Assalamualaikum,
Zil nak share something yg penting utk bakal pengantin baru.. Zil dpt INFO ni dari Pesona pengantin...
Petua penting untuk bakal pengantin baru
Khasiat herba sememangnya sudah diketahui sejak dahulu lagi. Herba mempunyai 1001 rahsia yang masih belum diterokai. Khasiat herba ini sangat sesuai untuk bakal-bakal pengantin yang ingin kelihatan segar dan sihat menjelangnya hari persandingan.
PETUA WANITA
♥ Petua menegangkan payudara
Payudara yang kendur kadang-kala meresahkan hati bakal-bakal pengantin. Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapu dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam atau agak layu, tekapkan daun sirih tersebut pada
payudara anda dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu. Payudara yang kendur kembali tegang selepas anda mengamalkan petua ini.
♥ Petua untuk keputihan
Masalah keputihan sering terjadi pada sesetengah wanita. Keputihan yang banyak dan kadang-kala berbau boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Bagi bakal pengantin yang mempunyai masalah ini, cuba petua ini untuk menghilangkan masalah keputihan. Mandi dan basuh bahagian intim anda dengan air rebusan sirih selama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan. Amalan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan.
♥ Petua mengurangkan air pada bahagian intim
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat, dan gaulkan dengan minyak bijan. Kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia dipercayai dapat mengurangkan air pada bahagian intim. Nescaya lebih nikmat malam anda.
♥ Petua untuk masalah haid
Masalah haid yang tidak teratur, aliran haid yang banyak, dan lain-lain merupakan masalah haid yang dialami oleh wanita. Masalah haid ini boleh membantutkan kehidupan seharian sesetengan wanita. Bagi wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan dan mempunyai masalah haid, amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu. InsyaAllah masalah haid akan berkurangan.
♥ Petua mengatasi ketiak hitam
Ketiak merupakan bahagian yang kadang-kala dilupakan. Kesannya, ketiak akan menjadi hitam dan berbau kesan pembiakan kuman akibat peluh. Bagi bakal pengantin yang sedang mencari-cari jalan penyelesaian bagi menghilangkan ketiak hitam, cuba petua ini. Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta digosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau.
♥ Petua mengatasi perut buncit
Perut yang buncit dan menggeleber seringkali menjadi igauan wanita. Jika bakal pengantin tidak mahu tampak buncit semasa hari persandingan, ada petua untuk mengatasinya. Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil mendapan air tersebut dan campurkannya dengan air perahan sebiji limau nipis. Amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Perut yang buncit akan kembali nipis.
PETUA LELAKI
♥ Petua nikmat kepada isteri.
Bagi kaum lelaki yang ingin kelihatan bertenaga pada malam pertama anda, cuba amalkan petua ini. Ambil terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sireh bertemu urat, dan minyak bijan. Kemudian, tumbuk sehingga lumat dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Apabila hendak bersetubuh, sapukan pada bahagian intim anda, maka isteri akan nikmat. Mungkin ia adalah malam yang tidak akan anda lupakan.
♥ Petua menguatkan alat kelamin
Masukkan kunyit, kapur sireh, opium sebesar kacang hijau, dan pati santan kelapa ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Minum sebelum anda bersetubuh. Bahagian intim lelaki akan bertambah kuat dan memperbanyakkan air mani. Jadikannya sebagai amalan supaya anda dan isteri mencapai kepuasan yang diinginkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan