RENDANG DAGING LANDAK

Jumaat, 15 Julai 2011

Lunch hari ni hubby kata zil tak yah masak.. sebab hubby nak gi outstation lagi nanti.. hubby ajak mkn kedai je.. sukalah zil.. pemalas punya zil.. Jauhnya nak gi mkn.. lambat lagi ke sampai ni abg.... sampai lalu jalan felda yg banyak kelapa sawit tu.. bila dah tiba.. ni lah dia tempatnya..

Selera Rimba Sg Lembing.. kredit to en google.
Hubby kata tempat ni memang popular..

Kalau tau, zil mesti dah siap2 bawa kamera dan pakai baju cantik2 .. manalah tau hubby nak bawa gi makan kat kedai mcm ni.. so, memang tak da la zil ambil gambar.. gambar2 ni semua pun zil google je...

Menu lunch hari ni:
Rendang daging landak. ni first time mkn daging landak.. mula memang tak nak.. sebab rasa pelik sikit.. tp hubby suruh rasa juga.. rasa.. nyum2.. sedap.. rasa mcm ayam... kalau suruh ayah zil mkn, mesti ayah zil tak kan nak.. ayah zil tak suka makan yg dia tak pernah makan... ikan pari pun ayah zil tak nak mkn.. mak zil je makn bila zil masak ikan pari...

Masak Kencur Ikan Puyu (resepi Jawa).. ni pun first time zil mkn ikan puyu.. sedap...

Zil juga ada ambil ikan baung masak lemak kuning (ni pun first time mkn ikan baung.. gambar tak da).. Ayam hutan goreng berempah dan ayam hutan masak rendang (mkn ayam hutan pun first time ni.. ) sedap2 resepi kat sini.. unik2 lagi..


Harga pun amat2 berpatutan.. tak sampai RM100 pun.. tak rugi.. tp tulah jauh sangat.. jalan pun teruk..

skrg ni zil ngan hubby nak gi beli mesin basuh pulak.. sedihnya bila hubby nak outstation lg selama 2minggu.. tak dpt jumpa lagi la nanti.. tp hubby suruh zil ikut dia nanti.. so, zil akan ambil cuti sekali semata2 nak ikut hubby gi outstation.. lagipun zil memang tak pernah jejak PENANG.. ya, hubby outstation ke penang pula kali ni.. tapi zil tak gerak sama2 ngan hubby.. zil pun baru tau hubby nak outstation ke sana skrg.. cuti pun tak ambil lagi.. so, kenalah gi kerja dulu dan minta cuti ngan bos.. nanti zil akan datang sana naik bas je. hubby jemput kat sana je.. oklah cukup sampai di sini saja ya.. tata.. Assalamualaikum..

5 comments:

Diana @ BKKC berkata...

zill..dee suke daging landak...kekadang masuk jerat yg abah d pasang kat kebun..sedap x?

ZiL berkata...

sedapla juga.. rasa mcm ayam.. kalau org tak tahu tu, mesti ingat ayam.. cuma daging tu color gelap sikit... Dee dah banyak kali makan ke.. zil ni first time.. mula tak nak mkn..tp hubby paksa gak suruh rasa..

fitria berkata...

orang tue memang camtu kan.. agak2 kalau mase masak rendang landak tu tak bagitau die tu landak die makan tak?

ZiL berkata...

mkn kot.. sebab daging landak rasanya mcm ayam.. kalau dia tak tahu mesti dia mkn.. dan mesti dia kata sedap.. hihihi..

~ NANA ~ berkata...

haa daging landak??? wahhh menarik! x pernah try lg :)

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket