REZEKI VS DUGAAN

Isnin, 21 Februari 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai yg kata orang nak kahwin ni murah rezeki.. yeke?? ye kot.. Zil baru je dpt bonus hari tu. Memang bonus yg zil jangkakan taklah sebanyak yg zil dapat.. Rezeki kot.. dan leh la tambah2 budget yg lari tu kan... suka sangat bila tengok angka tu... sekali setahun nampak gaji yg banyak.. Rezeki kahwin org kata.. hihihi..

Selain bonus Zil dpt banyak, Zil juga dapat kenaikan gaji banyak tau.. selama ni, bonus dan gaji taklah sebanyak tahun ni.. tahun ni kenaikan berganda2 dari tahun2 sebelumnya.. memang zil tak sangka sangat tengok gaji baru Zil tu... Zil target sikit je.. dan lagi semenjak nak kahwin ni, Zil ni malas nak buat kerja. Asik main internet, facebook je.. keja pun banyak yg cuai.. target memang perfomance tak ok la kan.. Tp syukur Alhamdulillah, rezeki kan.. kenaikan kali ini memang tak terjangka dari fikiran Zil.. Berganda2 dari tahun lepas.. berulang kali sebut ni.. Teramat puas hati.. TQ Bos.. Mmmuah.. (alamak, jelos pulak nanti tunang Zil). Tp, kemungkinan Zil akan resign nanti lepas kahwin nanti.. macam mn ni.. baru nak merasa duit gaji banyak sikit.. tp dah kena cari keja kat tempat baru.. (cari keja di rumah my future husband la)..

Cerita pasal gaji, Zil nak cerita pula dugaan Zil nak kahwin ni.. Hp kesayangan Zil hilang.. dahla HP tu pemberian dari tunang Zil.. tak perasan pula hilang kat mana.. banyak sangat pegang HP.. tu yg HP lagi satu tu wat tak tahu. bila nak guna baru dok cari.. barulah perasan dah hilang.. Syg minta maaf ya abg.. syg tau syg cuai jaga barang pemberian abg...

Cerita pula berkenaan pengapit Zil. Kedua2 pengapit Zil amik adik sepupu Zil. Menyesal rasanya pilih tema color grey.. sebelum ni Zil ada cerita nak cari baju Melayu grey color utk penyambut tetamu pun susah kan.. baju batik pun susah kan.. mcm tu lah juga yg terjadi utk Zil cari baju pengapit perempuan ni.. berbulan cari tau.. akhirnya dapatlah juga.. tp harganya mak oi, mahalnya.... dah tak da pilihan lagi, terpaksalah beli... begitu juga dengan baju pengapit lelaki. mungkin bukan sebab bukan raya, baju melayu susah sikit nak cari. so, memang decide nak tempah je baju melayu utk pengapit lelaki.. carilah kain dahulu.. pergi gulatis, gray color tak da, pergi nagoya pun tak da.. pergi tewah pun tak da.. banyak dah tempat kami pergi tp kain grey takda.. mcm mn ni.. ingatkan beli siap je yg tak da.. nak cari kain pun tak da.. akhirnya jumpalah kat Kamdar.. mak oi,harganya pun mahal juga.. baru harga kain belum upah jahit lagi.. so, nak hantar pergi Dzull Clasique, lupa pula smlm hari Ahad Dzull tutup.. uwaa.. jalan2 kat metro kajang.. nasib baik ada satu butik baju melayu tu buka. Nasib baik akak tu terima walaupun Zil nak urgent.. yelah, lagi 3 minggu.. susah tau nak cari tukang jahit yg boleh terima tempahan kita dalam masa yg singkat. harganya sama je mcm Dzull Clasique.. tak pelah.. lagipun Zil dah tiada masa lagi.. hantar jela kan..

0 comments:

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket