa kamera dan pakai baju cantik2 .. manalah tau hubby nak bawa gi makan kat kedai mcm ni.. so, memang tak da la zil ambil gambar.. gambar2 ni semua pun zil google je...

Menu lunch hari ni:
Rendang daging landak. ni first time mkn daging landak.. mula memang tak nak.. sebab rasa pelik sikit.. tp hubby suruh rasa juga.. rasa.. nyum2.. sedap.. rasa mcm ayam... kalau suruh ayah zil mkn, mesti ayah zil tak kan nak.. ayah zil tak suka makan yg dia tak pernah makan... ikan pari pun ayah zil tak nak mkn.. mak zil je makn bila zil masak ikan pari...

Masak Kencur Ikan Puyu (resepi Jawa).. ni pun first time zil mkn ikan puyu.. sedap...

Zil juga ada ambil ikan baung masak lemak kuning (ni pun first time mkn ikan baung.. gambar tak da).. Ayam hutan goreng berempah dan ayam hutan masak rendang (mkn ayam hutan pun first time ni.. ) sedap2 resepi kat sini.. unik2 lagi..


Harga pun amat2 berpatutan.. tak sampai RM100 pun.. tak rugi.. tp tulah jauh sangat.. jalan pun teruk..

skrg ni zil ngan hubby nak gi beli mesin basuh pulak.. sedihnya bila hubby nak outstation lg selama 2minggu.. tak dpt jumpa lagi la nanti.. tp hubby suruh zil ikut dia nanti.. so, zil akan ambil cuti sekali semata2 nak ikut hubby gi outstation.. lagipun zil memang tak pernah jejak PENANG.. ya, hubby outstation ke penang pula kali ni.. tapi zil tak gerak sama2 ngan hubby.. zil pun baru tau hubby nak outstation ke sana skrg.. cuti pun tak ambil lagi.. so, kenalah gi kerja dulu dan minta cuti ngan bos.. nanti zil akan datang sana naik bas je. hubby jemput kat sana je.. oklah cukup sampai di sini saja ya.. tata.. Assalamualaikum..

BUDGET DAN PERSIAPAN RAYA

Selasa, 12 Julai 2011

Puasa pun belum, zil dah fikir nak beraya pula.. hihihi.. ingatkan nak kahwin je perlukan budget dan preparation semua.. nak raya pun sama tau.. 3 minggu lagi nak sambut bulan Ramadhan ni..

Dulu bujang, sekarang ni dah berkahwin.. jadi sambutan raya tahun ni agak berbeza dari tahun yg sblumnya kan.. Tahun ni first time nak sambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bersama suami.. sukaaaaaaa sangat..

Mcm mn persiapan raya kawan2? baju dah buat? Zil belum tempah lagi.. tunggu bila jumpa suami baru nak cari kain.. tp sempat ke nak hantar ke tailor??.. puasa dah ganti??? Zil tentu2 dah.. sebab zil tak da ponteng puasa.. siyes 3 tahun berturut2 zil puasa penuh.. tahun ni insyallah penuh lagi..

Bila bercakap pasal raya ni kan.. duit raya mesti ada kan.. bukan kita yg dapat tapi kita yg kena sediakan duit raya.. bab tu yg tengah pk skrg ni.. mcm dulu singgle hanya sediakan sikit je duit raya.. sekarang ni bila dah kahwin dah ada 2 family jadi duit kena sediakan banyak.. betul tak..

cuba kira..

Duit raya utk mak zil : RM????
Duit raya utk ayah Zil : RM???
Duit raya utk nenek Zil : RM????
Duit raya utk mak mertua : RM???
Duit raya utk abah mertua : RM???
Duit raya utk anak buah zil : RM??? X ???
Duit raya utk anak buah suami : RM??? x ???

Itu baru family kita dan suami.. belum lagi sanak saudara yg datang..

Itu baru budget duit raya.. kuih raya lagi? hiasan rumah lagi mcm langsir ke sofa ke... belum lagi buah tangan utk kedua2 family.. nak bagi apa ya?? ada yg kata bagi je hamper atau baju raya utk kedua family kita...

Bagi yg dah kahwin tu mesti fikir nak raya kat mana tahun ni kan.. Zil nak raya di rumah mak mertua zil di Ipoh.. balik kampung.. bestnyer nak balik kg raya thun ni. ni first time raya nak balik kg.. sebab zil dulu mana ada kg.. hahaha.. zil dulu raya kat KL je... tahun ni mesti rasa seronok...

REVIEW - PHOTOGRAPHER

Khamis, 7 Julai 2011

Kali ni zil nak cerita berkenaan OP Zil.. Dipendekkan cerita, Zil AMAT AMAT BERPUAS HATI SEKALI dengan hasil OP zil.. harga yg murah tetapi hasil yg berkualiti..kena dengan citarasa zil.. Zil memang inginkan gambar seperti ni.. nampak yg zil ni cantik (ceh perasan lebih pulak zil).. bukan tu saja tau, Zil dapat free gambar besar... mcm tak percaya je yang zil dapat free gambar besar.. jom kita tengok hasil OP zil ni...

Masa ni zil tengah tunggu rombongan pihak lelaki..

Masa nak buat aksi ni, sakit pinggang zil.. sampaikan orang2 disekeliling kami yg melihat gelagat kami masa tu pun gelak..

Yg ni lagi la kelakar.. hubby zil tak boleh nak angkat zil.. memang la tak boleh..cara salah.. hihihi.. tp memang best sangat2 masa ni.. .


Yg ni sampai baju OP zil BASAH masa nak ambil gambar ni sebab OP zil tu kena masukkan tangannya ke dalam air semata2 nak ambil gambar yg cantik…

Dan banyak lagi gambar yg cantik2..

Nak tau apa yg zil dapat dengan hanya RM1500???

1) Zil dapat sticky album 1pcs dengan 100keping gambar 4R (semua edit)

2) Zil dapat story album 8” x 12” dengan 22m/s

3) Zil dapat magazine album 12” x 8” dengan 22 m/s

4) Zil dapat free 1 gambar besar 12” x 18” sebab rekamenkan seseorang (zil tak tahu pun, tp OP zil kata ada seseorang ambil pakej ngan OP zil beritahu yg dia dapat nombor telefon OP zil dari Zil).. tp OP zil jujur dengan zil.. biasanya kalau kita tak tahu, ada OP yg akan diam je.. betul tak…

5) Unlimited snap (terlalu banyak gambar yg cantik2.. ada 300lbih lagi gambar yg cantik2 tp tiada dalam album.. siap nak pi cuci lagi)

6) Tak kisah berapa event pun dan berapa jam.. tak da charge tambahan.. kecuali utk bertandang tambah RM200.

7) Outdoor siap 2 kali zil buat

Nampak tak zil dapat 3album kahwin.. bukan tu je tau.. disebabkan zil syg tengok gambar dalam cd banyak yg cantik2 tapi tiada dalam album.. zil nak cuci ada lebih kurang 300keping lagi.. survey kat kawsan rumah zil, 1 gambar 4R harganya RM0.50.. zil tanya ngan op zil hanya RM0.35. yes.. murahkan.. bukan tu lagi.. zil minta la OP tolong editkan sekali.. zil Tanya berapa upah edit.. OP zil kata.. tak pa.. dia bolehkan.. tengok.. baikkan OP zil..

ada banyak lagi gambar yg cantik2.. ni zil ambil secara rawak je la ya...

Jika berkenan dengan hasil dari OP zil boleh la hubungi OP zil ni.. boleh tengok hasil Dinyraof ni dalam website dia.. memang cantik2...

DINYRAOF'S

Website : http://dinyraof.fotopages.com/

Email : suhaimisabli@gmail.com

No tel : 016-3757466

REVIEW KEK KAHWIN


Salam Semua,

Tiba2 zil terasa nak wat entri ni.. sebab zil NAK berkongsi dengan B2B semua sentiasa bersedia dengan segala dugaan.. Betulla orang kata kita hanya merancang dan yang menentukan semuanya Allah S.W.T… Tapi kita kena terima dengan hati yg ikhlas.. dan sentiasa berfikir positif. Apa yg ditentukan olehNya adalah yang terbaik utk kita… memang betul pun…

Seminggu sebelum kahwin iaitu hari Ahad malam dalam kul 9mlm tak silap zil iaitu 5hari seblum zil bernikah, zil dapat call dari Kak Yati Damira Fotopages.. Zil ada cite pasal kek kahwin yang zil nak tempah dari kak Yati Damira Fotopages. Boleh klik entri sebelum ni..

Nak dipendekkan cerita panggilan pd malam tu utk memberitahu zil yang kak Yati tak boleh nak buatkan kek kahwin zil sebab kak Yati kena demam chicken pop.. Mcm mn perasaan kalau terjadi pada kawan2 semua.. kita tak boleh nak salahkan kak Yati sebab bukan kak Yati sengaja nak buat seperti tu. memang keadaan kak yati teruk masa tu. kesian juga dengan kak yati tu sebab dia rasa serba salah sangat dengan Zil. dan lagi Kak Yati memang tiada pembantu utk menggantikannya.. Kak yati juga ada berusaha menghubungi kenalan2nya yg pandai membuat kek kahwin.. Tp semua dah full.

Bayangkanla Ahad malam tu baru zil tau.. waktu tu dah malam.. kat mana nak cari kan.. mesti semua kedai dah tutup. Dan lagi keesokannya zil bekerja.. walaupun dah nak kahwin, zil hanya ambil cuti 1 hari sebelum zil bernikah je.. jadi memang tiada masa utk zil cari lagi.. dah banyak tempat yg zil contact tapi semua dah full booked utk tarikh yg sama dengan zil. memang frust sangat masa tu.. Tp Zil tetap berdoa agar dipermudahkan..

Akhirnya, zil dapat juga menempah kek kahwin drpd salah sorang kenalan adik zil. kenalan adik zil ni adalah bos Kedai kek di Ampang.. Adik zil terus call kawan dia dan beritahu yg zil nak tempah kek dalam masa beberapa hari.. Nasib baik dia terima walaupun waktu yg singkat.. Zil tempah kek pun melalui telefon je.. nak tunjuk gambar pun tak boleh.. masa dah suntuk.. zil hanya cakap melalui telefon yg zil nak kek coklat moist je yg sama sperti zil cite dalam entri sebelum ni.. dan suruhla letak bunga pink utk hiasan.. dan utk topping pula zil nak coklat ganache je.. sebab zil dan family suka mkn kek coklat yg kaya dengan coklat ganache..

Sebelum ni zil tempah kek ngan Damira kek 3 tingkat yg bersaiz 8”, 10”, 12” dengan harga RM400 tak termasuk transport. Tp dengan kawan adik Zil tu RM190 termasuk transport dgn saiz kek yg lebih besar 12”, 14” dan 16”.. Nampak tak bezanya.. zil leh jimat RM210 dan dpt kek yg lagi besar pulak tu..mula tu takut juga tak sama sperti yg kita harapkan.. sebab melalui telefon kan.. dan fikir, kenapa murah sangat.. sebab rata2 zil survey kek coklat moist RM400 utk saiz 8” 10 “ 12”.. mengapa dengan dia murah.. mula fikir, bukan kek coklat moist kot.. mungkin nanti kek span.. siap double confirm lagi dgn tauke tu..

Akhirnya masa kahwin… taraaaaaaaaaaaa..




Nilah dia kek kahwin zil yg ditempah last minit melalui telefon saja.. memang besar.. dan memang kek coklat moist.. sedap dan murah. Itulah perancangan dariNya.. Apa yg ditentukan dariNya adalah lebih baik utk kita dari apa yg kita rancangkan..

Jadi, sentiasalah berfikir positif sekiranya terdapat halangan dan rintangan utk kita pada saat2 terakhir.. jangan terlalu cepat give up.. setiap masalah ada jalan penyelesaiannya…

Saat nak dekat2 kahwin, banyak lagi dugaan utk zil.. nanti zil review lagi ya.. tata..

* Baru nak merasa kek dari kak yati.. mungkin belum rezeki Zil nak merasa kek dari Damira fotopages..

REVIEW - SOLEMNIZATION

Ahad, 3 Julai 2011



Salam semua,
Walaupun dah basi, zil nak juga review pasal akad nikah zil ni.. geram tau masa nak pergi akad nikah pagi tu.. mana taknya, zil memang mengimpikan masa akad nikah tu ramai yg datang.


TAPI...
sikit je yg dtg.. nak tau tak, zil dah remind family supaya ikut sama masa nak gi nikah tu.. nak meriahkanla kononnya.. nak mereka ada masa tu.. boleh tu, bila zil dah siap bermakeup, semua orang yg patut ikut zil tak siap lagi... mereka sibuk di dapur...
Jadi...
Kami hanya pergi 7 orang sahaja dari pihak zil (mak, ayah, zil, my bff, my cousin, my uncle and my auntie)... sedihkan..
Zil, my mom and my bff..

Dan lagi.... Zil pergi ke masjid naik teksi ok.. bukan naik kereta yg cantik2 tu.. sebab, masa tu, kereta zil parking jauh dari rumah zil.. memang tak da terfikir kereta apa yg akan zil naik nanti bila nak ke masjid. dan time tu juga baru nak cari.. boleh??? teksi tu kepunyaan bapa saudara zil yg ikut sekali ke masjid.. my auntie pula dah ke masjid terlebih dahulu dengan kreta waja dia.. zil??? memang rasa bengang la.. TP nasib baik teringat segala pesanan b2b yg kata kita kena sentiasa senyum walaupun apa2 yg terjadi.. Syukur sangat2, memang betul pun.. tengok gambar, tak da cacat celanya bagi zil.. semuanya cantik.. dengan muka zil yg sentiasa senyum je.. (angkat bakul sendirila kan..) ingat tu.. sentiasa senyum walau apa2 pun terjadi..sebab kita takkan tau bila kameraman tu nak snap gambar kita... hihihi...
tak ramai kan?? sedih je.. tp muka tetap senyum... yes.. kena senyum..

my hubby..
tengok inai hubby zil.. merah dia cantik.. inai kat tangan zil tak cantik.. nampak pelik.. hitam lak tu.. padahal guna jenis inai yg sama.. mungkin ikut darah kot.

Zil pilih waktu nikah pada pukul 11pagi.. SEBAB..
1.) bila dah habis akad nikah tu, kita semua yg hadir masa tu leh terus makan tengah hari sekali di rumah zil.. betul tak..

2.) orang yg hadir masa tu tak da lah nak terburu2 utk melalukan solat dzuhur..

3.) Zil memang plan nak buat sesi outdoor utk gambar dan shoot video selepas akad nikah. (sebab dah plan nak buat 2 sesi oudoor, 1 lps akad nikah, dan 1sesi lagi lepas sanding). utk sesi outdoor lepas nikah ni nak gambar jenis candid je.. utk sesi outdoor lepas sanding lak terpulang pada kameraman. nak gaya model pun boleh. hihihi...

4.) malam lpas nikah tu ada majlis malam berinai pula.. ada pertandingan karaoke kat rumah zil.. memang ramai yg hadir masa tu.. meriah sangat.. tak caya.. tengokla gambar kat bawah ni.. dan lagi mlm berinai zil ada 6pasang baju kena pakai..
ramai tak?? karaoke malam tu habis kul 12 lebih.. zil betul2 dah mengantuk sangat masa tu.. lepas je sesi tangkap gambar mlm tu, zil kena berikan hadiah kepada pemenang pulak.. pentas di bawah ni la yg disediakan utk sesi karaoke.. supaya senang penontong utk melihat pertandingan ni..

so, jadual memang padatkan.. sebab tu zil pilih pagi pukul 11 pagi utk akad nikah...

cuba perhatikan tudung yg zil pakai masa akad nikah dan sesi outdoor.. tudung yg sama kan.. tapi cara yg berbeza.. 2 in 1.. masa akad zil guna cara melintang, cara sopan.. menutup di bahagian depan... masa outdoor zil pakai cara menegak pula.. jadi nampak la labuh sampai menyapu sampah.. hihihi..

perasan tak, masa akad nikah suami zil pakai specs mata, tapi masa outdoor tak pakai.. mana lagi hensom??? hihihihi... dua2 hensom.. siapa lagi nak puji suami sendiri kan... yg sunglass tu zil hadiahkan utk suami.. memang zil suruh bawa masa sesi outdoor.. tp nampak mcm org buta pulak ya bila dalam gambar... apa2 pun suami zil tetap hensom di mata zil.. suami sendiri, kenalah kita puji.. betul tak???


tengok gambar2 candid zil.. main cubit hidung, main kejar2.. zil sukaa sangat.. nampak yg kami ni happy sangat masa tu.. bahagia sangat kan...

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket