3 MINGGU LAGI

Ahad, 20 Februari 2011

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal 3 minggu lagi... Rasa semakin berdebar2 je... hehehe.. Entry kali ni Zil nak cite apa yg Zil buat 2 hari semalam..

Door Gift
Jumaat hari tu terima email dari Durian kahwin berkenaan doorgift yg Zil tempah telah pun ready... Yahoo.. tak sabar nak tengok.. memang niat nak amik doorgift tu pada hari Sabtu je.. TAPI... bila dah sampai ke office Durian kahwin, Zil diberitahu kesemua doorgift Zil reject dan akan dibuatkan semula dan mungkin ready 7hb Mac nanti. Ha??? 7 Mac.. sempat ke.. Barang tu dibuat dari Indonesia mereka kata.. so shipment dari sana hanya pada minggu tersebut je.... Tak pelah.. nak buat mcm mn kan.. Tp Zil suka tengok doorgift tu sebab tertera ukiran nama kami..
Cantik tak? Zil mampu beli ni je.. Tp Zil tak beli banyak. .ni utk VIP.

Sunglasses
Zil tak pernah nampak Tunang Zil ni pakai sunglasses.. So, Zil memang niat nak belikan utk tunang Zil sunglasses. Sabtu hari tu lepas je balik dari Durian kahwin tu, terus je gi Mines amik sunglases tunang Zil tu.. Actually, sunglasses tu akan siap pd hari Jumaat. Saja je nak amik pada hari sabtu, sebab budget pasti dah siap kan.... Tapi bila dah sampai kedai cermin mata tu, cermin tak siap lagi.. kena tunggu 15minit.. Nasib baik 15 minit je.. kalau tak, mesti bengang kan.. dahla doorgift pun tak dapat.. takkanla sunglasse tunang Zil pun tak dapat kan.. nanti Zil upload sunglasses yg zil belikan tuk Tunang Zil ya...

DIY
Banyak DIY zil yg pending.. Antaranya pomander ball.. Zil sebenarnya tak tahu kenapa zil nak wat pomander ball. Mungkin sebab tengok cantik kot... Zil dah pun buat 6 biji pomander ball. ada 2 lagi pomander ball yg besar masih belum siap.. Ok.ni list yg akan Zil DIY.

1. Pomander ball (6siap, 2 belum)
2. Bunga manggar gula2 (pending, barang semua dah beli)
3. Muffin (akan buat 2 hari sebelum kahwin)
4. Bahulu (baru buat 100biji, target 50biji sehari)
5. Pelamin (dalam proses)
6. Arch (pending)

Kad kahwin
Yg ni Zil dah rasa tension.. Zil buat kad kahwin 2 in 1 (2 pihak dalam satu kad).. senang dan jimat.. senang sebab tak perlu fikir nak bagi kawan kad yg mana satu.. satu kad je bagi, so kawan leh pilih nak datang kat belah mana satu atau datang kedua2 sekali. Lagi, jika pihak lelaki tak cukup kad, leh minta ngan pihak perempuan. betul tak.. Dan lagi, beli banyak lagi murah.. Zil buat 2000pcs kad kahwin. 500 utk belah lelaki dan 1500 belah perempuan.. Yg Zil tension kan ni... Zil tension sebab kad Zil tak cukup.. Uwaa.. tau tak, baru sabtu hari tu tau yg kad zil tak cukup. kurang lagi dalam 200++ bukan vendor kad kahwin tu bagi kurang.. tapi undangan Zil melebihi 1500 sebenarnya.. bayangkanla lagi 3 minggu je lagi ni.. mana sempat nak buat lagi yg tak cukup tu kan.. mcm mn?? mak suruh fotostat. yg fotostat tu mak suruh bagi kat orang kg.. tak sampai hati nak bagi yg fotostat.. tp nak wat mcm mn.. masa betul2 dah suntuk.... Ingatkan dulu 15o0 tu dah terlebih dari cukup.. ok, kita tengok kad Zil ya.. kad zil ni lipat 4.. lupa nak amik gambar yg dah berlipat.. Harga kad Zil ni murah je RM0.56/pcs utk 2000keping termasuk envelope bercetak. ciri2 kad kahwin Zil ni size A4, berat kertas 225gm, matte laminate dan Hot stamping pada tulisan nama pengantin.. murah tak? murah kan.. Zil beli dengan Walimatulurus.
Scan tak penuh.. hihihi..

Memang dah terasa tension sangat.. semakin dekat hari tu tiba, dah terasa bz yg teramat sangat.. dengan bermacam2 DIY yg pending. Klah.. Zil nak sambung keja lagi.. tata...

1 comments:

Unknown berkata...

biasa la zill.. mana tak tensyen.. semua nak buat dalam sehari..

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket