ALMOND LONDON

Isnin, 18 Oktober 2010

Almond London ni wajib ada masa raya.. Tak sempat nak amik gambar masa buat.. dah masuk dalam balang baru teringat nak buat. Zil dah banyak cuba resepi almond london, tp resepi dari Chef Noraini juga yg menjadi.. tp, seperti biasa Zil ada ubah sikit resepi..

Bahan-bahan :

(A)
250 gm mentega
150 gm gula kastor
450 gm tepung biskut (cap Red Rose) (*Zil kurang kan tepung biskut ni ke 430gm)
20 gm susu tepung (*hehehe, wajib zil kena letak.. resepi asal tak da ya)
100 gm tepung jagung
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex (perangup biskut)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

(B)
150 biji badam, dibakar
100 gm badam cincang , dibakar
150 keping cawan kertas bewarna hitam

(C)
500 gm coklat masakan
1 sudu teh coco butter

Cara Membuatnya :
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Pindahkan ke dalam mangkuk lebih besar. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan 20 minit.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Masukkan badam dan buatkan bentuk bujur. Susun dalam dulang pembakar.
5. Masukkan biskut dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama 25 minit hingga masak dan berbau wangi. Sejukkan biskut dalam dulangnya sebelum dialihkan ke dalam bekas lain.
6. Untuk membuat coklatnya, panaskan coklat secara double-boiler hingga cair. Masukkan coco-butter dan kacau hingga cair.
7. Celupkan biskut dan angkat dengan garfu. Letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan dengan badam cincang. Biarkan coklat beku sebelum menyimpannya.

Tip:
Untuk mempercepatkan coklat beku, masukkan satu dulang biskut yang telah bersalut kedalam peti sejuk.Biarkan 10 minit hingga ia beku. Keluarkan.

0 comments:

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket