HONEYMOON

Khamis, 23 Disember 2010


Asslamualaikum...

Alhamdulillah... Tiket honeymoon kami yg kedua dah pun abg beli... TQ abg.. sayang sangat2 kat abg.. mula tu Zil suruh abg beli tiket Air Asia je... tp abg nak MAS.. dia kata biarlah pilih yang ok sikit untuk honeymoon... lepas tu MAS ada wat promotion... cepat2 abg beli tiket... LAGI MURAH dari AIR ASIA... tak sabar rasanya nak melawat negara orang.... kami akan honeymoon di sana selama 5hari.. 5hari??? cukup ke??? cukup kot.. lagipun annual leave zil dah tak da sbab habis guna utk kahwin...

Honeymoon pertama, tentulah di dalam Malaysia... honeymoon pertama ni 3hari je.. semoga semuanya berjalan dengan lancar... Doakan kami ya kawan2...

DIY BUNGA MANGGAR

Rabu, 15 Disember 2010

Assalamualaikum w.b.t..
Post kali ni Zil nak berkongsi pula cara2 nak DIY Bunga Manggar.. Bila search google dah ramai b2b yg DIY bunga manggar..Bunga manggar ni lain dari yg lain.. sangat2 cantik tau... so, pada b2b tu jangan malas nak DIY... Zil pun teringin nak buat sendiri nanti... tapi tak tahu nak wat yang mana satu.. buat jenis bunga or gula2... kita layan gambar ek...Gambar ni Zil amik dari blogs Xora... kawan2 leh la click sini utk cara2 DIY bunga manggar jenis ni..


Gambar kat atas ni jenis bunga manggar gula2.. cantik juga kan.. lain dari yg lain.. untuk cara2nya boleh la click kat sini ya....

SELAMAT MENCUBA KAWAN2....

PELAMIN

Assalamualaikum kawan2...
Entry kali ni zil nak cerita pasal pelamin.. Hari tu jumpa ngan mak andam Zil.. pelamin Zil nanti adalah seperti gambar di bawah ni... pelamin roman 6tiang... Harga sangat2la murah tau kawan... 7pasang baju, 3kali makeup (nikah, malam berinai, sanding) termasuk pelamin seperti dibawah ni... nak tau ke brp????? jeng, jeng, jeng... RM1800 je tau... kawan2 boleh ke dpt harga mcm ni... mak andam Zil ni memang teramat murah... mak andam Zil amik mak andam yg sama makeupkan zil masa tunang... kawan2 leh tengokla hasil makeup dia macm mana.. memang cantik....Kawan2... hari tu kan kan.. zil da nampak satu pelamin ni.. memang wat zil teruja sangat2... sangat2 cantik tau pelamin ni... uwaaaaaa... cam nak nangis je tengok pelamin ni... jadilah ia sebagai pelamin impian.. hehehehe... mcm lah boleh sangat kan... Zil ni kahwin wat kat rumah je.. bukan buat kat dewan...pelamin tu teramatlah besar.. hanya sesuai tuk dewan je... tp hati dah jatuh cinta ngan pelamin tu..... sampai termimpi2... jadi, zil printla gambar pelamin ni.. then tunjuk ngan family zil.. pelamin impian Zil... bincang2 ngan family... akhirnya Zil akan buat pelamin sendiri.. yea... tak jadi nak amik pelamin mak andam .. itu pun jika jadi nak buat.. mudah2an jadi kan.. lagi 87hari je lagi ni... pelamin mcm ni banyak nak guna kayu tau.. kayu mahal.... akhirnya adik zil cakap dia akan cari kayu tuk wat pelamin.. disebabkan pelamin zil ni bawah kemah, zil tak boleh nak buat pelamin seperti ni... so, discuss zil akan buat seperti di bawah ni.. tapi, tepi kiri kanan tu zil akan letak gambar seperti di atas... hehehehe.. tak taulah pa jadikan.. tengok jelah.. jadi ke tak.. buat ke tak... harap2 family zil akan buatkan... Cite pasal pelamin ni, banyak barang yang akan guna.. mcm kain kat tirai belakang tu... bunga, chandelier, kerusi.. zil akan pinjam ngan mak andam je... hehehe... ataupun (dengar2 adik zil akan sewa ngan bos dia...) harap2 dapatlah sewa barang2 ni kan.. adik zil ni pun tukang pasang pelamin gak.. dia tau cara nak pasang benda ni mcm mn...

Utk stage pulak, zil berangan2 nak seperti di bawah ni.. cantik tak stage dia.. kain2 kapas tu... bincang ngan adik, kawn dia tau buat.. banyak nak guna duit.. hmm.. budget dah lari ni... tengok jelah nanti mcm mn kan.. klah kawan2.. zil nak balik.. da..... harap2 kawan2 suka tengok pelamin mcm ni kan... berangan lebih je zil ni... ngeh ngeh ngeh...

VEIL/LAYAH NIKAH

Assalamualaikum semua...

Dah lama rasanya tak update blog ni... pejam celik, pejam celik.. lagi 87hari je lagi... cepatnya rasa.. mcm dah tak sabar nak tunggu hari tu tiba.... dah mulala Zil berangan2... nak yg grand je, tapi duit tak da.. hahahaha.. teruk la Zil ni... berangan tak kena tempat... Oklah berbalik pada tajuk diatas, Zil ni dah tak da budget tuk semua ni.. disebabkan baju nikah zil color cream, mak andam tak da veil color cream.. uwaaaaa... rasa nak nangis je.. ingat nak pinjam mak andam punya je...

banyak dah zil survey utk veil.. kat masjid india yg ready made rm45 keatas... tp zil tak berkenan langsung.. nak yg cantik tp nak murah.. mcm mn tu... search google cari la DIY tuk veil ni.. akhirnya dpt gak idea.. zil akan buat veil mcm jenis kat bawah ni.. labuh sampai ke lutut.. cantik tak kawan2.. veil kat bawah ni mcm kain chiffon je... hari tu beli kain chiffon utk kain mak dan kakak sebijik mcm kat bawah ni... tp grey color la... kain chiffon jenis yg zil beli tu murah je.. RM8.50/meter.. beli kat gulatis.. hari tu ukur utk labuh yg zil nk ni, hanya memerlukan 2meter sentengah je... jadi baru RM21.25.. zil nak wat simple mcm dlm gambar ni.. zil tak naklah banyak sangat beading utk nikah.. letak la manik sikit mcm dalam gambar di bawah ni.. lagipun baju nikah zil lebih kurang sama mcm gambar di bawah ni... sesuai sangat kan... bestnya..rasa tak sabar la nak kahwin....

CUSTOM MADE WEDDING SHOES BELOW RM150

Khamis, 18 November 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampak tak tajuk post kali ni??? Ha, kasut kahwin kita boleh dpt dengan harga bawah RM150 je.. Entry sebelum ni, zil pernah postkan berkenaan dengan kasut kahwin tp harga memang boleh tahan... Menyesal rasanya sebab terlambat dapat info yg amat berguna ni.. Coz zil dah beli kasut dari kedai yg zil letak dalam entry sebelum ni... jika zil buat kat Gavy ni, tentu leh dpt 2 pasang kasut... Walaupun dah beli kasut, zil nak gak pos kan dlm blogs zil ni, sebab zil nak berkongsi dengan kawan2 yg lain... ok, kita layan dulu gambar kasut2 kat bawah ni.. memang cantik.. berminat betul zil tengok.. gambar ni semua zil ambil dari blogs Nurul Huda. Thanks Huda coz berkongsi maklumat ni.. Zil suka sangat baca blogs dia ni.. banyak idea yg zil dapat dari dia...


Cantikkan kasut ni... Mesti mahal??? Eh tak lah... memang ramai yg fikir kasut kahwin ni very expensive. NO, NO, NO, NO.. memangla ada taylor yg jual kasut kahwin dengan harga yg expensive.. tapi ngan Gavy harga kasut below RM150... tak caya??? Zil pun mula memang tak caya.. tp b2b ramai yg dah beli.. Dengar2 kedai kasut ni, boleh buat kasut design yg kita suka... kita hanya tinggal cari gambar kasut yg kita suka, then tunjukkan pada Gavy.. mereka akan design utk kita mengikut yg kita suka...

Zil malas nak taip panjang2, jadi zil copy paste je ayat dari blog Nurul Huda. hehehe.. sorry ya Nurul Huda.. just pinjam informasi utk berkongsi dengan kawan2 je..

if u take 1 shoe, harga for custom is myr120, harga kasut sahaja, kalau nak brooch bling2 pilihan sendiri, pegi beli brooch 2 ketul yang identical then bagi kat dia, dia akan jahitkan, i bought 2 identical brooch for my30, tak mahal sangat, tu je mampu, and kalau buat 3 kasut lg murah since dia akan bagi satu kasut myr100.. harga kasut sahaja, makin banyak makin murah.. interms of custom made, up to what extend? custom yang mcm mana boleh?

please check the following:-


choice of color dekat gavy however tidak banyak, sangat limited, satu color tu ada satu tone je, or kalau ada lebih dari satu color, yang color satu lagi tu glittery, kalau malam sangat nice.. so be prepare of not much choice of color.. if u wanted white or off white, u have to settle down with 1 choice je, color dia not really white not really off white, in the middle.. pure white tade, i pun terkilah, cewah.. :)
ketinggian heel itu, up to 3 and half inch sahaja, maybe boleh bodek 4 inch, i have mine 3 and half inch, but serious takde rasa nak tumbang whatsoever.. stability is there! in terms of size, since ini custom made, gavy boleh buat as small as size 4 until besar i tak sure tapi besar la jugak, size 8 or 9 rasanya.. or maybe bigger, pg tanya okay? and kalau nak mcm size 5 1/2 atau 6 1/2 pun boleh, since i know diff shoe kadang2 diff size kan? half an inch does make a different yaw! haha.. selesa ke tak? untuk org yg kaki suka melecet mcm saya rasanya bolehla tahan, sebab belum praktis marathon lg ngan kasut ni, hihi, just pakai dalam rumah so susah nak kata tapi aku tau mmg aku kene melecet gak nanti, tapi ape pun dia mmg betul2 fit kaki, sedap la pakai.. and tak keras, belah belakang tumit dia ada mcm soft cloth untuk elak melecet, so semua nampak okay, serious!
www.gavy.com.my
email:
enquiry@gavy.com.my
(my advise is go straight to gavy, sng deal)
number to call:
03-2698 8222
017-327 9604
(bercakap dengan asyraf)
whereabout:
maju junction shopping centre (jalan tar)
dalam wedding city, infront of lagenda boutique

DIY Bunga Manggar

Rabu, 17 November 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Entry kali ni, zil nak cite pasal DIY (Do it yourself) dari bloggers B2B (Bride to be). Minat betul zil tengok blogs2 mereka. Zil betul2 tertarik.. lebih2 lagi ia memberi banyak idea kpd mereka yg nak kahwin tu.... excpecially Zil la...

Suka betul zil tengok blogs ni.. Zil rasa DIY bunga manggar pun idea yg praktikal. cantik dan lain dari yang lain...

TEMUDUGA KERAJAAN

Selasa, 26 Oktober 2010


Sebelum bertunang, Zil tak pernah terima panggilan temuduga kerajaan. Lepas je bertunang, Zil dah 3 kali terima panggilan temuduga kerajaan.. Mungkin orang kata rezeki kahwin agaknya..

Tp Zil sedih sangat2.. kali pertama terima temuduga kat SPA sebagai Pembantu Akauntan. Surat temuduga dapat sehari sebelum temuduga.. Zil tak tahu apa yg perlu zil prepare utk temuduga tersebut dalam masa sehari... Temuduga SPA ni gagal.. sedih, kecewa yg teramat sangat.. Yelah, nilah peluang pertama Zil temuduga kerajaan.. Tp, semua soalan tak dapat Zil nak jawab.. mn taknya, surat panggilan temuduga dpt sehari sebelum temuduga. dapat melalui Pos laju.. mcm tak nak beri tugas tu pada Zil je kan.. dan lagi, Dah 4tahun Zil tak sentuh pasal Akaun ni.. mn ingat.. semua soalan temuduga berkenaan akaun.. mcm soalan exam pulak... memang yang ni, Zil dah agak takkan dapat.

Utk temuduga kali kedua, Zil terima surat dari PPSPPA jawatan sebagai Penolong Akauntan. surat dapat seminggu sebelum tarikh temuduga. disebakan ada pengalaman temuduga spa yg lepas, Zil cuba study setiap hari. Zil pinjam buku2 jiran Zil berkenaan Akaun.. Zil buat nota ringkas.. Zil cuba nak buat yg terbaik utk temuduga kali ini.. TP, bila tiba masa temuduga, Zil kecewa sekali lagi.. soalan akaun langsung tiada dalam soalan temuduga.. sebaliknya perbincangan by group.. group Zil langsung tiada yg study. Disebabkan Zil ni pemalu dan jenis pendiam, Zil agak tenggelam dalam presantation.. yelah, kawn segroup dengan Zil sume nak menonjolkan diri sampaikan kawan yg lain mcm Zil tak berpeluang nak bercakap.. Nak buat mcm mn.. nasib badan.. Temuduga kali ini juga gagal.. Sedih yg teramat sangat.. Call En Tunang, siap nangis2 lagi sebab dah kecewakan harapannya..

Utk temuduga kali ketiga, Zil terima surat dari SPP sebagai Pembantu Tadbir Kewangan. Yang ni belum tiba tarikh temuduga lagi.. Tp, Zil dah tak da semangat nak pergi temuduga kali ni... mcm mn nak naikkan semangat Zil ni.. Yelah, dah 2 kali rasa kecewa yg teramat sangat.. Zil dah cuba buat yg terbaik. Mungkin bukan rezeki Zil lagi..

"Mak, Ayah, Abg, Zil dah cuba buat yg terbaik. Maafkan diri ini sebab telah mengecewakan harapan semua utk Zil menempatkan diri Sektor kerajaan. Mak ayah doakan diri ini agar anakmu ini berjaya utk temuduga yg akan datang. Amin.. "

KEK GULA HANGUS

Jumaat, 22 Oktober 2010



Assalamualaikum kawan2..

Semalam Zil ada cuba resepi ni.. permintaan special dari Tunang Zil.. Tunang Zil ni minta Zil buatkan Kek gula hangus tuk dia.. Nilah pertama kali Zil cuba buat kek gula hangus.. Alhamdulillah menjadi.. cantik dan sedap keknya.. senang dan mudah je nak buat.. Zil buat 2 loyang, satu untuk tunang Zil dan satu untuk family Zil.. yelah, kalau buat satu nanti, terliur pulak family Zil.. lepas buat, mak Zil cuba kek ni.. dapat respon baik dari Mak Zil.. sedaaaaap katanya.. hehehe.. lepas tu, mak Zil minta Zil buatkan 5 loyang nanti utk diberikan pd sepupu Zil yg nak kahwin minggu depan.. seronoknya bila dpt pujian.. hehehe.skrg ni kita layan gambar ni dulu.. gambar ni Zil amik guna HP Zil.. so, tak berapa cantiklah gambarnya...
Resepi
Sumber : Kak Halimah

Bahan utk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali.... Lepas tu masukkan mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuangkan esen vanilla.
Last sekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

KASUT KAHWIN

Assalamualaikum sume..
Hari ni Zil nak cerita pasal kasut kahwin. Yelah, tak lama lagi Zil nak kahwin dah. Tp persediaan apa pun tak buat lagi.. Pasal kasut kahwin ni, Zil kena beli kasut yg 5" agaknya supaya sedondon ngan tunang Zil nanti. Yelah, Zil ni kurang tinggi, tunang Zil pulak terlebih tinggi.. hehehe..

Hari tu da cari kat shoping complex, tp susah nak dpt yg 5". Ada satu website ni yg jual kasut utk kahwin.. memang cantik2 kasut dia.. berkenan betul dengan kasut kat website tu.. tp, harganya mahalnya.. tak mampu Zil nak beli.. kasut kat bawah ni 5" harga RM298.. hmmm.. ni nak kena pujuk tunang Zil ni... hehehe.. cantik tak kasut2 ni kawan2? nak tengok website kasut ni, leh la link kat sini.

ALMOND LONDON

Isnin, 18 Oktober 2010

Almond London ni wajib ada masa raya.. Tak sempat nak amik gambar masa buat.. dah masuk dalam balang baru teringat nak buat. Zil dah banyak cuba resepi almond london, tp resepi dari Chef Noraini juga yg menjadi.. tp, seperti biasa Zil ada ubah sikit resepi..

Bahan-bahan :

(A)
250 gm mentega
150 gm gula kastor
450 gm tepung biskut (cap Red Rose) (*Zil kurang kan tepung biskut ni ke 430gm)
20 gm susu tepung (*hehehe, wajib zil kena letak.. resepi asal tak da ya)
100 gm tepung jagung
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex (perangup biskut)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

(B)
150 biji badam, dibakar
100 gm badam cincang , dibakar
150 keping cawan kertas bewarna hitam

(C)
500 gm coklat masakan
1 sudu teh coco butter

Cara Membuatnya :
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Pindahkan ke dalam mangkuk lebih besar. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan 20 minit.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Masukkan badam dan buatkan bentuk bujur. Susun dalam dulang pembakar.
5. Masukkan biskut dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama 25 minit hingga masak dan berbau wangi. Sejukkan biskut dalam dulangnya sebelum dialihkan ke dalam bekas lain.
6. Untuk membuat coklatnya, panaskan coklat secara double-boiler hingga cair. Masukkan coco-butter dan kacau hingga cair.
7. Celupkan biskut dan angkat dengan garfu. Letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan dengan badam cincang. Biarkan coklat beku sebelum menyimpannya.

Tip:
Untuk mempercepatkan coklat beku, masukkan satu dulang biskut yang telah bersalut kedalam peti sejuk.Biarkan 10 minit hingga ia beku. Keluarkan.

TART GULUNG




Ni Zil nak kongsi lagi satu resepi yg selalu Zil buat utk tunang Zil.. Tunang Zil ni suka sangat makan tart nanas yg Zil buat ni... setiap raya mesti kena buat 2 atau 3 balang yg besar utk tunang Zil ni.. Mcm biasa Zil dapat resepi ni dari blogs favourite Zil iaitu kak Diana.. gambar-gambar ni sume gambar Zil amik masa Zil buat tart nanas ni tau.. Sume yg Zil letak dalam blogs Zil ni adalah gambar Zil sendiri yang bermaksud resepi yg dah Zil cuba baru Zil akan share utk kawan2... Tp resepi ni Zil ubah sikit. jgn marah ya yg empunya resepi ni.. bukan pa, zil suka sangat tambah susu tepung dalam kuih yg zil buat.. hihihi..


Bahan-bahannya:
525 gm tepung gandum (Zil kurangkan ke 480gm)
20gm tepung susu (*dalam resepi asal, tepung susu tak da ya..)
30 gm tepung jagung
60 gm gula castor
375 gm butter (*Zil suka guna golden churn atau SCS, supaya nampak lagi gebu dan lagi sedap)
3 biji kuning telur
1 tbsp esen vanila

Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
2. Masukkan bahan kering kedalam mesin, gaul rata.
3. Masukkan butter dan gaul rata lagi.
4. Dengan membuat lubang di tengah adunan, tuangkan kuning telur dan esen vanila dan gaul lagi sampai sebati.
5. Leperkan adunan diatas papan gulung dan terap menggunakan penggulung bergigi. Potong memanjang dan isikan inti nenas.
6. Susun di atas dulung pembakar, lining with baking sheet. Sapukan kuning telor pada atas kuih.
7. Bakar dalam ketuhar sekurang2nya 20-25mins atau sehingga kekuningan.
8. Apabila masak, keluarkan loyang dan sejukkan sebelum dialih ke telap kedap udara.

Bawah ni lah balang yg selalu Zil sediakan utk En Tunang kita ni....

PUDING KARAMEL



Dah lama rasanya tak update blogs. Ok, entry kali ni Zil nak kongsi resepi karamel dari Alya.. senang dah mudah nak buat karamel ni.. Karamel ni Zil buat pada pukul 11 mlm. Masa tu mak Zil yg request suruh buat utk diberi pada nenek Zil yg tinggal di KL.. disebabkan masa tu dah ngantuk nak tidur, nilah hasilnya.. tak cantik, Zil tak da masa nak edit gambar yg Zil amik ni.. ingat nak letak nama Zil pada gambar tu, hehehe.... malu zil nak tunjuk.. Ok.. ni dia resepinya.. Zil copy paste je..

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

Bahan-bahan (saiz : 16cm)

  • 400cc (400ml) susu segar/susu cair
  • 5sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Tat Nenas Gulung

Isnin, 13 September 2010

Bahan2:
525 gm tepung gandum (Zil guna 480gm tepung gandum & 20gm tepung susu)
30 gm tepung jagung
60 gm gula castor
375 gm butter
3 biji kuning telur
1 tbsp esen vanila

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
2. Masukkan bahan kering kedalam mesin, gaul rata.
3. Masukkan butter dan gaul rata lagi.
4. Dengan membuat lubang di tengah adunan, tuangkan kuning telur dan esen vanila dan gaul lagi sampai sebati.
5. Leperkan adunan diatas papan gulung dan terap menggunakan penggulung bergigi. Potong memanjang dan isikan inti nenas.
6. Susun di atas dulung pembakar, lining with baking sheet. Sapukan kuning telor pada atas kuih.
7. Bakar dalam ketuhar sekurang2nya 20-25mins atau sehingga kekuningan.
8. Apabila masak, keluarkan loyang dan sejukkan sebelum dialih ke telap kedap udara.

Inti Nenas:
3/4 biji nenas, dibuang mempulur tengahnya dan parut.
4 cawan gula pasir
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
Sedikit serbuk pewarna kuning

Cara:
1. Toskan nenas yang telah diparut. (boleh gunakan food processor dan ambil ampas nenasnya)
2. Didalam periuk non-stick, masukkan nenas, gula, kayu manis & bunga cengkih diatas api yang kecil.
3. Masak nenas hingga hingga kering. Sentiasa kaup balikkan nenas ini supaya tidak hangus dibahagian bawahnya.
4. Taburkan sedikit pewarna kuning pada sesedap mata yang memandang.
5. Apabila sudah betul2 kering, tutup api dan sejukkan.
6. Boleh disimpan di dalam freezer hingga bila waktu yang ingin digunakan.

AIR MATA KU

Selasa, 7 September 2010


Assalamualaikum semua,
Hari ni Zil rasa sedih sangat2... tiada yg pujuk pun.. Pagi2 lagi dah tak da mood. Zil minta maaf jika Zil yg salah.. tp tolonglah jangan buat Zil mcm ni. Zil perempuan, ada hati yg lembut dan mudah terusik.. Bukan Zil meletak telefon utk kurang ajar. Tp, maksud Zil supaya Zil nanti tak kurang ajar dengan meninggikan suara bila Zil teruskan lagi... Bagi Zil, lebih baik Zil letak dari semakin parah nanti.. Tp, jika perbuatan Zil ni salah, Zil minta maaf sangat2..

MAAFKAN ZIL... BUKAN NIAT UTK BERLAKU KURANG AJAR.

BANANA CRUMB MUFFINS

Rabu, 1 September 2010

First time Zil buat muffin banana.. Ni sebenarnya atas permintaan kawan Zil yg minta Zil buatkan muffin banana utk dia berikan kepada kawan2 office dia pada hari terakhir dia kerja.. Disebabkan Zil ni percayakan dengan blogs kak Diana ni, Zil cubalah resepi ni.. memang tak mengecewakan.. sedap, lagi2 bau topping dia tu bau kayu manis memang menyelerakan.. Gambar zil ni tak seberapa cantik seperti yg kak Diana ni buat. Feedback dari kawan Zil ni pun kata sedap.. nak buat pun senang je.. Kita tengok resepi dia...

BANANA CRUMB MUFFINS
Sumber: Allrecipes.com

Bahan-bahannya (Untuk 10 biji)
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
3 biji pisang, dilecek
¾ cawan gula
1 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan mentega, dicairkan
1/3 cawan gula perang, dipadatkan (D guna Muscovado Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190’C. Sapukan loyang muffin dengan mentega atau boleh gunakan muffin cups.
2. Didalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam.
3. Didalam mangkuk yang berasingan, campurkan bersama pisang, gula, telur dan mentega cair.
4. Campurkan adunan pisang kedalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga adunan sebati. Sendukkan adunan kedalam muffin cups yang telah disediakan.
5. Didalam mangkuk yang kecil, campurkan gula perang, 2 sudu besar tepung gandum dan serbuk kayu manis. Masukkan 1 sudu besar mentega dan ramas menggunakan hujung jari sehingga ia berketul-ketul seperti serbuk roti. Taburkan topping diatas adunan muffin.
6. Bakar didalam ketuhar selama 18 – 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.

Nota D: D lebihkan bahan-bahan untuk topping agar rasanya lebih ummphhh… Sedap you…

Chocolate Banana Cake


Ni pertama kali Zil cuba buat kek ni.. hehehe.. tak pandai nak hias.. tp, memang sedap kek ni.. setanding dengan SR. Kawan-kawan leh la cuba resepi ni.. memang tak mengecewakan.. Resepi ni Zil dapat dari Kak Yati dari damira Blogspot.. Zil copy paste je resepi ni ya..

CHOCOLATE BANANA CAKE

[b]Chocolate Sponge cake:[/b]

Bahan A 3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa aje)
1 teasp. vanilla essence

Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.

Bahan C

3 1/2 biji putih telur size A (atau 4 1/2 biji putih telur size sederhana)
1/4 tsp Cream of Tartar
60 gm. gula kastor


Cara-caranya:

(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu.( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 170C lebih kurang 50mins atau sehingga masak( Zil akan bakar dahulu 25 minit dan kemudian letak aluminium foil supaya kek dilapisan atas tidak hangus).
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.


Chocolate mousse:

250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat.(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur)
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer ( Saya gunakan chocolate emulco aje)
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal

Cara-cara membuat chocolate mousse:

(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.)
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.

Chocolate Coating

35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream ( Zil gunakan non dairy whipping cream je sebab nak jimat kos, tp hasilnya tetap sedap)
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter

Cara membuat Coating untuk kek:
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA


Kek coklat kukus ni resepi yg selalu Zil buat.. hehehe.. Sedap sangat2.. nak buatnya pun mudah. Ramai yg dah mencuba resepi ni... Zil bagi 5 bintang utk resepi ni.. Resepi ni Zil dapat dari kak Diana. Zil memang suka blogs kak Diana ni. banyak dah resepi yg zil cuba dari blogs dia.. sume menjadi dan sedap2... Oklah, Zil copy paste je resepi ni ya..

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Sumber: Zaiima

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.
Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

TOPPING COKLAT
Sumber: Kak NoorMasri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan (potong kecil2)
1 sudu besar majerin
130 ml double cream ata
u whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional


Cara membuat:
Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Tp zil wat toping cara sendiri.. Zil hanya cairkan coklat Van Houten atas double boiler lepas tu masukkan sedikit Arla Whiping cream seperti gambar di bawah ni.

Jari Dah Disarung

Kali ni, kita layan gambar je ya kawan-kawan..
Zil suka sangat gambar kat atas ni...
Terharu sangat bila bakal mak mertua peluk dan cium kita mcm ni..

Time mkn.. ajak abg photographer ni mkn sekali.. tapi dia asik menolak je.. mungkin dah kerja photographer mcm ni agaknya kan...

Mungkin ada yg tak suka melihat gambar ni.. Zil minta maaf ya.. gambar ni setakat gambar je.. janji tidak melampaui batas. Tp Zil suka gambar ni..

Nilah kawan2 yang sudi hadir.. lagipun Zil tak jemput ramai. sebab wat sederhana je..

Oklah.. cukup setakat ni je gambar-gambar ni ya...

Baju Tunang


Cerita pasal baju Tunang ni, Zil suka sangat design baju Zil ni.. Baju ni dijahit oleh kakak sepupu Zil sendiri. Nasib baiklah ada saudara yang pandai jahit baju. Yelah, nak jahit ditempat lain, mana sempat sebab masa beli kain tu tinggal lagi 2 minggu je utk majlis pertunangkan kami. Baju ni pun siap pada hari yg sama Zil nak bertunang. Nilah hasil dari kakak sepupu Zil ni walaupn masa yg diberi singkat, tapi Zil puas hati dengan hasil tangan dia.. Kakak sepupu Zil ni tak amik upah pun dengan Zil.. dia kata dia sumbang utk hari pertunangan Zil.. Terima kasih ya kak.. Akan Zil ingat jasamu itu..

Zil suka sangat dengan gambar ni... walaupun perancangan tu singkat, tapi Zil nak majlis tu sempurna.. Terima kasih sangat2 kepada Abg Suhaimi (photographer Zil). cantik sangat dengan hasil gambar. Zil suka sangat ngan Abg Suhaimi ni sebab Zil pernah tengok hasil gambar adik angkat Zil kawin.. harganya pun amat-amatlah berpatutan..

Kepada kawan-kawan yg memerlukan khidmat photographer ni, bolehla amik ngan Abg Suhaimi ni. Klik kat sini ya. Nak tengok pakej, bolehla pergi ke halaman yg terakhir sekali..

Bertunang (19 June 2010)

Zil sudah pun diikat dan dibooking oleh En Tunang kita ni.. kat sini zil letakkan satu gambar Zil masa bertunang...














Nilah dia gambar Zil dan En Tunang kita.. Lupa nak perkenalkan nama En Tunang kita ni.. Nama dia Mohd Izwanni... ceh ceh ceh.. mengada-ngada pulak Zil ni.. Oklah ni gambar bersama ngan mak ayah Zil dan mak ayah tunang Zil.. mak Zil disebelah Zil. dan disebelah mak Zil tu mak kepda Tunang Zil.. hujung sekali tu ayah tunang zil.. So, kawan2 taulah yg mana satu ayah Zil kan.. Mesti kawan-kawan pelik tengok tunang Zil ni pakai baju color lain dengan baju Zil.. Zil pun terkejut dia dtg pakai baju tu.. tak sedondon kan.. tapi takpa.. still cantik... hehehe.. Tinggikan tunang Zil ni.. Zil ni pula, pendek je orangnya..

Merisik

Masa ni Zil terkejut terima panggilan dari tunang Zil (masa ni belum jadi tunang lagi), dia beritahu family dia akan datang merisik pada keesokan harinya iaitu 30hb Mei 2010. Bayangkanlah, Zil tak pernah terfikir pun akan secepat itu. Sebab dalam perancangan kami bulan October 2010 nanti baru dia akan ajak family dia datang merisik. Tak sangka family dia pula yg ajak datang merisik awal.

Lepas terima dr panggilan tunang Zil ni, Zil terus call mak ayah Zil tentang berita ni.. Mak ayah zil pun terkejut sebab masa tu mak ayah Zil tengah bekerja.. Zil tak tahu cam mana nak membuat persediaan utk merisik ni.. sebab belum pernah ada pengalaman lagi.. hehehe..

Pd 30hb Mei tu Zil sudah pun dirisik oleh keluarga Tunang Zil.. kat situ mereka tetapkan tarikh pertunangan pada 19hb June 2010. Huh... terkejut Zil dengar. sebab masa hanya lagi 3 minggu je.. Persediaan utk tunang langsung tak ada... Lepas tu lagi, Family tunang nak hantaran diangkat semua masa tunang. Mereka tak mau hantaran dibuat masa Nikah..

Oklah.. setakat ni je cerita Zil ni.. kita akan sambung cerita pada episod pertunangan pula ya...hehehe...

BERMULANYA BLOSG SUKA DUKA BERSAMA

Hari ni Zil mula membuat blogs sendiri. Harap2 dapat tunjuk ajar dari kawan2 bagaimana nak membina blogs ini dengan lebih baik.
 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket