Baju Tunang

Rabu, 1 September 2010


Cerita pasal baju Tunang ni, Zil suka sangat design baju Zil ni.. Baju ni dijahit oleh kakak sepupu Zil sendiri. Nasib baiklah ada saudara yang pandai jahit baju. Yelah, nak jahit ditempat lain, mana sempat sebab masa beli kain tu tinggal lagi 2 minggu je utk majlis pertunangkan kami. Baju ni pun siap pada hari yg sama Zil nak bertunang. Nilah hasil dari kakak sepupu Zil ni walaupn masa yg diberi singkat, tapi Zil puas hati dengan hasil tangan dia.. Kakak sepupu Zil ni tak amik upah pun dengan Zil.. dia kata dia sumbang utk hari pertunangan Zil.. Terima kasih ya kak.. Akan Zil ingat jasamu itu..

Zil suka sangat dengan gambar ni... walaupun perancangan tu singkat, tapi Zil nak majlis tu sempurna.. Terima kasih sangat2 kepada Abg Suhaimi (photographer Zil). cantik sangat dengan hasil gambar. Zil suka sangat ngan Abg Suhaimi ni sebab Zil pernah tengok hasil gambar adik angkat Zil kawin.. harganya pun amat-amatlah berpatutan..

Kepada kawan-kawan yg memerlukan khidmat photographer ni, bolehla amik ngan Abg Suhaimi ni. Klik kat sini ya. Nak tengok pakej, bolehla pergi ke halaman yg terakhir sekali..

4 comments:

CikNaa berkata...

cntik nye veil ni awk.. bli kat mane ea? nak jgak! kaler krim utk nikah..

ZiL berkata...

Hi CikNaa, TQ.. veil tu zil beli kat Jalan TAR, KL. sebelah kedai Mari Kot.. kain chiffon.. lembut.. tu selendang.. harga dalam RM65.. kedai tu memang khas jual tudung2 sperti tudung nikah, tunang tu semua.. cantik2...

dhiera berkata...

zil, baju tunang zil simple tapi cantik.
zil buat baju guna kain jenis ape ea? sepupu zil memang tailor ke? sekali dengan beading lagi kat baju tu?

ZiL berkata...

Dhiera: TQ.. zil beli kain chiffon kosong je.. dalam satin. beli kat jakel.. kakak sepupu ni dulu tailor.. tp skrg dah keja kat saloon. beading tu memang dia yg buat.. dia bab2 beading tu memang pandai.. baju tunang kakak dulu penuh dengan beading dia buatkan.. tp baju zil kurang meriah kan...

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket