Majlis Zil tak lah grand yg kawan2 sangkakan.. Ramai yg ingat Zil bercerita ni mcm grand… Cuba baca betul2.. kebanyakan yg Zil rancang adalah utk mengurangkan kos je… jangan salah faham ya kawan2.. Majlis Zil sederhana je.. Jika nak dibandingkan dengan b2b yg lain.. Zil punya majlis mungkin last sekali agaknya… apa pun tak da… Ok.. Zil nak cerita satu persatu utk majlis Zil tu.. kawan2 bayangkan sendiri mcm mn Zil rancang utk jimatkan kos..
Tempat..
Zil wat majlis kat rumah je.. tak dalah nak wat kat dewan atau kat taman atau kat hotel.. so, simple je majlis Zil… Zil buat kat rumah sebab kawasan rumah Zil ni jenis bergotong royong.. mak Zil kata biarlah buat kat rumah je… dan jimat kos.
Canopy
Disebabkan Zil buat kat rumah.. wajib la Zil kena sewa canopy kan.. Zil sewa murah2 je.. ada 10 canopy termasuk canopy utk pelamin. 2 canopy lg tu adalah utk dapur. RM2800 termasuk red carpet 100’ dan serving dome 2pcs. Ikutkan kos budget Zil ni, hanya utk mkn beradab je ada kerusi bersarung.. Tapi abg canopy tu bagi Zil free 80 biji kerusi banquet bersarung.. maknanya 1+2 kemah adalah kerusi bersarung.. selebihnya tu tak bersarung.. hihihi.. ok tak? Kerusi banquet tu mahal tau kalau kita sewa… tp zil dapat free je.. boleh la kan… rezeki kahwin.. dapat free…Zil sewa canopy dengan Dwaja Enterprise.
Kek kahwin
Zil memang dah tak da budget utk kek kahwin. Memang dah rancang nak wat pulut kuning je.. nak wat sendiri la.. Zil ni kan suka wat sendiri utk kurang kan kos katakan.. Tapi abg sepupu dan kakak Zil lak nak sponsor kek utk Zil bila dengar Zil tak tempah kek tp nak wat pulut kuning. Kecian kat Zil katanya.. hahahaha.. ada gak yg bersimpati kan.. huhuhu.. Kek Zil yg pilih. Abg sepupu dan kakak yg suruh Zil order.. dan mereka yg akan bayarkan.. so, org sponsor.. tak berani la nak pilih yg mahal2.. Kek kahwin Zil RM400. 3 tingkat (9kilo).. kek coklat moist.. kek coklat moist ni adalah favourite zil dan anak2 buah zil.. Zil tak beli fondant sebab tak suka.. fondant tu cantik tp tak sedap dengan tekak Zil.. hihihihi…Terima kasih banyak2 kepada abg sepupu Zil. Lupa nak bagi tau Zil order dengan Kak Yati (Damira fotopages). Zil pernah order kek dengan akak ni.. memang sedap kek kak yati buat..
Pakej Andaman
Zil ada cite tentang makeup Zil masa kahwin nanti kan…lepas je cerita dalam entry tu, ramai pula yg mesej Zil Tanya tentang pakej kak Tia tu.. memang berbaloi dan murah je.. RM1600 6 pasang baju, 2 kali makeup dan termasuk pelamin sekali.. Tp Zil tambah 1 baju lagi dan 1 kali makeup iaitu RM200 jadilah RM1800.. TAPI.. Zil tak ambil dengna pakej pelamin.. so, tolak la RM300 kat situ.. jadilah RM1500 je…knp Zil tak amik pelamin?? Itu nanti zil cerita dalam bahagian pelamin pula ya..
Pelamin
Ramai yg tak sabar nak tengok pelamin Zil nanti kan.. (perasan sendiri)hehehe… pelamin Zil ni biasa2 je.. Zil buat pelamin adalah utk mengurangkan kos sebenarnya.. tp of course la menambahkan masa dan tenaga kan… pelamin dalam progress… semalam family Zil dah start buat pelamin tu.. nampak meriah pula semalam tengok mereka buat.. knp kos zil buat sendiri lebih murah dari kos sewa ngan mak andam kan.. Zil buat apa yg zil mampu jelah.. kayu memang zil dapat free.. 3pcs lampu chandelier dan bunga2 hiasan mak andam zil bagi sewa. Kerusi juga zil amik sewa ngan mak andam. Apa yg perlu zil beli hanyalah kain dan ukiran2 pelamin tu je… kain Zil beli kain yg leh di recycle semula.. Zil beli kain jenis utk sarung kerusi tu.. niat, lepas je habis majlis,kain tu leh jadikan sarung kerusi dan alas meja… leh sewakan nanti.. hahaha.. kain Zil beli 100Meter dengan bidang 60”. Semua kain tu habis RM222. ukiran tu zil buat sendiri hanya beli bahan saja.. habis RM30.00. bahan2 lain dalam nak wat bongkah2 pelamin tu, family zil memang ada.. biasalah.. family zil kan keja buruh kasar.. barang2 tu memang dah ada… cat putih pun memang Zil dah ada. Sebab abg sepupu Zil ni tukang cat.. memang ada banyak cat lebihan dari cat rumah2 orang.. hihihihi.. nampak tak kos pelamin Zil??? zil leh jimatkan dan leh recycle semula.. Pelamin Zil akan buat ala2 pelamin Orbit Cinta Elyana.. huhuhu.. TAPI bukan sebiji.. tu hanya lah inspirasi saja.. sebab designer pelamin adalah abg sepupu.. banyak yg diubah.. Zil akan update pelamin lepas Zil kahwin nanti ya…
Pintu gerbang..
Zil tak amik ngan mak andam sebab kos sewa RM120 dan ke atas.. Zil pun buat sendiri.. kos hanyalah RM54.00. belum buat lagi tapi dah ada orang cop utk sewa.. hihihi.. lepas majlis je Zil letak gambar.. Takut Zil bila tengok semua nak wat sendiri.. takut tak jadi..jadilah hangat2 taik ayam.. heheheh.. doa2kan la ya agar semuanya berjalan dengan lancar…
Makan beradab
Yang ni akan diruskan oleh kakak sepupu Zil ni.. family Zil ni banyak dibantu oleh kakak sepupu Zil dalam semua perjalan majlis Zil. Terima kasih banyak2 kepada kakak sepupu Zil ni.. dia yg beria dalam majlis ni.. bahulu pun dia yg paling banyak Bantu buatkan.. Zil balik keja tengok2 dah ada banyak bahulu atas meja.. tinggal nak packing je.. hihihi.. bergitu juga makan beradab..Dia dah carikan org utk buat ukiran buah dan hiasan utk mkn beradab.. utk pinggan, cawan mkn beradab pula, Zil dan mak dah beli kat Giacomo.. Sememangnya kami ni memang ahli Giacomo.. so, dapatlah murah.. Zil beli pinngan dinner plate yg color putih dan ada line gold tepi tu… Zil suka pinggan tu.. kalau sewa mahal. Baik beli dan nanti leh guna lepas kahwin kan? Lagi2 tunang Zil ni suka makan dalam pinggan yg jenis besar mcm dinner plate tu … so, memang beli utk kegunaan sendiri sebenarnya.. Serving dome pun Zil sewa ngan abg canopy je..
Bunga manggar..
Zil dah mula buat bunga manggar.. cuba link entry ni.. kat situ ada 2 gambar bunga manggar jenis gula2 dan bunga.. dua2 cantik kan.. Zil gabungkan kedua2nya jadi satu.. tp bukan buat bunga, zil buat mcm daun pula dan ikat sekali dengan gula2… cantik.. TAPI daun color pink.. hahahaha.. yelah.. canopy zil nanti color pink grey.. so pilih color pink utk daun bunga manggar tu.. yg ni pun kakak sepupu Zil juga banyak tolong buatkan dan abg sepuupu merangkap designer pelamin zil tu juga yg banyak membantu.. kedua2 orang ni memang banyak membantu Zil.. Sayang kat korang berdua ni.. mereka ni adik beradik.. dah berkeluarga.. TAPI baik sangat dengan family Zil..
Kompang
Zil amik pakej sekali dengan Gamelan.. RM1000. boleh la kan.. memang Zil suka adunan gamelan ni.. memang dari dulu lagi nak amik Gamelan… sib baik jumpa AGIM kat pameran pengantin KLCC.. memang kena dengan budget Zil.. terus je booking tarikh..
Malam Berinai..
Ha, kepada kawan2 yg tak dapat hadirkan diri pada 13hb Mac nanti, kawan2 juga boleh hadir pada 12hb Mac. Tapi malam ya.. malam tu ada malam berinai besar dan juga ada jamuan mkn kepada tetamu yg hadir pada malam tu.. Di tempat Zil malam berinai ni selalunya memang ada hiburan.. memang tak sah kalau tiada hiburan pada malam berinai tu.. Zil ni kan pengantin budget.. segala2nya nak amik yg kos paling rendah.. Zil buat pertandingan karaoke.. kepada kawan2 yg ada bakat menyanyi tu, meh la dtg pada malam tu dan tunjukkan bakat kawan2 ya.. hadiah lumayan… hihihihi..
Pakaian seragam
Kat tempat Zil ni, setiap kali ada pengantin mesti ada pakaian seragam keluarga dan saudara mara pengantin.. TAPI zil tak buat mcm tu.. tak da budget dah.. dan lagi, saudara mara Zil tak suka.. mereka kata kalau setakat kain murah2 baik tak yah.. upah lagi mahal dari harga kain.. dan lagi, mereka tak nak lah pakai kain2 murah jenis mcm tu.. huhuhu.. jimat dah duit zil.. so, mereka beli sendirila baju ya.. hanya utk family zil je yg seragam….
DIY
Dalam otak ni semua nak DIY.. tapi masa yg ada terhad.. Zil hanya sempat buat pomander ball, bunga manggar, Guestbook je… memang betul jika kita leh wat sendiri, apa salahnya kita buat sendiri.. memang jimat kos dan puas hati.. bakul bunga telur pun Zil nak buat sendiri mulanya.. baru 20biji dah stop buat.. Zil buat bakul bunga telur guna surat khabar tu.. Zil stop sebab pa tau.. penat nak menganyam.. lepas tu ayah zil pula gi select dengan color yg tak spatutnya.. jadilah mcm bakul bunga telur hangus.. hahahaha.. nampak mcm bekas terbakar pula bakul bunga telur tu.. so, decite beli je yg doorgift lain.. TAPI ada pula kawan yg nak belajar buat dengan Zil.. Zil pun belajar buat sendiri je bakul tu.. ikut cara dalam internet memang tak jadi.. gi selidik contoh bakul, rupanya ada menggunakan dawai.. siap beli dawai lagi nak cuba buat.. barulah jadi.. nanti ada masa zil tunjukkan cara2 nak buat bakul bunga telur, bunga manggar, pomander ball dan guestbook yg zil buat tu ya..
Crepe paper tadi jadilah bunga mcam ni.. cantik tak? nanti zil tunjuk gambar yg dah siap ya..
Yang ni pula pomander ball yg guna bunga siap..
Apa lagi Zil nak cerita ya… panjang lebar Zil cerita.. mesti bosan baca kan.. hihihi.. Anyway, terima kasih kepada yg sudi membaca sampai habis…
8 comments:
banyak nye nak DIY.. Zil kalau leh minimisekan DIY letih nanti.. kalu leh.. tak nak nanti pengantin letih la itu la nanti.. Lan ngan La dulu letih sangat2.. tambah 3 hari berturut2..
Lan : tak pa.. masa ni je.. lagipun banyak yg dah siap.. tinggal bunga manggar je tinggal sikit lom siap... hihihi..nak beli mahal Lan... buat sendiri lagi baik...
kenduri bila?
same tema ke kita ni nnt? pink+silver/grey?
i pon buat pomander ball sendirik hahheheheh
Honey : yelah.. sama. Pink+white+grey. majlis 13/3.. datangla.. kat balakong.. cantikkan pomander ball. tp tak tahu nak letak mana...
u jemput ai...wahhhhhh insyaAllah..nt bagi kad ek
btw
pomander ball tu selain dari letak kat arch or pelamin or dalam bilik tido...u leh suh flower girl u pegang tau buat handbouqet untuk derang.....
mintalah alamat.. hihihi.. nanti Zil hantar kad.. ok.. terima kasih bagi pendapat.. memang terpikir nak bagi budak2 pegang.. dan selebih tu letak kat arch atau dalam bilik kan..
ye betul!!!!
kalo nak letak kat wishing tree untuk guest pon lawa..tapi buat yg kecik3..mesti comel..
ni bebetul jemput nih...hehehe
ni alamat ai...
syahoney,
lot 2545-11
kampung bandar dalam
jalan sentul
51100 KL
singgah la wedding website ai :
http://www.eWedding.com/sites/syahoney/
tinggalkan particular u kat sana k
sgt x sbr nk tgk ur pelamin...mesti cantekkkk
Catat Ulasan