CANOPY MURAH

Khamis, 27 Januari 2011

Assalamualaikum...

Disebabkan majlis Zil buat kat rumah, dah tentu2 Zil kena sewa canopy kan.. Canopy Zil dah booking awal bulan 7 hari tu.. yelah, takut sebab majlis Zil masa cuti sekolah, kang tinggal yg buruk2 je utk majlis Zil nanti kalau lambat booking.. Utk Canopy, Zil sewa 8canopy. 1 canopy utk pelamin dan 7 canopy utk tetamu dan kemah pengantin.. Untuk Canopy Zil ambil Arabian 20"x20". Ciri2 canopy yg Zil ambil simple je... hanya pelamin dan kemah pengantin sahaja yg ada underlayer & chandelier.. 3 kemah semua kerusi banquet bersarung. semua ni RM2400. utk red carpet pula Zil hanya perlu tambah RM200 utk 100kaki. mahal ke murah??? hmmm.. bagi Zil mahal kot.. sebab....

Sebabnya baru2 ni jiran Zil baru je buat bisness canopy.. tau tak jiran Zil charge berapa??? RM200 utk satu set canopy Arabian 18"x18" sekali dengan scallop, 40kerusi dan 5 meja bulat..murah tak??? canopy tu semua baru2... cantik lagi.. if nak canopy VIP hanya RM360 sahaja (termasuk underlayer, chandelier, kerusi bersarung+riben). teramatla murah... tp tu harga utk area rumah Zil la.. sebab jiran Zil tak perlukan transport utk bawa barang2 tu semua di kawasan rumah Zil dan dia juga tak perlukan banyak masa nak pasang canopy tu semua... kat luar maybe beza RM50.00 je satu canopy.. waaaaaa.. rasa menyesal tau sebab dah amik kat orang lain awal2..nak cancel mn boleh, sebab dah bayar...

Kpd yg masih nak mencari canopy dengan budget yg murah, ambillah dengan jiran Zil ni..... canopy dia cantik2 sebab masih baru... Selain tu, jiran Zil ni juga seorang mak andam... pakejnya juga murah... RM1100 di area rumah Zil dan dia akan buat pelamin ikut kita cakaplah nak mcm mn, dia akan cuba buatkan.. mungkin kat luar harga dia lebih sikitlah..dan baju ikut kita nak berapa banyak.. 10 baju pun boleh.. harga tetap sama. harga tu termasuk 2 kali makeup (malam berinai dan sanding).
Ni salah satu contoh pelamin yg jiran Zil buat.. cantikkan... pelamin ni bawah canopy.. canopy tu pun dia punya...

Selain dari tu juga, jiran Zil kata kalau kita amik full pakej (canopy+andaman) dia akan bagi free persembahan nasyid dari kumpulan adiknya selama 2 jam kot.. ha.. adik jiran Zil ni tubuhkan kumpulan nasyid budak2 kecil... memang sedap dengar suara2 mereka... lagu2 mereka nyanyikan juga sedap......

BUDGET KAHWIN

Selasa, 25 Januari 2011

Assalamualaikum...

Semalam Zil gi econsave dengan mak... Memang dah lama Zil nantikan perayaan Tahun Baru Cina ni... tibalah masanya semalam pergi survey harga barang yg zil nak beli dari dulu lagi.. Air Kotak... hihihi...

Sbnrnya zil memang nak beli air kotak utk wedding zil ni dan nak dipendekkan cite, smlm zil gi beli air kotak dengan harga yg sangat murah dan kena pada budget Zil.. seblum ni, kawan pernah beri tips if nak beli air kotak beli pada musim tahun baru cina.. kawan zil kata, time mcm ni memang murah... Memang betulla, sebelum ni zil gi survey harga air kotak dalam lebih kurang RM18/24pcs. smlm Zil beli kat econsave hanya RM10.45/24pcs... banyakkan beza... Apa lagi rembatla banyak2.. tp bila sampai kaunter je, ada limit pulak.. 2 perisa utk 1 customer sahaja.. uwaaaa.. sib baik bawa mak... so dptlah banyak sikit.. petang ni nak gi serbu econsave lagi.. bawa la rombongan sekali ke situ.. hihihi...

Kepada b2b yg rasa nak beli air kotak utk majlis nanti, masa nilah yg sesuai utk kita beli..sebab harganya jauh lebih murah dari hari biasa....

MAK ANDAM

Ahad, 23 Januari 2011

Assalamualaikum w.b.t...

Entry kali ni, Zil nak cerita pula tentang makeup zil masa kahwin nanti... hihihihi.. tak lain tak bukan mestilah Zil ambil mak andam yg sama makeupkan zil masa Zil tunang dulu... Nak tahu tak pakej yg dia beri tu... tengok di bawah ni ya...

Pakej Andaman
1. 2x makeup
2. 6 pasang baju (baju sanding, gown potong kek, mlm berinai dan persalinan)
3. pelamin roman 6 tiang (nak tau pelamin mn satu, leh tengok pelamin dalam entry zil sebelum ni.. ) atau pelamin 3panel (buat kat dewan pun boleh)
4. kerusi (jika nak kerusi mawi kena tambah RM100)
Harga : RM 1,600 sahaja...

Ha, macam mn? murah tak pakej yg di tawarkan tu... amat2la murah.. baju2 pengantin yg disediakan memang cantik2... rambang mata Zil tengok.. lepas tu kalau nak tambah sepasan baju lagi hanya tambah RM50.00 sahaja. dan lagi akak ni akan datang makeup ke rumah kita tau... Ok, jika berminat boleh la contact akak ni.. Zil panggil kak Tia je... Kak Tia ni memang tak da website ya... berminat call dan datang ke rumah dia.. (019-6185078) tp appoinment hari Isnin - Khamis sahaja.. Jumaat - Ahad dia dah bz mengandam... Untuk andam dia akan datang terus ke lokasi kita...
Ni adalah hasil makeup dari Kak Tia...

Ni adalah gambar jiran Zil kahwin amik pakej ngan kak tia...

Dah ramai kawan2 zil amik pakej dengan kak Tia ni.. betul... Zil tak tipu... Kawan2 zil kata, mereka terpikat ngan hasil makeup kak tia masa makeupkan Zil tunang dulu.. dan pakej dia memang murah... makeup masa tunang RM150.00 sahaja termasuk aksesori dan termasuk transport dari Rawang (rumah kak tia) ke Balakong (rumah Zil).. murahkan... (skrg ni memang tak tahu berapa) if kawan2 nak tambah lagi 1kali makeup utk nikah ke hanya RM150.00 sahaja... jangan risau.. hasil memang deboom... ngeh, ngeh, ngeh... Zil promote ni bukan zil dapat2 apa2 pun... Zil cuma nak berkongsi dengan kawan2 yg masih lagi mencari pakej mak andam dengan harga yg berpatutan tapi cantik dan kena dengan budget kawan2... mcm Zil juga, mengharap b2b yg lain dapat berkongsi maklumat seperti ini...
Zil tak da contoh gambar yg jelas.. hanya ni je yg zil dapat dari kawan2 zil... nak tengok lagi, tengoklah gambar masa zil tunang...

Oh ya, dan lagi satu kak Tia ni tiap minggu bz ya... memang setiap minggu ada je orang booking dengan dia... memang ramai yg amik dengan dia.. walaupun dia tak da butik, tp dah ramai yg kenal dengan dia.. ramai yg puji hasil makeup dia cantik dan kemas... kalau nak booking, kena minimum 3 bulan sebelum kahwin, kalau tak memang tak dapat... dulu, bila nak tengok baju, zil pergi rumah dia.. memang dia buat kat rumah.. tp sekarang ni, dia dah sewa rumah khas utk andaman dia.. sebab baju2 dia dah banyak.. rumah dia dulu dah tak muat... Zil lagi la, siap tambah2 baju lagi... larat ke tak nak pakai ek... tapi kak tia tu cerita, ada sorang pengantin ni sampai 10 pasang baju dia pakai.... waaaa.... larat ke?????

Lagi satu, jangan lupa sebut nama zil ngan kak tia tu ya... hihihi...

VIDEOGRAPHER

Isnin, 17 Januari 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Pada mulanya Zil tak nak ambil OV. Sebab OV ni mahal dan ikut pada event kita.. Dah banyak yang Zil survey, rata2 RM1300/event... Lagi2 mcm Zil ni mestilah nak kena banyak event.. Majlis nikah, malam berinai dan bersanding... Lagi2 majlis nikah ni yg paling penting bagi Zil... Tp disebabkan mahal sangat... Minta mak support, mak kata tak yahla.. membazir je... Membazir ke... tp zil nak gak... bagi Zil OV ni penting... sebab ia akan merakam segala2 kenangan terindah kita.. survey punya survey sampaila ke pameran pengantin Zil Survey.. disebabkan OV ni mahal, so Zil decide nak amik 2 event je iaitu majlis nikah dan sanding je...

Zil tak pandai sangat tentang OV ni... bagi zil, Zil nak cari OV yg
guna kamera besar tak nak yg guna handy cam tu... Disebabkan sifat degil zil ni, mak berserah k... tp mak tak nak support.. mak kata, guna duit sendiri.. tak pelah.. terpaksalah Zil ikat perut semata2 nak amik OV masa majlis Zil nanti..
Lama juga Zil survey tentang OV ni, akhirnya Zil jumpa satu pakej yang menarik bagi Zil dan kena pada budget Zil... Zil cuba contact, layanannya juga bagus dan hasil video yg dirakam juga amat memuaskan.. Apalagi, Zil terus bookingla... settle masalah OV ni.. Pakej yg Zil ambil termasuk majlis nikah, malam berinai, sanding dan outdoor dengan harga RM1150 sahaja... teringin nak wat montage, tapi Zil ni buat kat rumah bukan kat dewan.... Kpd b2b yg masih mencari pakej OV ambilla dengan Arezeo ni... Harga pakej ni dah naik.. dulu Zil hanya RM1150 utk nikah, mlm berinai, sanding dan outdoor.. skrg kalau pakej Yg Zil amik tu dah RM1600. Ni Zil sertakan pakej yg mereka tawarkan skrg..

Pakej Mark I Mark II Mark III Mark IV Mark V
Bilangan & Format Kamera Video HDV HDV HDV HDV HDV
Majlis Nikah (masjid / rumah)
Majlis Persandingan (pihak perempuan)
Majlis Bertandang (pihak lelaki)
Edited Video (DVD)
Unedited Video (DVD) - Raw
Bilangan Muzik Video MTV (highlight) 1 1 1 2 3
Harga RM 900 RM 900 RM 1000 RM 1200 RM 1500

Add-on :
  1. Growning-up Montage - RM150
  2. Outdoor shooting - RM200 (selepas majlis)
  3. Majlis Malam Berinai shooting - RM200
Percuma :
  1. Love Story Interview
  2. Family Interview
  3. Multi Chapter DVD
  4. 2 extra set DVD utk keluarga pihak lelaki dan perempuan
  5. second videographer,
  6. Outdoor shooting percuma untuk sehari (selepas majlis) utk pakej mark V sahaja.
Murahkan... Zil dah booked... kawan2 bila lagi?????

PHOTOGRAPHER

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni Zil nak cerita berkenaan Photographer yg akan Zil amik masa majlis kahwin Zil nanti... Kita layan gambar dulu ya...

Ni gambar masa Zil tunang...


Nak dipendekkan cerita, Zil akan ambil OP yg sama dengan masa Zil tunang.. sebab, Zil puas hati sangat2 dengan hasil dari abg Suhaimi ni... Bukan itu sahaja, pakej yg ditawarkan adalah lebih murah... Kepada b2b yg masih mencari OP bolehlah ambil pakej dengan abg Suhaimi ni:

Dinyraouf
Website : http://dinyraof.fotopages.com/
Contact : Abg Suhami (016-3757466)

Pakej2 yg ditawarkan seperti berikut :

1 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 11x14)
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 150 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 16x20 + Gold Frame
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 2,900

2 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 10x12)
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 10R+Frame
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,900

3 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 8x12)
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,500

4 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,100

5 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,100

6 Pakej Album
• 1 Exclusive Album (Storyline) full editing
(22 kpg 8x12)
• RM 900

7 Pakej Album
• 250 kpg bersaiz 4R
• 2 Sticky Album
• 1 8R+Frame
• 1 DVD- Unlimited Shots/Pictures
• RM 950

8 Pakej Album
• 144 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 4 kpg bersaiz 8x12
• 1 CD
• RM 650


Murahkan kawan2... Zil ni pengantin budget.. Zil takdalah nak amik pakej yang paling mahal tu.... setakat pakej seperti dibawah ni je yg Zil mampu ambil... Jika ada duit lebih nanti, up la atas sikit.. hihihi.. tak salahkan, nilah kenangan kita nanti...

3 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 8x12)
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,500


Selain itu, abg Suhaimi ni leh buat outdoor banyak kali tau, itupun jika kawan2 sanggup nak amik outdoor banyak kali dan tak penatlah... Tapi macam Zil ni, Zil nak amik 2 kali... pertama selepas majlis akad nikah Zil nak ambil gambar outdoor kat Putrajaya, dan kedua selepas majlis sanding Zil nak ambil gambar outdoor kat Taman Tasik Permaisuri...

Kepada b2b yg tengah mencari OP ni, surveyla dengan betul.. sebab segala kenangan majlis kita semua bergantung pada OP ni.. contohnya, jika makeup kita cantik, pelamin cantik tp jika salah amik gambar, semuanya jadi tak cantik.... jadi, lebihkan sedikit budget utk photographer. Sekiranya makeup kita tak cantik, tapi OP kita pandai tangkap, segala2nya cantik...

GAMELAN

Khamis, 13 Januari 2011

Assalamualaikum kawan2...

Rajin pula Zil update blogs ni kan kawan2.. sbnarnya banyak yg zil nak berkongsi cerita tentang persediaan kahwin Zil.. tu yg skrg ni rajin sangat nak update blogs.. Ok, entry kali ni berkenaan Gamelan.. Kawan2 tau kan apa tu Gamelan.. Zil tau, kawan2 mesti tau.. Zil Tanya ni, sebab ramai yg tak tahu sbnrnya… Zil pun tak tahu nak cerita apa itu Gamelan pada kawan2.. hehehe.. tp Zil hanya nak bagi tau, bunyi adunan gamelan ni memang sedap didengar… gemersik je... Selalunya Gamelan ni dimainkan masa adat istiadat di istana, dan juga skrg ni kita tengok, gamelan ni juga ada pada majlis2 Konvokesyen.. dan skrg ni dah popular pula dlm majlis perkahwinan…

Zil suka sangat dengar adunan Gamelan ni… masa gi pameran pengantin kat midvalley, teringin sangat nak amik Gamelan masa wedding Zil nanti…. Tapi Gamelan ni mahal ya kawan2.. tp ada juga yg murah di area Johor bergantung pada alat yg digunakan.. Zil dah banyak survey, majority gamelan ni harganya tinggi iaitu RM2000 above… so, terpaksala zil lupakan je impian zil tu..

Masa Zil pergi ke pameran pengantin di KLCC, Zil terdengar bunyi adunan Gamelan, cepat2 Zil tarik tangan mak dan kawan Zil dan pergi ke arah bunyi tersebut… sesampai di tempat tu, taulah Zil, itu bunyi Gamelan yg selama ini Zil impikan.. nama kumpulan tu AGIM (adunan gamelan irama Melayu). Zil cuba bertanya harga pakej utk gamelan tersebut…. Dan abg tu pun beritau harganya RM1000 termasuk kompang.. Wow, murahla… kena dengan budget Zil… nama abg tu Along, dia beritahu harga mereka adalah harga yg termurah di Malaysia.. tak tahulah betul ke tak… tp bagi Zil, pakej mereka memang dah murah.. dan lagi, mereka bagi free persembahan silat masa nak naik pelamin nnti….hehehe. terusla booking…

Gambar ni Zil ambil dari blogs Xora.. Xora dapat dengan harga RM650. Tp dengar2 skrg memang dah naik ke RM1000.

So, kepada kawan2 yg ingin mengambil pakej Gamelan ni, bolehla hubungi AGIM (Along 019-346-6664). Jangan lupa nantikan mereka di majlis kahwin Zil ya…

FAMISTA TRADING

Assalamualaikum,

Gambar hiasan...

Perabot bilik pengantin Zil dah pun sampai rumah hari ni.. Awal kan Zil suruh hantar perabut.. Actually, Zil dah booking 2 bulan lepas dan minta hantar pada pertengahan bulan February ni… Tapi En Tunang suruh Zil minta percepatkan penghantaran perabot tu ke bulan Januari… Dia kata, biarlah kita settle awal, nanti taklah terburu sangat..


Zil beli perabot ni di Famista Trading kat Klang.. Harga kat kedai perabut ni memang murah berbanding kedai perabot lain.. Knp zil ckp mcm tu, sebab Zil dah pernah survey dari kedai2 perabot lain. Dan harga memang jauh lebih murah.. bukan beza 100, 200 tau.. beza dalam RM1000.. siapa nak bagi kita duit BANYAK tu.. dan lagi, harga yg tertera kat majalah pengantin tu, sbnarnya kita boleh tawarrrrr lagi…


Ok, Zil nk cite lagi pasal FAMISTA TRADING ni… Selain dari perabot mereka yg murah tapi berkualiti, cadar mereka juga murah tau… Zil pun terkejut.. pernah Zil survey cadar kat Nilai. Harga kat nilai mereka buka RM600++.. dok tawar menawar, susah tul.. akhirnya mereka bagilah harga RM500 dengan Zil… TAPI zil tak nak beli pulak.. nak pk dulu… Jahat kan Zil ni.. lepas tawar tak nak beli… cian orang tu… kembali balik pada Famista ni, masa dok survey perabot kat Famista ni, Zil ternampak cadar yg sama Zil tawar kat Nilai. Zil tanyalah pada akak tu, akak tu jawab RM350 ke RM320 (dah lupa pulak brapa, tp 300++ la)… ha, banyakkan beza.. tu belum tawar lagi tu… Tp Zil tak amik cadar tu la… Zil amik cadar lain tapi harga lagi mahal sikit coz Zil nk pilih cadar yg leh pakai hari2… cadar zil beli ni RM500 je.. Zil survey mana2 cadar tu memang takkan dpt dengan harga tu.. tak tahulah kawn2 ada yg dpt lagi murah dari Zil kan.. utk katil dan cadar tu akan zil tunjukkan selepas Zil kahwin.. tak surprise la pulak nanti…


Ops lupa nak bagi tau, cadar yang zil beli tu adalah cadar quilting bersulam dan selimut berzip. Murahkan, harganya hanya RM500 je... kpd b2b tu apa lagi, pergilah serbu Famista tu... hehehe....

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket