Zil baru je lepas dari bercuti.. mood bercuti pun masih ada lagi.. dan rasa malas sangat nak kerja...
Percutian ke Langkawi minggu lepas bersama family mertua adalah satu percutian yg tak dirancang... sbnrnya kami (hubby & zil) nak bercuti ke Bukit Fraser Pahang pd 9hb. hotel pun dah bayar... Disebabkan family mertua ajak gi Langkawi sebab ada pameran Lima kat sana, jd kami pun membatalkan percutian ke bukit fraser tu.. terpaksalah berikan kepada mereka yg berminat nak bercuti ke sana..
Dipendekkan cerita, kami balik dari langkawi pada 9bh Disember. balik dari sana, kami sekeluarga rancang nak tidur di Penang.. sebab nak jalan2 kat Penang la katakan.. mcm2 plan kami bila sampai kat penang nanti.. tujuan utama adalah Jalan-jalan Cari Makan. itu memang hobi hubby Zil.
TAPI...
40km lagi kami akan sampai ke jeti butterworth, jiran mertua zil call ayah mertua zil dan beritahu rumah mak mertua kena pecah masuk dengan pencuri.. hati siapa yg tak tenang kan bila dengar cite macam tu.. dan lebih2 lagi ni adalah kali ke-4 kena pecah masuk ngan pencuri.. percutian pasti tak menyeronokkan jika tahu rumah kena pecah masuk.. so, kami pun buat keputusan balik pada masa tu juga.. nasib baik kami belum naik feri lagi..
Setibanya di rumah mertua kat Ipoh, terkejut tak lah sangat.. sebab ni dah 4 kali.. memang keaadan rumah tu teruk sangat.. lebih2 lagi dalam bilik mak mertua zil.. bersepah habis dengan baju2 yg berselerak atas lantai... tp pencuri tu masih juga tak dapat apa yg dia nak.. hanyalah duit siling2 yg mak mertua zil simpan tu je yg diambilnya... nasib baik barang kemas tiada yg hilang...
Pencuri tu tau yg kami tiada dirumah utk beberapa hari, sempat lagi mkn dan minum di rumah mak mertua zil... kecurian yg dulu pun sama.. Ingat lagi masa tu seminggu selepas zil bertunang.. nasib baiklah barang2 hantaran hubby zil dah bawa ke rumah sewa hubby zil kat Tanjung Malim. Masa ni rumah tu lagi teruk dari sekarang... banyak barang2 yg hilang.. barang kemas mak mertua zil pun banyak yg diambilnya...
Tp disebabkan pengalaman yg lepas tu, bermacam2 cara kami buat.. pasang grill besi, pasang banyak kunci disetiap pintu rumah.. pasang pendinding habis dalam RM1400++.. TP masih lagi tak berkesan.. cian ngan mak dan abah mertua zil..
dan dah berapa kali tu juga polis datang ambil gambar...
0 comments:
Catat Ulasan