TEMUDUGA KERAJAAN
Selasa, 26 Oktober 2010
Sebelum bertunang, Zil tak pernah terima panggilan temuduga kerajaan. Lepas je bertunang, Zil dah 3 kali terima panggilan temuduga kerajaan.. Mungkin orang kata rezeki kahwin agaknya..
Tp Zil sedih sangat2.. kali pertama terima temuduga kat SPA sebagai Pembantu Akauntan. Surat temuduga dapat sehari sebelum temuduga.. Zil tak tahu apa yg perlu zil prepare utk temuduga tersebut dalam masa sehari... Temuduga SPA ni gagal.. sedih, kecewa yg teramat sangat.. Yelah, nilah peluang pertama Zil temuduga kerajaan.. Tp, semua soalan tak dapat Zil nak jawab.. mn taknya, surat panggilan temuduga dpt sehari sebelum temuduga. dapat melalui Pos laju.. mcm tak nak beri tugas tu pada Zil je kan.. dan lagi, Dah 4tahun Zil tak sentuh pasal Akaun ni.. mn ingat.. semua soalan temuduga berkenaan akaun.. mcm soalan exam pulak... memang yang ni, Zil dah agak takkan dapat.
Utk temuduga kali kedua, Zil terima surat dari PPSPPA jawatan sebagai Penolong Akauntan. surat dapat seminggu sebelum tarikh temuduga. disebakan ada pengalaman temuduga spa yg lepas, Zil cuba study setiap hari. Zil pinjam buku2 jiran Zil berkenaan Akaun.. Zil buat nota ringkas.. Zil cuba nak buat yg terbaik utk temuduga kali ini.. TP, bila tiba masa temuduga, Zil kecewa sekali lagi.. soalan akaun langsung tiada dalam soalan temuduga.. sebaliknya perbincangan by group.. group Zil langsung tiada yg study. Disebabkan Zil ni pemalu dan jenis pendiam, Zil agak tenggelam dalam presantation.. yelah, kawn segroup dengan Zil sume nak menonjolkan diri sampaikan kawan yg lain mcm Zil tak berpeluang nak bercakap.. Nak buat mcm mn.. nasib badan.. Temuduga kali ini juga gagal.. Sedih yg teramat sangat.. Call En Tunang, siap nangis2 lagi sebab dah kecewakan harapannya..
Utk temuduga kali ketiga, Zil terima surat dari SPP sebagai Pembantu Tadbir Kewangan. Yang ni belum tiba tarikh temuduga lagi.. Tp, Zil dah tak da semangat nak pergi temuduga kali ni... mcm mn nak naikkan semangat Zil ni.. Yelah, dah 2 kali rasa kecewa yg teramat sangat.. Zil dah cuba buat yg terbaik. Mungkin bukan rezeki Zil lagi..
"Mak, Ayah, Abg, Zil dah cuba buat yg terbaik. Maafkan diri ini sebab telah mengecewakan harapan semua utk Zil menempatkan diri Sektor kerajaan. Mak ayah doakan diri ini agar anakmu ini berjaya utk temuduga yg akan datang. Amin.. "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
salam kenal...pernah interview kat PPSPPA ya...sekarang kerja mane?salam kenal dari saya
Catat Ulasan