REVIEW KEK KAHWIN

Khamis, 7 Julai 2011


Salam Semua,

Tiba2 zil terasa nak wat entri ni.. sebab zil NAK berkongsi dengan B2B semua sentiasa bersedia dengan segala dugaan.. Betulla orang kata kita hanya merancang dan yang menentukan semuanya Allah S.W.T… Tapi kita kena terima dengan hati yg ikhlas.. dan sentiasa berfikir positif. Apa yg ditentukan olehNya adalah yang terbaik utk kita… memang betul pun…

Seminggu sebelum kahwin iaitu hari Ahad malam dalam kul 9mlm tak silap zil iaitu 5hari seblum zil bernikah, zil dapat call dari Kak Yati Damira Fotopages.. Zil ada cite pasal kek kahwin yang zil nak tempah dari kak Yati Damira Fotopages. Boleh klik entri sebelum ni..

Nak dipendekkan cerita panggilan pd malam tu utk memberitahu zil yang kak Yati tak boleh nak buatkan kek kahwin zil sebab kak Yati kena demam chicken pop.. Mcm mn perasaan kalau terjadi pada kawan2 semua.. kita tak boleh nak salahkan kak Yati sebab bukan kak Yati sengaja nak buat seperti tu. memang keadaan kak yati teruk masa tu. kesian juga dengan kak yati tu sebab dia rasa serba salah sangat dengan Zil. dan lagi Kak Yati memang tiada pembantu utk menggantikannya.. Kak yati juga ada berusaha menghubungi kenalan2nya yg pandai membuat kek kahwin.. Tp semua dah full.

Bayangkanla Ahad malam tu baru zil tau.. waktu tu dah malam.. kat mana nak cari kan.. mesti semua kedai dah tutup. Dan lagi keesokannya zil bekerja.. walaupun dah nak kahwin, zil hanya ambil cuti 1 hari sebelum zil bernikah je.. jadi memang tiada masa utk zil cari lagi.. dah banyak tempat yg zil contact tapi semua dah full booked utk tarikh yg sama dengan zil. memang frust sangat masa tu.. Tp Zil tetap berdoa agar dipermudahkan..

Akhirnya, zil dapat juga menempah kek kahwin drpd salah sorang kenalan adik zil. kenalan adik zil ni adalah bos Kedai kek di Ampang.. Adik zil terus call kawan dia dan beritahu yg zil nak tempah kek dalam masa beberapa hari.. Nasib baik dia terima walaupun waktu yg singkat.. Zil tempah kek pun melalui telefon je.. nak tunjuk gambar pun tak boleh.. masa dah suntuk.. zil hanya cakap melalui telefon yg zil nak kek coklat moist je yg sama sperti zil cite dalam entri sebelum ni.. dan suruhla letak bunga pink utk hiasan.. dan utk topping pula zil nak coklat ganache je.. sebab zil dan family suka mkn kek coklat yg kaya dengan coklat ganache..

Sebelum ni zil tempah kek ngan Damira kek 3 tingkat yg bersaiz 8”, 10”, 12” dengan harga RM400 tak termasuk transport. Tp dengan kawan adik Zil tu RM190 termasuk transport dgn saiz kek yg lebih besar 12”, 14” dan 16”.. Nampak tak bezanya.. zil leh jimat RM210 dan dpt kek yg lagi besar pulak tu..mula tu takut juga tak sama sperti yg kita harapkan.. sebab melalui telefon kan.. dan fikir, kenapa murah sangat.. sebab rata2 zil survey kek coklat moist RM400 utk saiz 8” 10 “ 12”.. mengapa dengan dia murah.. mula fikir, bukan kek coklat moist kot.. mungkin nanti kek span.. siap double confirm lagi dgn tauke tu..

Akhirnya masa kahwin… taraaaaaaaaaaaa..




Nilah dia kek kahwin zil yg ditempah last minit melalui telefon saja.. memang besar.. dan memang kek coklat moist.. sedap dan murah. Itulah perancangan dariNya.. Apa yg ditentukan dariNya adalah lebih baik utk kita dari apa yg kita rancangkan..

Jadi, sentiasalah berfikir positif sekiranya terdapat halangan dan rintangan utk kita pada saat2 terakhir.. jangan terlalu cepat give up.. setiap masalah ada jalan penyelesaiannya…

Saat nak dekat2 kahwin, banyak lagi dugaan utk zil.. nanti zil review lagi ya.. tata..

* Baru nak merasa kek dari kak yati.. mungkin belum rezeki Zil nak merasa kek dari Damira fotopages..

8 comments:

~ NANA ~ berkata...

wahhh siyes murah! x pernah jumpa lg harga camtu...

dah nmpk hikmahnye zil..u dpt kek yg besar & cantik :)

tqahmisdar berkata...

kek tu nmpak sedap sgt.. =)

ZiL berkata...

Nana : betul tu.. tp memang frust sangat masa tu.. bukan kek kahwin je.. banyak lagi dugaan zil masa tu...

Tqah : TQ.. memang sedap kek tu..

Diana @ BKKC berkata...

zill..nampak cedap...hehe...

kek tu icing kot..sebab tu murah sket..kalau foundan memang mahal kan??... (agaknye lah..)

pepon...dah jimat disituuu

OmmaHussein berkata...

waah...mmg murahnya..rezeki kan.. =)

ZiL berkata...

D: kalau Fondant dalam RM600 ke atas utk 3 tier yg saiz 6" 8" 10". memang utk coklat moist yg topping ganache tu RM400 kat mana2 tempat.. tak tahu kenp kat kwan adik ni murah sangat..

Nida : aa.. rezeki..

effiey affira berkata...

hai kak zil . kalau fira nak dapatkan kek dgn harga mcm tu juga dari org yg sama boleh lgi ke ? nie no 0163167260

ZiL berkata...

Fira.. tadi ada call org tu.. dia lupa pula size kek kak zil tu.. dia kata utk kek 3 tier size 8" (1/2kg), 10" (1kg), 14" (3kg).. (total 4 1/2kg) selalunya kat mana2 kedai kek, size 6" (1kg), 8" (2kg) dan 10" (3kg) todal 6kg.. yg besar pun mana2 kedai kekg bagi 8"(2kg), 10"(3kg) & 12"(4kg) total 9kg. bayangkan beli kat kedai lain tu yg size besar (8", 10" & 12") total 9kg x RM40 dah RM360. tp kat dia tu size 8", 10" & 14" total berat 4.5kg. so 4.5kg x RM40 = RM180. tu yg mula fikir kenapa size kek dia tu mcm ringan sangat.. mula takut sangat kecil.. tp bila dapat tu memang besar kek tu dan berat.. ni no telefon Gloria 0193159594.

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket