Mas Kahwin boleh dimakan ke?

Rabu, 28 Disember 2011


Salam semua...
Dah lama sebenarnya zil nak berkongsi info ni.. tp disebbkan masa yg agak terhad, entry ni tertunda2 dalam note zil.. Tp disebabkan ada lagi seorang kawan yg bertanyakan Zil tentang hal ni, tak salah sekiranya Zil berkongsi sekali dalam blogs Zil ni kan...

Dulu sebelum kahwin, orang pertama yg tegur zil berkenaan mas kahwin adalah mak zil... sesiapa yg ada tengok video kahwin Zil, tahulah jumlah mas kahwin yg diberi suami zil pada zil.. Disebabkan jumlah tu, mak zil pernah mengingatkan Zil agar mas kahwin tu nanti dibeli pada barang2 yg tidak boleh dimakan.. khuatir katanya takut suami kita akan makan sekali.. HARAM katanya.... terkejut juga zil dengar... tp zil cuba mencari maklumat2 tu.. tp tak da pun dalam islam yg mengatakan Haram suami memakan duit mas kahwin yg diberikan pada si isteri..

Selepas mak zil, mak saudara zil pula yg mengingatkan zil.. mak cik zil ni lagi la.. dia kata, duit tu jangan beli emas.. takut nanti kita akan gadai kemudian bila tak da duit.. dan duit tu nanti kita beli makanan.. sampai mcm tu sekali fikiran mereka.. mak cik zil suruh zil beli mesin basuh ke, peti sejuk ke..

Tapi dari dulu lagi zil berniat duit tu akan zil masukkan ke dalam akaun tabung haji Zil.. Zil teringin sangat nak menunaikan rukun islam ke lima tu...

Selepas kahwin, ada pulak kawan2 yg bakal berkahwin pun bertanyakan hal ni.. kebanyakannya adalah dari kaum zil sendiri.. TAPI semalam, kawan zil dari kaum Melayu pula yg bertanyakan hal ni.. jadi, di sini zil ingin berkongsi maklumat ni.. Pertama sekali kita kenalah faham apa yg dimaksudkan dengan Mas kahwin & Wang hantaran sebab masih ada dikalangan kita ni yg keliru antara mas kahwin dan hantaran, antara adat & hukum syarak.

Zil ni bukan ustazah, ilmu agama zil pun terlalu lemah utk zil terangkan sendiri.. maklumat ni zil ambil dari web halaqah yg boleh dipercayai. utk lebih lanjut bolehla klik web halaqah ni ya.

cuma zil nak ringkaskan sedikit apa yg zil faham.

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan seperti firman Allah bermaksud: “Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (Surah Al- Nisaa’, ayat 4)

Berbeza dengan mas kahwin, hantaran pula adalah amalan adat resam masyarakat Melayu. Istilah wang hantaran merujuk kepada wang yang dihantar pengantin lelaki kepada bakal mentua atau bakal pengantin perempuan. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.
Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.


Zil tidak menetapkan mas kahwin zil.. tp suami Zil sendiri yg tetapkan.. Diikutkan mas kahwin di negeri selangor adalam RM300 jika tak silap zil.. Tapi suami Zil beri lebih dari itu. Mungkin suami Zil menetapkan nilai tersebut kerana mas kahwin di Perak adalah RM101.. dia ingin mas kahwin tersebut mempunyai nombor yg sama seperti di perak. tp bukan lah rm101..

Wang hantaran juga, kami tak letakkan dan tak da bertanya kepada pihak lelaki masa merisik dulu.. Tetapi family suami zil sendiri yg mengatakan jumlah mas kahwin & wang hantaran tersebut.. kerana bagi family zil, wang hantaran tu tak penting, yg penting pernikahan kami selamat dijalankan.. bagi mereka lagi cepat kami berkahwin, lg elok utk mereka. oleh itu mereka tak nak membebankan pihak suami zil dengan meletakkan harga mas kahwin & hantaran.. dan memang tak disebut pun oleh keluarga zil berkenaan wang hantaran dan mas kahwin masa family mereka datang merisik dan bertunang.

sambung lagi ya..
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Di sini juga ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama dimana ia menjawab pertanyaan zil dan kawan2 selama ni. Diharap ia dapat membantu kepada mereka yg masih keliru berkenaan mas kahwin.

"pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang”. Mankala ‘Pemberian’ ditafsirkan sebagai “pemberian sama ada dalam bentuk wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan”. - seksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
Diulang sebanyak enam kali di dalam Surah Al-Baqarah dan Surah An-Nisaa’ dan sekali pada Surah Al-Mumtahanah dengan sebutan yang berbeza antaranya ‘sadaq’bererti kebenaran, ‘nihlah’ pemberian wajib, ‘Atiah’ pemberian, ‘qintaran’ harta yang banyak, ‘faridhah’ maskahwin, ‘Ajrun’ kebaikan, disebut dalam firman Allah SWT yang memberi maksud seperti berikut:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [An-Nisaa: 24]

"hantaran bukan jaminan kebahagiaan"

ok.. zil nak sambung kerja zil semula..

Assalamualaikum...

0 comments:

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket