MAJLIS GRAND???

Isnin, 28 Februari 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Majlis Zil tak lah grand yg kawan2 sangkakan.. Ramai yg ingat Zil bercerita ni mcm grand… Cuba baca betul2.. kebanyakan yg Zil rancang adalah utk mengurangkan kos je… jangan salah faham ya kawan2.. Majlis Zil sederhana je.. Jika nak dibandingkan dengan b2b yg lain.. Zil punya majlis mungkin last sekali agaknya… apa pun tak da… Ok.. Zil nak cerita satu persatu utk majlis Zil tu.. kawan2 bayangkan sendiri mcm mn Zil rancang utk jimatkan kos..

Tempat..

Zil wat majlis kat rumah je.. tak dalah nak wat kat dewan atau kat taman atau kat hotel.. so, simple je majlis Zil… Zil buat kat rumah sebab kawasan rumah Zil ni jenis bergotong royong.. mak Zil kata biarlah buat kat rumah je… dan jimat kos.

Canopy

Disebabkan Zil buat kat rumah.. wajib la Zil kena sewa canopy kan.. Zil sewa murah2 je.. ada 10 canopy termasuk canopy utk pelamin. 2 canopy lg tu adalah utk dapur. RM2800 termasuk red carpet 100’ dan serving dome 2pcs. Ikutkan kos budget Zil ni, hanya utk mkn beradab je ada kerusi bersarung.. Tapi abg canopy tu bagi Zil free 80 biji kerusi banquet bersarung.. maknanya 1+2 kemah adalah kerusi bersarung.. selebihnya tu tak bersarung.. hihihi.. ok tak? Kerusi banquet tu mahal tau kalau kita sewa… tp zil dapat free je.. boleh la kan… rezeki kahwin.. dapat free…Zil sewa canopy dengan Dwaja Enterprise.

Kek kahwin

Zil memang dah tak da budget utk kek kahwin. Memang dah rancang nak wat pulut kuning je.. nak wat sendiri la.. Zil ni kan suka wat sendiri utk kurang kan kos katakan.. Tapi abg sepupu dan kakak Zil lak nak sponsor kek utk Zil bila dengar Zil tak tempah kek tp nak wat pulut kuning. Kecian kat Zil katanya.. hahahaha.. ada gak yg bersimpati kan.. huhuhu.. Kek Zil yg pilih. Abg sepupu dan kakak yg suruh Zil order.. dan mereka yg akan bayarkan.. so, org sponsor.. tak berani la nak pilih yg mahal2.. Kek kahwin Zil RM400. 3 tingkat (9kilo).. kek coklat moist.. kek coklat moist ni adalah favourite zil dan anak2 buah zil.. Zil tak beli fondant sebab tak suka.. fondant tu cantik tp tak sedap dengan tekak Zil.. hihihihi…Terima kasih banyak2 kepada abg sepupu Zil. Lupa nak bagi tau Zil order dengan Kak Yati (Damira fotopages). Zil pernah order kek dengan akak ni.. memang sedap kek kak yati buat..

Credite to google... lupa amik kat mana..

Pakej Andaman

Zil ada cite tentang makeup Zil masa kahwin nanti kan…lepas je cerita dalam entry tu, ramai pula yg mesej Zil Tanya tentang pakej kak Tia tu.. memang berbaloi dan murah je.. RM1600 6 pasang baju, 2 kali makeup dan termasuk pelamin sekali.. Tp Zil tambah 1 baju lagi dan 1 kali makeup iaitu RM200 jadilah RM1800.. TAPI.. Zil tak ambil dengna pakej pelamin.. so, tolak la RM300 kat situ.. jadilah RM1500 je…knp Zil tak amik pelamin?? Itu nanti zil cerita dalam bahagian pelamin pula ya..

Pelamin

Ramai yg tak sabar nak tengok pelamin Zil nanti kan.. (perasan sendiri)hehehe… pelamin Zil ni biasa2 je.. Zil buat pelamin adalah utk mengurangkan kos sebenarnya.. tp of course la menambahkan masa dan tenaga kan… pelamin dalam progress… semalam family Zil dah start buat pelamin tu.. nampak meriah pula semalam tengok mereka buat.. knp kos zil buat sendiri lebih murah dari kos sewa ngan mak andam kan.. Zil buat apa yg zil mampu jelah.. kayu memang zil dapat free.. 3pcs lampu chandelier dan bunga2 hiasan mak andam zil bagi sewa. Kerusi juga zil amik sewa ngan mak andam. Apa yg perlu zil beli hanyalah kain dan ukiran2 pelamin tu je… kain Zil beli kain yg leh di recycle semula.. Zil beli kain jenis utk sarung kerusi tu.. niat, lepas je habis majlis,kain tu leh jadikan sarung kerusi dan alas meja… leh sewakan nanti.. hahaha.. kain Zil beli 100Meter dengan bidang 60”. Semua kain tu habis RM222. ukiran tu zil buat sendiri hanya beli bahan saja.. habis RM30.00. bahan2 lain dalam nak wat bongkah2 pelamin tu, family zil memang ada.. biasalah.. family zil kan keja buruh kasar.. barang2 tu memang dah ada… cat putih pun memang Zil dah ada. Sebab abg sepupu Zil ni tukang cat.. memang ada banyak cat lebihan dari cat rumah2 orang.. hihihihi.. nampak tak kos pelamin Zil??? zil leh jimatkan dan leh recycle semula.. Pelamin Zil akan buat ala2 pelamin Orbit Cinta Elyana.. huhuhu.. TAPI bukan sebiji.. tu hanya lah inspirasi saja.. sebab designer pelamin adalah abg sepupu.. banyak yg diubah.. Zil akan update pelamin lepas Zil kahwin nanti ya…

Pintu gerbang..

Zil tak amik ngan mak andam sebab kos sewa RM120 dan ke atas.. Zil pun buat sendiri.. kos hanyalah RM54.00. belum buat lagi tapi dah ada orang cop utk sewa.. hihihi.. lepas majlis je Zil letak gambar.. Takut Zil bila tengok semua nak wat sendiri.. takut tak jadi..jadilah hangat2 taik ayam.. heheheh.. doa2kan la ya agar semuanya berjalan dengan lancar…

Makan beradab

Yang ni akan diruskan oleh kakak sepupu Zil ni.. family Zil ni banyak dibantu oleh kakak sepupu Zil dalam semua perjalan majlis Zil. Terima kasih banyak2 kepada kakak sepupu Zil ni.. dia yg beria dalam majlis ni.. bahulu pun dia yg paling banyak Bantu buatkan.. Zil balik keja tengok2 dah ada banyak bahulu atas meja.. tinggal nak packing je.. hihihi.. bergitu juga makan beradab..Dia dah carikan org utk buat ukiran buah dan hiasan utk mkn beradab.. utk pinggan, cawan mkn beradab pula, Zil dan mak dah beli kat Giacomo.. Sememangnya kami ni memang ahli Giacomo.. so, dapatlah murah.. Zil beli pinngan dinner plate yg color putih dan ada line gold tepi tu… Zil suka pinggan tu.. kalau sewa mahal. Baik beli dan nanti leh guna lepas kahwin kan? Lagi2 tunang Zil ni suka makan dalam pinggan yg jenis besar mcm dinner plate tu … so, memang beli utk kegunaan sendiri sebenarnya.. Serving dome pun Zil sewa ngan abg canopy je..

Bunga manggar..

Zil dah mula buat bunga manggar.. cuba link entry ni.. kat situ ada 2 gambar bunga manggar jenis gula2 dan bunga.. dua2 cantik kan.. Zil gabungkan kedua2nya jadi satu.. tp bukan buat bunga, zil buat mcm daun pula dan ikat sekali dengan gula2… cantik.. TAPI daun color pink.. hahahaha.. yelah.. canopy zil nanti color pink grey.. so pilih color pink utk daun bunga manggar tu.. yg ni pun kakak sepupu Zil juga banyak tolong buatkan dan abg sepuupu merangkap designer pelamin zil tu juga yg banyak membantu.. kedua2 orang ni memang banyak membantu Zil.. Sayang kat korang berdua ni.. mereka ni adik beradik.. dah berkeluarga.. TAPI baik sangat dengan family Zil..

Kompang

Zil amik pakej sekali dengan Gamelan.. RM1000. boleh la kan.. memang Zil suka adunan gamelan ni.. memang dari dulu lagi nak amik Gamelan… sib baik jumpa AGIM kat pameran pengantin KLCC.. memang kena dengan budget Zil.. terus je booking tarikh..

Malam Berinai..

Ha, kepada kawan2 yg tak dapat hadirkan diri pada 13hb Mac nanti, kawan2 juga boleh hadir pada 12hb Mac. Tapi malam ya.. malam tu ada malam berinai besar dan juga ada jamuan mkn kepada tetamu yg hadir pada malam tu.. Di tempat Zil malam berinai ni selalunya memang ada hiburan.. memang tak sah kalau tiada hiburan pada malam berinai tu.. Zil ni kan pengantin budget.. segala2nya nak amik yg kos paling rendah.. Zil buat pertandingan karaoke.. kepada kawan2 yg ada bakat menyanyi tu, meh la dtg pada malam tu dan tunjukkan bakat kawan2 ya.. hadiah lumayan… hihihihi..

Pakaian seragam

Kat tempat Zil ni, setiap kali ada pengantin mesti ada pakaian seragam keluarga dan saudara mara pengantin.. TAPI zil tak buat mcm tu.. tak da budget dah.. dan lagi, saudara mara Zil tak suka.. mereka kata kalau setakat kain murah2 baik tak yah.. upah lagi mahal dari harga kain.. dan lagi, mereka tak nak lah pakai kain2 murah jenis mcm tu.. huhuhu.. jimat dah duit zil.. so, mereka beli sendirila baju ya.. hanya utk family zil je yg seragam….

DIY

Dalam otak ni semua nak DIY.. tapi masa yg ada terhad.. Zil hanya sempat buat pomander ball, bunga manggar, Guestbook je… memang betul jika kita leh wat sendiri, apa salahnya kita buat sendiri.. memang jimat kos dan puas hati.. bakul bunga telur pun Zil nak buat sendiri mulanya.. baru 20biji dah stop buat.. Zil buat bakul bunga telur guna surat khabar tu.. Zil stop sebab pa tau.. penat nak menganyam.. lepas tu ayah zil pula gi select dengan color yg tak spatutnya.. jadilah mcm bakul bunga telur hangus.. hahahaha.. nampak mcm bekas terbakar pula bakul bunga telur tu.. so, decite beli je yg doorgift lain.. TAPI ada pula kawan yg nak belajar buat dengan Zil.. Zil pun belajar buat sendiri je bakul tu.. ikut cara dalam internet memang tak jadi.. gi selidik contoh bakul, rupanya ada menggunakan dawai.. siap beli dawai lagi nak cuba buat.. barulah jadi.. nanti ada masa zil tunjukkan cara2 nak buat bakul bunga telur, bunga manggar, pomander ball dan guestbook yg zil buat tu ya..

Ni bahan2 yg zil buat utk pomander ball.. Zil tak tahu apa tujuan Zil buat benda ni.. saja suka2..sebab lawa..

Crepe paper tadi jadilah bunga mcam ni.. cantik tak? nanti zil tunjuk gambar yg dah siap ya..


Yang ni pula pomander ball yg guna bunga siap..

Apa lagi Zil nak cerita ya… panjang lebar Zil cerita.. mesti bosan baca kan.. hihihi.. Anyway, terima kasih kepada yg sudi membaca sampai habis…


Ni lah dia doorgift VIP dari Zil.. saja je nak mencelah kat sini.. yg ni Zil dapat free 1pcs dari durian kahwin sebab doorgift Zil tu tak siap lagi.. 8hb baru dapat...

REZEKI VS DUGAAN

Isnin, 21 Februari 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Ramai yg kata orang nak kahwin ni murah rezeki.. yeke?? ye kot.. Zil baru je dpt bonus hari tu. Memang bonus yg zil jangkakan taklah sebanyak yg zil dapat.. Rezeki kot.. dan leh la tambah2 budget yg lari tu kan... suka sangat bila tengok angka tu... sekali setahun nampak gaji yg banyak.. Rezeki kahwin org kata.. hihihi..

Selain bonus Zil dpt banyak, Zil juga dapat kenaikan gaji banyak tau.. selama ni, bonus dan gaji taklah sebanyak tahun ni.. tahun ni kenaikan berganda2 dari tahun2 sebelumnya.. memang zil tak sangka sangat tengok gaji baru Zil tu... Zil target sikit je.. dan lagi semenjak nak kahwin ni, Zil ni malas nak buat kerja. Asik main internet, facebook je.. keja pun banyak yg cuai.. target memang perfomance tak ok la kan.. Tp syukur Alhamdulillah, rezeki kan.. kenaikan kali ini memang tak terjangka dari fikiran Zil.. Berganda2 dari tahun lepas.. berulang kali sebut ni.. Teramat puas hati.. TQ Bos.. Mmmuah.. (alamak, jelos pulak nanti tunang Zil). Tp, kemungkinan Zil akan resign nanti lepas kahwin nanti.. macam mn ni.. baru nak merasa duit gaji banyak sikit.. tp dah kena cari keja kat tempat baru.. (cari keja di rumah my future husband la)..

Cerita pasal gaji, Zil nak cerita pula dugaan Zil nak kahwin ni.. Hp kesayangan Zil hilang.. dahla HP tu pemberian dari tunang Zil.. tak perasan pula hilang kat mana.. banyak sangat pegang HP.. tu yg HP lagi satu tu wat tak tahu. bila nak guna baru dok cari.. barulah perasan dah hilang.. Syg minta maaf ya abg.. syg tau syg cuai jaga barang pemberian abg...

Cerita pula berkenaan pengapit Zil. Kedua2 pengapit Zil amik adik sepupu Zil. Menyesal rasanya pilih tema color grey.. sebelum ni Zil ada cerita nak cari baju Melayu grey color utk penyambut tetamu pun susah kan.. baju batik pun susah kan.. mcm tu lah juga yg terjadi utk Zil cari baju pengapit perempuan ni.. berbulan cari tau.. akhirnya dapatlah juga.. tp harganya mak oi, mahalnya.... dah tak da pilihan lagi, terpaksalah beli... begitu juga dengan baju pengapit lelaki. mungkin bukan sebab bukan raya, baju melayu susah sikit nak cari. so, memang decide nak tempah je baju melayu utk pengapit lelaki.. carilah kain dahulu.. pergi gulatis, gray color tak da, pergi nagoya pun tak da.. pergi tewah pun tak da.. banyak dah tempat kami pergi tp kain grey takda.. mcm mn ni.. ingatkan beli siap je yg tak da.. nak cari kain pun tak da.. akhirnya jumpalah kat Kamdar.. mak oi,harganya pun mahal juga.. baru harga kain belum upah jahit lagi.. so, nak hantar pergi Dzull Clasique, lupa pula smlm hari Ahad Dzull tutup.. uwaa.. jalan2 kat metro kajang.. nasib baik ada satu butik baju melayu tu buka. Nasib baik akak tu terima walaupun Zil nak urgent.. yelah, lagi 3 minggu.. susah tau nak cari tukang jahit yg boleh terima tempahan kita dalam masa yg singkat. harganya sama je mcm Dzull Clasique.. tak pelah.. lagipun Zil dah tiada masa lagi.. hantar jela kan..

3 MINGGU LAGI

Ahad, 20 Februari 2011

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal 3 minggu lagi... Rasa semakin berdebar2 je... hehehe.. Entry kali ni Zil nak cite apa yg Zil buat 2 hari semalam..

Door Gift
Jumaat hari tu terima email dari Durian kahwin berkenaan doorgift yg Zil tempah telah pun ready... Yahoo.. tak sabar nak tengok.. memang niat nak amik doorgift tu pada hari Sabtu je.. TAPI... bila dah sampai ke office Durian kahwin, Zil diberitahu kesemua doorgift Zil reject dan akan dibuatkan semula dan mungkin ready 7hb Mac nanti. Ha??? 7 Mac.. sempat ke.. Barang tu dibuat dari Indonesia mereka kata.. so shipment dari sana hanya pada minggu tersebut je.... Tak pelah.. nak buat mcm mn kan.. Tp Zil suka tengok doorgift tu sebab tertera ukiran nama kami..
Cantik tak? Zil mampu beli ni je.. Tp Zil tak beli banyak. .ni utk VIP.

Sunglasses
Zil tak pernah nampak Tunang Zil ni pakai sunglasses.. So, Zil memang niat nak belikan utk tunang Zil sunglasses. Sabtu hari tu lepas je balik dari Durian kahwin tu, terus je gi Mines amik sunglases tunang Zil tu.. Actually, sunglasses tu akan siap pd hari Jumaat. Saja je nak amik pada hari sabtu, sebab budget pasti dah siap kan.... Tapi bila dah sampai kedai cermin mata tu, cermin tak siap lagi.. kena tunggu 15minit.. Nasib baik 15 minit je.. kalau tak, mesti bengang kan.. dahla doorgift pun tak dapat.. takkanla sunglasse tunang Zil pun tak dapat kan.. nanti Zil upload sunglasses yg zil belikan tuk Tunang Zil ya...

DIY
Banyak DIY zil yg pending.. Antaranya pomander ball.. Zil sebenarnya tak tahu kenapa zil nak wat pomander ball. Mungkin sebab tengok cantik kot... Zil dah pun buat 6 biji pomander ball. ada 2 lagi pomander ball yg besar masih belum siap.. Ok.ni list yg akan Zil DIY.

1. Pomander ball (6siap, 2 belum)
2. Bunga manggar gula2 (pending, barang semua dah beli)
3. Muffin (akan buat 2 hari sebelum kahwin)
4. Bahulu (baru buat 100biji, target 50biji sehari)
5. Pelamin (dalam proses)
6. Arch (pending)

Kad kahwin
Yg ni Zil dah rasa tension.. Zil buat kad kahwin 2 in 1 (2 pihak dalam satu kad).. senang dan jimat.. senang sebab tak perlu fikir nak bagi kawan kad yg mana satu.. satu kad je bagi, so kawan leh pilih nak datang kat belah mana satu atau datang kedua2 sekali. Lagi, jika pihak lelaki tak cukup kad, leh minta ngan pihak perempuan. betul tak.. Dan lagi, beli banyak lagi murah.. Zil buat 2000pcs kad kahwin. 500 utk belah lelaki dan 1500 belah perempuan.. Yg Zil tension kan ni... Zil tension sebab kad Zil tak cukup.. Uwaa.. tau tak, baru sabtu hari tu tau yg kad zil tak cukup. kurang lagi dalam 200++ bukan vendor kad kahwin tu bagi kurang.. tapi undangan Zil melebihi 1500 sebenarnya.. bayangkanla lagi 3 minggu je lagi ni.. mana sempat nak buat lagi yg tak cukup tu kan.. mcm mn?? mak suruh fotostat. yg fotostat tu mak suruh bagi kat orang kg.. tak sampai hati nak bagi yg fotostat.. tp nak wat mcm mn.. masa betul2 dah suntuk.... Ingatkan dulu 15o0 tu dah terlebih dari cukup.. ok, kita tengok kad Zil ya.. kad zil ni lipat 4.. lupa nak amik gambar yg dah berlipat.. Harga kad Zil ni murah je RM0.56/pcs utk 2000keping termasuk envelope bercetak. ciri2 kad kahwin Zil ni size A4, berat kertas 225gm, matte laminate dan Hot stamping pada tulisan nama pengantin.. murah tak? murah kan.. Zil beli dengan Walimatulurus.
Scan tak penuh.. hihihi..

Memang dah terasa tension sangat.. semakin dekat hari tu tiba, dah terasa bz yg teramat sangat.. dengan bermacam2 DIY yg pending. Klah.. Zil nak sambung keja lagi.. tata...

CONTACT LENS

Rabu, 16 Februari 2011

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...

Seperti yg kawan2 tau, Zil ni memang rabun... untuk kahwin, mak andam Zil suggestkan utk pakai contact lens jenama Fresh Look. Tak tahulah kenapa mak andam Zil suka jenama tu.. katanya Fresh look nampak cantik dalam gambar.. Tapi kan zil suka yg big eyes.. nampak mata lagi besar.. ramai yg suggest suruh pakai big eyes.. confius2.. tak tahu nak beli yg mana satu..

Disebabkan terlalu lama memikir, contact lens utk degree mcm Zil ni dah pun sold out.. pergila ke mana2 kedai dah sold out.. Uwaaa.. rasa nak nangis je tau... Zil suka Blin Con.. cantik je Zil pakai dan lagi leh guna 3 bulan.. jimat la sikit kan.. fresh look 1 month je.. lebih2 lagi Zil ni pengantin budget kan.. Tapi Blincon nak order 1 month baru dapat.. mana sempat.. wedding Zil pula tak sampai sebulan lagi kan...

Disebabkan Zil ni tiada pengalaman memakai contact lens, agak sukar la Zil nak guna.. dan dua kali masuk kedai 2 kali tu juga Zil nak try pakai sampel.. tp, orang kedai jugalah yg kena pakaikan utk Zil.. lama tau adala lebih setengah jam... sebab zil ni takut2 je.. sampaikan mata dah merah dan meleleh air mata.. macam orang baru lepas nangis je.. En tunang dah bebel2 kata tak yahla pakai contact lens. Cian katanya tengok Zil pakai bukan main susah..Tp Zil degil nak gak pakai. Tp Blincon yg zil nak tak da stock dah.. kalau Blincon tak dapat cari gak.. terpaksala Zil order Fresh look. Fresh look tunggu 2-3 hari je dah leh dpt.. Pujuk2 la En Tunang nak gak pakai contact lens.. Bukan pa, Zil ni kan rabun.. kalau tak pakai nanti, Zil tak cam kawan2 Zil yg datang nanti.. hehehe.. kecian pulak mereka penat2 datang Zil tak cam pula kan.. (ayat utk memujuk En Tunang je ni).. Akhirnya En Tunang beri juga kebenaran.. Yahooo.. suka sangat..

Hari ni kan.. singgah blogs Jaja.. ternampakla enty tentang contact lens kat blogs dia.. suka sangat.. settle masalah Zil...TQ Jaja.. Zil pun terusla order contact lens yg Big Eyes.. tp bukan jenama fresh look dan bukan jenama Blincon.. tp Zil tak pernah pula jumpa jenama ni kat kedai cermin mata.. mudah2an ok la kan.. lagipun murah tau.. Zil beli 2 pair RM65 only termasuk postage.. murah kan. sebenarnya 1 pair utk Zil dan 1 pair tu kawan punya.. beli 1 RM35. so, kita orang share la. jimat2.. dan lagi, 1 pair boleh lain2 power tau.. lagi2 Zil ni sebelah power lain, dan sebelah power lain.. so, dah leh jimat beli contact lens ni. if Zil beli Blincon dan Fresh look, Zil kena beli 2 pair dan lagi harga tentulah mahal. 1pair RM50 ke atas.. dan keistimewaannya lagi contact lens yg zil beli ni 1 year disposal. tp recommend use 3-5month.. oklah kan.. murah2.. terus grab. hihihi.. kepada kawan2 yang nak beli tu leh la beli kat sini..
K.. tatata.. Tunggukan entry selanjuktnya ya..

PINTU GERBANG

Ahad, 6 Februari 2011

Assalamualaikum...
Laju pula Zil update blogs ni kan.. Zil nak share tentang pintu gerbang utk majlis di rumah Zil nanti... Kebiasaan kalau kita gi kenduri kahwin, pintu gerbang mcm gambar di bawah ni kan... Pakej mak andam Zil tak termasuk pintu gerbang.. Pintu gerbang paling murah RM120 katanya.. jika nak lagi banyak bunga, lagi mahal la pintu gerbang tu...

Yg ni mahal la kot.. penuh dengan bunga... Cantikkan
.
kat rumah Zil selalu guna pintu gerbang yg mcm ni je.. simple dan cantik kan.. semua cantik bagi Zil..

Yg ni lagi cantik.. tp lagi mahal.. tengok tu siap ada gambar lagi.. mungkin hanya butik2 yg tertentu je ada..
Yg ni juga cantik kan.. semua cantik bagi Zil.. makin cantik pintu gerbang tu, makin cantikla duit kita nak keluar kan...

Dan disebabkan Zil ni pengantin budget2, segala2nya kena budget kan.. pintu gerbang pun Zil budget juga... dari nak keluarkan duit RM120++ ke atas baik Zil DIY sendiri.. hehehe.. DIY la konon.. padahal suruh ayah Zil je yg buat.. Zil ni pandai suruh je... Insyallah, jika tiada halangan Zil akan buat pintu gerbang seperti di bawah ni..

Cantik tak??? kos taklah sampai RM120.. kain tu leh kita guna balik kan.. kain tu leh guna utk wat mini pelamin ke.. Kain Zil dah beli 30M dalam RM54.00. 1 meter RM1.80 kat Nagoya.. rasa 30M tak cukup agaknya.. kena beli lagi dalam 15M kot.. kayu memang dah ada kat rumah Zil.. yelah. cat pun dah sedia ada.. Zil akan buat panjang pintu gerbang ni 15kaki, lebar dalam 5-6kaki dan tinggi 8kaki.. kain belum potong2 lagi.. tunggu arahan dari prof.. sebab Zil tak pasti lagi ketinggian.. Zil hanya estimate je sebab nak budget brp meter kain yg diperlukan.. hehehe...

*ops zil lupa dari mana Zil dapat gambar2 ni.. Bila Zil tau nnti, Zil tag k..

DIY GOWN SASH

Assalamualaikum...
Pertama sekali zil nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada Jaja yg banyak memberi inspirasi dlm blogs dia.. Zil suka sangat baca blogs Jaja ni.. banyak idea yg zil boleh dapat dalam blogs dia.. setiap hari pasti zil menunggu entri terbaru dari blogs Jaja ni... Jaja ni pun kahwin tarikh yg sama dengan tarikh Zil kahwin..

Entry ni Zil nak kongsi idea utk DIY Gown Sash.. ni pun cilok idea Jaja.. hihihi.. Gambar di bawah ni sebijik mcm gown yg akan Zil pakai masa potong kek di majlis rumah belah tunang Zil nanti... Cantik tak gown ni.. hihihi.. ingat nak letak sash kat gown ni.. nampakla lain sikit..

Bahagian depan mcm nilah rupa baju Zil nanti.. kembang pun mcm tu.. design bahagian bawah pun mcm tu... nak kata sebijik tak pastilah.. tp memang mcm tu lah bentuknya..


Yg ni pulak bahagian belakang baju Zil nanti.. abaikan bahagian bawah ya.. lihat pada bahagian pinggang ke atas.. design belakang baju Zil mcm tu la di bahagian atas..kalau bahagian bawah tu serupa mcm gambar yg pertama tadi.. nampak tak sash tu.. cantikkan? kalau Zil buat dan letak Sash tu kat baju Zil cantik ke tak... tp rasa tak sesuai lak letak kat baju Zil tu.. tp ingat nak buat utk belah rumah Zil je.. baju potong kek belah rumah Zil mcm baju kat bawah ni.. tp belakang tak serupa mcm tu la.. dan ada lengan lg..

Cantikkan kalau letak Sash kat gown...
Kalau letak Sash kat baju sanding pun cantik.. contoh mcm gambar kat atas ni.. abaikan baju tu ya.. Baju sanding Zil bukan mcm tu.. Cantik utk mereka yg rasa diri mereka kecil comel.. sesuai sangat.. nampak lagi comel dan nampak lagi ramping.. cantik kan? Nak buat ke tak ya... kalau kita pakai sash ni, baju kita nampakla lain dari yg lain kan..

GAYA TUDUNG

Selasa, 1 Februari 2011

Assalamualaikum...
Malam semalam Zil jumpa mak andam Zil.. Zil siap print dan tunjuk lagi gaya tudung yang Zil nak masa majlis sanding nanti... hehehehe.. nampak sangat ke Zil ni cerewet.. Tp dapat respons baik pulak dari mak andam.. mak andam kata gambar seperti bawah ni yg akan zil pakai masa Sanding nanti... cantik2.. zil suka..
source from Pesona pengantin

Tp disebabkan Zil ni ada malam berinai dalam 5pasang baju.. Zil pun tunjuklah gambar2 lain pada mak andam Zil ni..

Gaya tudung mcm ni pun cantikkan.. Zil siap tunjuk gambar ni lagi utk digayakan masa malam berinai.. Credited to Pesona Pengantin..

Yang ni juga cantik.. Zil pun nak macam ni.. rambang mata. tak tahu nak yg mcm mn.. Zil memang suka gaya2 tudung mcm ni...

This one also nice.. Credited to here..

Yg ni pun cantikkan.. tudung ni boleh digayakan dengan baju sari.. lagipun baju sari Zil memang color hitam.. very nice.. hihihi.. dah lupa kat mana Zil dapat gambar ni..

Untuk Nikah pula, Zil dah beli tudung awning mcm tudung Ekin.. memang niat nak letak manik kat awning tudung tu seperti dalam gambar di bawah ni... cantik dan nampak kemas kan... atau awning tu tak yah letak manik(entry malas nak letak manik)...
Untuk Veil, Zil pernah cerita sebelum ni kan... click kat sini. Tp, apa yg Zil cerita dalam entry tu, tak jadi sebenarnya.. kain Chiffon yg RM8/meter tu tak sesuai dengan baju nikah Zil.. Terpaksalah Zil beli kain Chiffon yg berharga RM38/meter.. Veil Zil wat labuh ke bawah lutut... seperti dalam gambar bawah ni... Veil Zil lom siap lagi..
Credited to Nurul Huda

Bila kita duduk ia akan jadi seperti ni.. cantikkan.. Zil suka veil Nurul Huda.

Tp untuk Veil, Zil ingat nak letak bunga macam dalam veil Elyana nikah.. Zil suka sangat itu veil.. tp mcm mn nak buat bunga tu ya? Veil Zil dah hantar utk buat Sulam.. lepas tu baru lah nak letak bunga2 tu.. kat mana nak cari..
Tp smlm mak andam kata, dia suruh Zil pakai tudung ala2 mcm ni.. Ala2 syria gitu..

Cantik tak? Zil tanya sesuai ke utk jenis muka mcm Zil... Mak andam kata cantik... sebab lepas makeup semua mesti cantik.. So, Zil percayala dengan Mak andam Zil ni..
 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket