BANDUNG

Selasa, 26 April 2011

Assalamualaikum...
Yippy.. 3hari je lagi nak jejak kaki ke Bandung Indonesia.. Actually, memang dah lama teringin nak ke sana.. Almaklumla zil memang tak pernah ke sana...mula memang plan nak gi ngan kawan2.. memang betul org cakap.. nak gi ngan kawan memang susah.. ada je rintangannya.. Sib baik masa rancang nak kahwin, zil memang tak pernah terfikir pun pasal honeymoon.. but, my hubby yg ingatkan dan tanya nak honeymoon kat mn nnti????.. masa tu dalam otak zil ni memang nak sangat ke bandung... sebab memang dah lama teringin nak kesana.. tak pernah kesampaian.. terus je jawab kita gi bandung nak.. my hubby tak kisah asalkan semua zil yg uruskan.. my hubby sediakan duit je.. mula nak naik air asia je.. TAPI hubby tak suka.. suruh zil survey MAS dulu.. LAAAGI ZIL SUKA..

TAPI kan.. rasa menyesal pulak pilih bandung sbg tempat honeymoon.. pertama, kami berdua tak pernah pergi bandung. dan kami tak beli pakej.. pergi sendiri2 je.. kedua, teruja tengok pemandangan krabi dan pulau sipadan.. waaa.. terasa nak kesana.. dan ketiga, ada yg bercakap bandung tak sesuai utk honeymoon.. yeke.. hmm.. tp tak pelah.. memang bandung ni tempat yg zil nak sangat pergi.. (nak sedapkan hati).. *b2b pergi bandung b4 kahwin utk beli barang kahwin.. yg zil pula pergi lepas kahwin.. hehehe..

Nak sedapkan hati, zil jadikan bandung ni sebagai pre honeymoon je.. tp ramai yg tak faham apa tu pre honeymoon.. ngeh3.. tak kisahlah honeymoon ke pre honeymoon ke, asalkan zil dapat juga pergi bandung..zil memang tengah merancang utk honeymoon seterusnya.. samada krabi atau sipadan... tp memandangkan jadual hubby zil tersangatla peak.. dengan kursus2, dan perlawanan robot.. insyallah, akan zil plan secepatnya..

Di bandung nanti, zil teringin nak gi sini..

Credited to en google.

Kawah putih.. ramai yg kata kawah putih lagi cantik dari tangkuban perahu.. dan kawah putih lebih sejuk..yg ni tangkuban perahu.. zil tak rancang nak ke tangkuban perahu.. tengoklah nanti jadual zil kat sana macam mn kan..

Memandangkan zil ni pergi ke bandung berdua je dan tak amik pakej, banyaklah gak zil baca tips2 ke bandung.. zil pun survey supir di sana.. mahalnya RP300,000 ke atas sehari.. bergantung pd tempat yg kita nak pergi.. nak ke kawah putih RP400,000. Zil kat sana selama 5hari.. Zil tinggal di Novotel hotel 4 bintang.. Zil tak tahu kawasan dia kat mana.. aiyoyo.. risau juga ni.... sebab hubby zil serahkan semua pada zil..
Ramai yg kata jika ke sana jangan lupa ke Restoran kg Daun.. huh, nampak menarik sangatkan..Kami akan ke sini...

Berita baiknya, family zil tau yg zil akan ke bandung.. dulu mula2 tu nak senyap2 je.. bila nak gi nanti baru nak gi tau mereka.. tp zil ni jenis tak leh nak tutup mulut.. nak gak cite yg zil akan ke sana.. tp bagus juga zil beritahu mereka kan.. rupa2nya zil ada sedara di sana.. teramatla zil suka... terus je mak zil call sedara kat sana minta jemput dan bawa zil jalan2 ke bandung.. lagi2 kami berdua memang tak pernah jejak kaki kesana.. mak mertua dengar kami pergi tak amik pakej, risau bukan main.. Jadi, tak jadilah zil nak amik supir.. oh ya, sedara zil kat sana memang org kaya.... mereka ada banyak kereta.. mereka tau zil nak kesana, mereka suruh zil tidur (menginap) dirumah mereka.. ngeh3.. ish, kami nak honeymoon.. tak bestla tinggal ngan orang lain kan.. tak private la kan...
Zil juga nak gi sini.. Pasar baru.. tempat utk bershopping.. tak sabar zil nak bershopping kat sini...
Gedung sate.. salah satu tempat dalam list tempat2 yang akan zil gi nanti..

Zil bersyukur sangat dapat family mertua yg baik hati dan sporting..Family mertua nak bawa zil gi holiday.. mereka tau zil tak pernah holiday kemana2.. bagai katak dalam tempurung zil ni kan.. mereka nak bawa zil gi Penang dan Langkawi (siyes.. banyk tempat zil tak pernah pergi).. sekarang ni mereka dalam process nak booking tempat kat sana dulu dan tetapkan tarikh.. insyallah bulan 6 dan bulan 7 cam tu.. Terharu tau.. Family hubby zil memang jenis yg suka melancong.. banyak dah tempat yg hubby Zil dah pergi.. termasuklah gi turkey.. Zil je yg tak pernah kemana2.. bertuah zil dapat family mertua mcm ni... Syg sangat kat hubby dan family mertua.. Zil suka balik ke rumah mak mertua sebab... mak mertua selalu masak sedap2.. bermacam jenis lauk dimasak bila kami datang.. Zil pula tak pernah masak di rumah mak mertua.. hanya tolong apa yg patutje.. boleh gemuk zil tau.. memang sedap mak mertua zil masak.. no wonderla tiap minggu my hubby asik ajak balik rumah mak mertua kat ipoh.. tp zil la yg penat.. Zil kat KL.. tiap minggu nak balik Ipoh... tp penat tu hilang bila dah jumpa mertua.. hihihi....

4 comments:

~ NANA ~ berkata...

zil, bestnyeee...nk kirim kain lace boleh? hahahaha

ZiL berkata...

Nana, boleh je.. hihihi..

Bila Ku Kata Cinta... berkata...

bestnyer nak g bandung..tempat shopin murah2

Adyla berkata...

WAU..BESTNYA..

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket