Mengapa kita perlu ambil Video

Khamis, 29 Disember 2011


Memang tak rugi zil ambil videographer masa kahwin zil..ni adalah video reception yg kedua.. kiranya bonus dari Arezeo la.. Zil suka video ni sebab zil boleh tengok ramai yg wish perkahwinan zil.. if tengok yg un edit, lagi ramai.. tp yg ni arezeo pilih secara rawak je la...

Mengapa Zil teringin sangat ambil Videographer utk majlis kahwin Zil?

1. Zil nak merakamkan saat2 hari bahagia zil.. dimana Abg zil melafazkan akad..
2. Zil nak tengok suasana majlis zil.. sebab kita sebagai pengantin, tentu2 sibuk nak bergambar je kan.. so, di situ dengan adanya videographer ni, kita leh tengok rakaman dari sudut2 lain..
3. zil ngan suami hidup berjauhan.. belum diberikan rezeki utk tinggal bersama.. bila zil terasa rindu sangat ngan suami.. zil akan menonton video ni berulang kali.. lagi2 zil suka dengar suara hubby zil.
4. Dapt merakam segala kisah kita.. sebab arezeo ada menginterview zil sejarah perkenalan kami.. apa yg kami saling jatuh cinta.. lagi2 zil ni memang tiada nota diari.. tentu2 bila tua akn lupa sedikit kenangan2 tu.. adanya video ni, bolehla kita imbas semula kenangan tu..
5. jika dengan photographer, kita hanya leh melihat gambar sahaja.. tiada pergerakan.. tiada suara kan.. hihihi..
6. Zil nak tunjuk pada anak cucu zil nanti...

Sebenarnya banyak lagi sebab mengapa zil perlukan videographer..

Mcm mana ngan kawan2? penting atau tak terpulang pada kawan2 kan.. tp bagi zil.. ia sangat penting.. nak tengok video utk reception 1 & solemnization boleh la klik di bawah ni ya..

Mas Kahwin boleh dimakan ke?

Rabu, 28 Disember 2011


Salam semua...
Dah lama sebenarnya zil nak berkongsi info ni.. tp disebbkan masa yg agak terhad, entry ni tertunda2 dalam note zil.. Tp disebabkan ada lagi seorang kawan yg bertanyakan Zil tentang hal ni, tak salah sekiranya Zil berkongsi sekali dalam blogs Zil ni kan...

Dulu sebelum kahwin, orang pertama yg tegur zil berkenaan mas kahwin adalah mak zil... sesiapa yg ada tengok video kahwin Zil, tahulah jumlah mas kahwin yg diberi suami zil pada zil.. Disebabkan jumlah tu, mak zil pernah mengingatkan Zil agar mas kahwin tu nanti dibeli pada barang2 yg tidak boleh dimakan.. khuatir katanya takut suami kita akan makan sekali.. HARAM katanya.... terkejut juga zil dengar... tp zil cuba mencari maklumat2 tu.. tp tak da pun dalam islam yg mengatakan Haram suami memakan duit mas kahwin yg diberikan pada si isteri..

Selepas mak zil, mak saudara zil pula yg mengingatkan zil.. mak cik zil ni lagi la.. dia kata, duit tu jangan beli emas.. takut nanti kita akan gadai kemudian bila tak da duit.. dan duit tu nanti kita beli makanan.. sampai mcm tu sekali fikiran mereka.. mak cik zil suruh zil beli mesin basuh ke, peti sejuk ke..

Tapi dari dulu lagi zil berniat duit tu akan zil masukkan ke dalam akaun tabung haji Zil.. Zil teringin sangat nak menunaikan rukun islam ke lima tu...

Selepas kahwin, ada pulak kawan2 yg bakal berkahwin pun bertanyakan hal ni.. kebanyakannya adalah dari kaum zil sendiri.. TAPI semalam, kawan zil dari kaum Melayu pula yg bertanyakan hal ni.. jadi, di sini zil ingin berkongsi maklumat ni.. Pertama sekali kita kenalah faham apa yg dimaksudkan dengan Mas kahwin & Wang hantaran sebab masih ada dikalangan kita ni yg keliru antara mas kahwin dan hantaran, antara adat & hukum syarak.

Zil ni bukan ustazah, ilmu agama zil pun terlalu lemah utk zil terangkan sendiri.. maklumat ni zil ambil dari web halaqah yg boleh dipercayai. utk lebih lanjut bolehla klik web halaqah ni ya.

cuma zil nak ringkaskan sedikit apa yg zil faham.

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan seperti firman Allah bermaksud: “Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (Surah Al- Nisaa’, ayat 4)

Berbeza dengan mas kahwin, hantaran pula adalah amalan adat resam masyarakat Melayu. Istilah wang hantaran merujuk kepada wang yang dihantar pengantin lelaki kepada bakal mentua atau bakal pengantin perempuan. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.
Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.


Zil tidak menetapkan mas kahwin zil.. tp suami Zil sendiri yg tetapkan.. Diikutkan mas kahwin di negeri selangor adalam RM300 jika tak silap zil.. Tapi suami Zil beri lebih dari itu. Mungkin suami Zil menetapkan nilai tersebut kerana mas kahwin di Perak adalah RM101.. dia ingin mas kahwin tersebut mempunyai nombor yg sama seperti di perak. tp bukan lah rm101..

Wang hantaran juga, kami tak letakkan dan tak da bertanya kepada pihak lelaki masa merisik dulu.. Tetapi family suami zil sendiri yg mengatakan jumlah mas kahwin & wang hantaran tersebut.. kerana bagi family zil, wang hantaran tu tak penting, yg penting pernikahan kami selamat dijalankan.. bagi mereka lagi cepat kami berkahwin, lg elok utk mereka. oleh itu mereka tak nak membebankan pihak suami zil dengan meletakkan harga mas kahwin & hantaran.. dan memang tak disebut pun oleh keluarga zil berkenaan wang hantaran dan mas kahwin masa family mereka datang merisik dan bertunang.

sambung lagi ya..
Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Di sini juga ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama dimana ia menjawab pertanyaan zil dan kawan2 selama ni. Diharap ia dapat membantu kepada mereka yg masih keliru berkenaan mas kahwin.

"pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang”. Mankala ‘Pemberian’ ditafsirkan sebagai “pemberian sama ada dalam bentuk wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan”. - seksyen 2(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
Diulang sebanyak enam kali di dalam Surah Al-Baqarah dan Surah An-Nisaa’ dan sekali pada Surah Al-Mumtahanah dengan sebutan yang berbeza antaranya ‘sadaq’bererti kebenaran, ‘nihlah’ pemberian wajib, ‘Atiah’ pemberian, ‘qintaran’ harta yang banyak, ‘faridhah’ maskahwin, ‘Ajrun’ kebaikan, disebut dalam firman Allah SWT yang memberi maksud seperti berikut:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. [An-Nisaa: 24]

"hantaran bukan jaminan kebahagiaan"

ok.. zil nak sambung kerja zil semula..

Assalamualaikum...

PECAH RUMAH KALI KE-4

Selasa, 13 Disember 2011

Salam semua...
Zil baru je lepas dari bercuti.. mood bercuti pun masih ada lagi.. dan rasa malas sangat nak kerja...

Percutian ke Langkawi minggu lepas bersama family mertua adalah satu percutian yg tak dirancang... sbnrnya kami (hubby & zil) nak bercuti ke Bukit Fraser Pahang pd 9hb. hotel pun dah bayar... Disebabkan family mertua ajak gi Langkawi sebab ada pameran Lima kat sana, jd kami pun membatalkan percutian ke bukit fraser tu.. terpaksalah berikan kepada mereka yg berminat nak bercuti ke sana..

Dipendekkan cerita, kami balik dari langkawi pada 9bh Disember. balik dari sana, kami sekeluarga rancang nak tidur di Penang.. sebab nak jalan2 kat Penang la katakan.. mcm2 plan kami bila sampai kat penang nanti.. tujuan utama adalah Jalan-jalan Cari Makan. itu memang hobi hubby Zil.

TAPI...

40km lagi kami akan sampai ke jeti butterworth, jiran mertua zil call ayah mertua zil dan beritahu rumah mak mertua kena pecah masuk dengan pencuri.. hati siapa yg tak tenang kan bila dengar cite macam tu.. dan lebih2 lagi ni adalah kali ke-4 kena pecah masuk ngan pencuri.. percutian pasti tak menyeronokkan jika tahu rumah kena pecah masuk.. so, kami pun buat keputusan balik pada masa tu juga.. nasib baik kami belum naik feri lagi..

Setibanya di rumah mertua kat Ipoh, terkejut tak lah sangat.. sebab ni dah 4 kali.. memang keaadan rumah tu teruk sangat.. lebih2 lagi dalam bilik mak mertua zil.. bersepah habis dengan baju2 yg berselerak atas lantai... tp pencuri tu masih juga tak dapat apa yg dia nak.. hanyalah duit siling2 yg mak mertua zil simpan tu je yg diambilnya... nasib baik barang kemas tiada yg hilang...

Pencuri tu tau yg kami tiada dirumah utk beberapa hari, sempat lagi mkn dan minum di rumah mak mertua zil... kecurian yg dulu pun sama.. Ingat lagi masa tu seminggu selepas zil bertunang.. nasib baiklah barang2 hantaran hubby zil dah bawa ke rumah sewa hubby zil kat Tanjung Malim. Masa ni rumah tu lagi teruk dari sekarang... banyak barang2 yg hilang.. barang kemas mak mertua zil pun banyak yg diambilnya...

Tp disebabkan pengalaman yg lepas tu, bermacam2 cara kami buat.. pasang grill besi, pasang banyak kunci disetiap pintu rumah.. pasang pendinding habis dalam RM1400++.. TP masih lagi tak berkesan.. cian ngan mak dan abah mertua zil..

dan dah berapa kali tu juga polis datang ambil gambar...



 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket