BUDAYA KAHWIN ORANG BAWEAN (BOYAN)

Isnin, 31 Januari 2011

Assalamualaikum....

Nampak tak tajuk tu.. Orang boyan.. So, kepada sesiapa yg tak berminat atau tak suka sila out dari blogs saya ni ya... Zil adalah keturunan Boyan.. Mak Ayah Zil orang sana tp sudah jadi Warganegara Malaysia ya... Walaupun keturunan Indonesia, Zil bangga jadi Anak Malaysia... Dan lagi satu, Zil memang tak pandai bercakap bahasa boyan dan kurang faham bila ada orang boyan cakap boyan dengan Zil.. hehehehe....

Disebabkan Zil ni keturunan seberang, sedikit sebanyak Zil kena ikut budaya sana.. Tp Zil rasa ni bukan adat, tp orang boyan yg tinggal di Malaysia sudah jadikan macam satu budaya pula... Utk majlis perkahwinan kebiasaannya malam berinai besar mesti ada... masa malam berinai besar lebih kurang 300++ tetamu akan hadir.. Dan mereka2 ni akan dihiburkan dengan budaya2 orang bawean.. salah satunya seperti kercengan...

Ni video kercengan orang boyan.. Unik dan menarik.. terdiri daripada adik2 yg berusia 18 tahun ke bawah..

Selain tu, Zamrah juga ada.. Dahulu Zamrah ni popular sebelum kemunculan kercengan.. skrg ni disebabkan kercengan dah popular, Zamrah mula menurun.. Zamrah ni juga best dan unik.. Dulu Zil juga adalah salah sorang ahli kumpulah yg mainkan Zamrah ni.. Zil ni pemukul kompang.. sambil pukul kaki kena gerak seperti menari ya.. mula2 main memang tak biasa.. asik salah pukul je.. mana tak semua anggota kena gerak.. mulut pun kena gerak sebab kena nyanyi sambil pukul kompang...





Sekarang ni di kawasan rumah Zil, Tung tung pula lebih popular.. kebiasaan tetamu yg hadir pada malam berinai tu pasti menantikan hiburan Tungtung dari kumpulan remaja Taman Setia Balakong.... Tung Tung ni lebih kepada hiburan lawak2 ya.. memang best.. pasti menggelikan hati tetamu yg hadir pada malam tu... Zil pun suka tengok tung tung... Zil tak da contoh video utk tungtung.. tungtung ni hanya di kawasan rumah Zil je... tempat lain rasanya tak da.. Peralatan Tungtung lebih kepada peralatan seperti orkestra ada piano, gitar, seruling dan lain2.. tp lebih pada lawak.. penghibur kadang akan bergaya seperti seorang wanita walaupun mereka tu lelaki.. Bila ada contoh video, Zil akan upload ya...

gambar di bawah ni pula salah satu hiburan orang boyan iaitu Hadrah.. Selain dari hiburan seperti ni, ada juga keluarga pengantin hanya membuat pertandingan karaoke pada malam majlis berinai tu..
Hadrah dari Indonesia..

Kebiasaannya malam berinai akan habis sampai pukul 12malam.. Kaum boyan ni tidak seperti kaum melayu.. Dimana pengantin akan duduk bersanding pada malam tu dan ditonton oleh lebih 300 orang... Utk majlis Zil nanti, Zil tak tahu samada Zil akan hiburkan tetamu dengan persembahan karaoke atau pun kercengan.. Jika Zil amik Karaoke, budget rendah sikit.. Tp Zil suka hiburan tungtung.. tp tungtung ni hanya 2jam sahaja. manakala malam berinai ni start dari pukul 8 sampai pukul 12. mak Zil kata nak amik tungtung kena tambah kercengan.. Waa... budget sudah lari.... tp belum decide lagi.. kena wat keputusan cepat ni..

Budaya orang boyan ni sumer ikut kemampuan keluarga ya.. tak wajib. ia hanya utk memeriahkan majlis saja. Tapi majoriti hiburan ni di kawasan rumah Zil selalu ada pada majlis malam berinai.. Nanti ada masa Zil akan update lagi tentang budaya kahwin orang boyan.. banyak lagi yg unik dan menarik dalam budaya orang boyan ni...

20 comments:

Unknown berkata...

As Salam...zil ada kaitan tak dgn ini?

http://cintakandaku.blogspot.com/2011/02/keturunan-saya-tak-boleh-makan-ikan-ni.html

ZiL berkata...

Waalaikumsalam... tak tahu lah pulak.. tak pernah pula dengar cite tu.. tp ikan tu boleh dimakan ke?

Mummy berkata...

salam zil..sy baru menerima adik ipar dari taman setia balakong...amat unik sekali budaya mereka...1st time tgk dan mengalaminya..tp sayang persembahan tung tung tu sy tak dpt tgk sampai abis..dah tgh malam sgt...

ZiL berkata...

Mummy.. memang unikkan.. rugilah tak tengok.. memang best.. geli hati...

Zaerin berkata...

wahhhh xDD unikk gakk
my mom mix org boyan nan banjar masin
dia kata org boyan ni perempuan dia cantik-2
pas uh macam-2 ar dia citer
tol ke org boyan ni suka bdendam ?

ZiL berkata...

xdalah.. kalau diikutkan semua kaum sama je... ada yg suka berdendam, dan ada yg tak..

Unknown berkata...

salam zil.saya amrAn .saya ingin buat kajian ttg budaya orang boyan. ngan sapa saya nak brhubung ..... zil boleh bantu x .

ZiL berkata...

Wsalam.. zil pun tak tahu.. tp awak boleh pergi ke kawasan rumah zil.. sebab kat situ semua penduduk org boyan.. kawasan kat situ masih lagi mengamalkan adat istiadat orang boyan...

eLZara berkata...

salam hye... sy pon keturunan boyan.. belah abah saya.. sy menetap di melaka.. salam.perkenaln dari saya

eLZara berkata...

salam hye... sy pon keturunan boyan.. belah abah saya.. sy menetap di melaka.. salam.perkenaln dari saya

ZiL berkata...

Hi elzara... salam perkenalan.. awak kat melaka kat mana ya? saya ada saudara kat jassin...

Unknown berkata...

Salam...akak pun berketurunan boyan (ayah boyan, mak melayu). Moyang berasal dari pekalongan dan akak sempat jugak jumpa moyang akak yg tak fasih BM masa akak kanak2 dulu..arwah datuk Dan nenek menetap di kg sri menanti Muar Johor yg mana hanya sedara Mara kami sahaja berketurunan boyan dlm kg yg rata2nya berketurunan jawa. Tapi skrg dah takde sesiapa disana..masing2 dah merantau...Di Melaka ni Ada juga org boyan Dan persatuannya sekali :)

Unknown berkata...

Salam...akak pun berketurunan boyan (ayah boyan, mak melayu). Moyang berasal dari pekalongan dan akak sempat jugak jumpa moyang akak yg tak fasih BM masa akak kanak2 dulu..arwah datuk Dan nenek menetap di kg sri menanti Muar Johor yg mana hanya sedara Mara kami sahaja berketurunan boyan dlm kg yg rata2nya berketurunan jawa. Tapi skrg dah takde sesiapa disana..masing2 dah merantau...Di Melaka ni Ada juga org boyan Dan persatuannya sekali :)

Unknown berkata...

mak n mak mertua sy boyan...tp byk yg sy x tau...cma mgkin makanan die je yg kami knal n suke...ex: celok,hehehe

Ismi Nur Syuhada berkata...

assalamualaikum.. sy nk tnya, org bawean dgn org boyan sama ka? dan macam mana pula dgn kuala buayan? ada kaitan x? TQ

ZiL berkata...

oo.. akak dr pakalongan ya. zil pudakit timur. saudara zil kat sana pun dah tak ramai... kbnyaknnya dah menetap di malaysia.

ZiL berkata...

hihihi.... kella celok ya..

ZiL berkata...

boyan dgn bawean sama je.. tp kuala buayan tu tak pernah dgr pulak...

★ Just Ikhwan ™ berkata...

From: Ikhwan Nasir

Assalammualaikum , hehe. Saya bangga ada keturunan Bawean/Boyan . Sebelah ibu saya bawean + Madura = BawUra . Kahkahkah. My mom said, my grandma from Sangkapura, bawean Island.

So Hadrah itu lebih macam kumpulan berzikir ker? Maaflah, keluarga sebelah ibu saya dah tak melakukan adat-adat bawean, sebab semuanya sudah diAsimilasi dengan budaya orang melayu. Boleh terangkan ttg budaya bawean secara lebih lanjut ?

Unknown berkata...

kaum bawean lah yg baik .tak mcm madura ..i love become anak bawean .ropa² na alek ngocong² wek ..

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket