CANOPY MURAH

Khamis, 27 Januari 2011

Assalamualaikum...

Disebabkan majlis Zil buat kat rumah, dah tentu2 Zil kena sewa canopy kan.. Canopy Zil dah booking awal bulan 7 hari tu.. yelah, takut sebab majlis Zil masa cuti sekolah, kang tinggal yg buruk2 je utk majlis Zil nanti kalau lambat booking.. Utk Canopy, Zil sewa 8canopy. 1 canopy utk pelamin dan 7 canopy utk tetamu dan kemah pengantin.. Untuk Canopy Zil ambil Arabian 20"x20". Ciri2 canopy yg Zil ambil simple je... hanya pelamin dan kemah pengantin sahaja yg ada underlayer & chandelier.. 3 kemah semua kerusi banquet bersarung. semua ni RM2400. utk red carpet pula Zil hanya perlu tambah RM200 utk 100kaki. mahal ke murah??? hmmm.. bagi Zil mahal kot.. sebab....

Sebabnya baru2 ni jiran Zil baru je buat bisness canopy.. tau tak jiran Zil charge berapa??? RM200 utk satu set canopy Arabian 18"x18" sekali dengan scallop, 40kerusi dan 5 meja bulat..murah tak??? canopy tu semua baru2... cantik lagi.. if nak canopy VIP hanya RM360 sahaja (termasuk underlayer, chandelier, kerusi bersarung+riben). teramatla murah... tp tu harga utk area rumah Zil la.. sebab jiran Zil tak perlukan transport utk bawa barang2 tu semua di kawasan rumah Zil dan dia juga tak perlukan banyak masa nak pasang canopy tu semua... kat luar maybe beza RM50.00 je satu canopy.. waaaaaa.. rasa menyesal tau sebab dah amik kat orang lain awal2..nak cancel mn boleh, sebab dah bayar...

Kpd yg masih nak mencari canopy dengan budget yg murah, ambillah dengan jiran Zil ni..... canopy dia cantik2 sebab masih baru... Selain tu, jiran Zil ni juga seorang mak andam... pakejnya juga murah... RM1100 di area rumah Zil dan dia akan buat pelamin ikut kita cakaplah nak mcm mn, dia akan cuba buatkan.. mungkin kat luar harga dia lebih sikitlah..dan baju ikut kita nak berapa banyak.. 10 baju pun boleh.. harga tetap sama. harga tu termasuk 2 kali makeup (malam berinai dan sanding).
Ni salah satu contoh pelamin yg jiran Zil buat.. cantikkan... pelamin ni bawah canopy.. canopy tu pun dia punya...

Selain dari tu juga, jiran Zil kata kalau kita amik full pakej (canopy+andaman) dia akan bagi free persembahan nasyid dari kumpulan adiknya selama 2 jam kot.. ha.. adik jiran Zil ni tubuhkan kumpulan nasyid budak2 kecil... memang sedap dengar suara2 mereka... lagu2 mereka nyanyikan juga sedap......

3 comments:

nor berkata...

blh dpt no owner canopy tu x ek??

nor berkata...

salam cik zil..boleh x saya nak daptakan nombor owner canopy tu?

ZiL berkata...

boleh.. ni no nya.. 016-3701362. namanya Kak Am-am.. utk orang luar dari kawasan rumah kami RM250 arabian 18x18.. canopy dia cantik dan masih baru... utk sarung+riben kerusi hanya tambah rm70 utk satu kemah, dan rm100 utk (scallop/underlayer/kelambu/lelangit + chandelier)

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket