KEK GULA HANGUS

Jumaat, 22 Oktober 2010



Assalamualaikum kawan2..

Semalam Zil ada cuba resepi ni.. permintaan special dari Tunang Zil.. Tunang Zil ni minta Zil buatkan Kek gula hangus tuk dia.. Nilah pertama kali Zil cuba buat kek gula hangus.. Alhamdulillah menjadi.. cantik dan sedap keknya.. senang dan mudah je nak buat.. Zil buat 2 loyang, satu untuk tunang Zil dan satu untuk family Zil.. yelah, kalau buat satu nanti, terliur pulak family Zil.. lepas buat, mak Zil cuba kek ni.. dapat respon baik dari Mak Zil.. sedaaaaap katanya.. hehehe.. lepas tu, mak Zil minta Zil buatkan 5 loyang nanti utk diberikan pd sepupu Zil yg nak kahwin minggu depan.. seronoknya bila dpt pujian.. hehehe.skrg ni kita layan gambar ni dulu.. gambar ni Zil amik guna HP Zil.. so, tak berapa cantiklah gambarnya...
Resepi
Sumber : Kak Halimah

Bahan utk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali.... Lepas tu masukkan mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuangkan esen vanilla.
Last sekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

0 comments:

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket