BANDUNG

Selasa, 26 April 2011

Assalamualaikum...
Yippy.. 3hari je lagi nak jejak kaki ke Bandung Indonesia.. Actually, memang dah lama teringin nak ke sana.. Almaklumla zil memang tak pernah ke sana...mula memang plan nak gi ngan kawan2.. memang betul org cakap.. nak gi ngan kawan memang susah.. ada je rintangannya.. Sib baik masa rancang nak kahwin, zil memang tak pernah terfikir pun pasal honeymoon.. but, my hubby yg ingatkan dan tanya nak honeymoon kat mn nnti????.. masa tu dalam otak zil ni memang nak sangat ke bandung... sebab memang dah lama teringin nak kesana.. tak pernah kesampaian.. terus je jawab kita gi bandung nak.. my hubby tak kisah asalkan semua zil yg uruskan.. my hubby sediakan duit je.. mula nak naik air asia je.. TAPI hubby tak suka.. suruh zil survey MAS dulu.. LAAAGI ZIL SUKA..

TAPI kan.. rasa menyesal pulak pilih bandung sbg tempat honeymoon.. pertama, kami berdua tak pernah pergi bandung. dan kami tak beli pakej.. pergi sendiri2 je.. kedua, teruja tengok pemandangan krabi dan pulau sipadan.. waaa.. terasa nak kesana.. dan ketiga, ada yg bercakap bandung tak sesuai utk honeymoon.. yeke.. hmm.. tp tak pelah.. memang bandung ni tempat yg zil nak sangat pergi.. (nak sedapkan hati).. *b2b pergi bandung b4 kahwin utk beli barang kahwin.. yg zil pula pergi lepas kahwin.. hehehe..

Nak sedapkan hati, zil jadikan bandung ni sebagai pre honeymoon je.. tp ramai yg tak faham apa tu pre honeymoon.. ngeh3.. tak kisahlah honeymoon ke pre honeymoon ke, asalkan zil dapat juga pergi bandung..zil memang tengah merancang utk honeymoon seterusnya.. samada krabi atau sipadan... tp memandangkan jadual hubby zil tersangatla peak.. dengan kursus2, dan perlawanan robot.. insyallah, akan zil plan secepatnya..

Di bandung nanti, zil teringin nak gi sini..

Credited to en google.

Kawah putih.. ramai yg kata kawah putih lagi cantik dari tangkuban perahu.. dan kawah putih lebih sejuk..yg ni tangkuban perahu.. zil tak rancang nak ke tangkuban perahu.. tengoklah nanti jadual zil kat sana macam mn kan..

Memandangkan zil ni pergi ke bandung berdua je dan tak amik pakej, banyaklah gak zil baca tips2 ke bandung.. zil pun survey supir di sana.. mahalnya RP300,000 ke atas sehari.. bergantung pd tempat yg kita nak pergi.. nak ke kawah putih RP400,000. Zil kat sana selama 5hari.. Zil tinggal di Novotel hotel 4 bintang.. Zil tak tahu kawasan dia kat mana.. aiyoyo.. risau juga ni.... sebab hubby zil serahkan semua pada zil..
Ramai yg kata jika ke sana jangan lupa ke Restoran kg Daun.. huh, nampak menarik sangatkan..Kami akan ke sini...

Berita baiknya, family zil tau yg zil akan ke bandung.. dulu mula2 tu nak senyap2 je.. bila nak gi nanti baru nak gi tau mereka.. tp zil ni jenis tak leh nak tutup mulut.. nak gak cite yg zil akan ke sana.. tp bagus juga zil beritahu mereka kan.. rupa2nya zil ada sedara di sana.. teramatla zil suka... terus je mak zil call sedara kat sana minta jemput dan bawa zil jalan2 ke bandung.. lagi2 kami berdua memang tak pernah jejak kaki kesana.. mak mertua dengar kami pergi tak amik pakej, risau bukan main.. Jadi, tak jadilah zil nak amik supir.. oh ya, sedara zil kat sana memang org kaya.... mereka ada banyak kereta.. mereka tau zil nak kesana, mereka suruh zil tidur (menginap) dirumah mereka.. ngeh3.. ish, kami nak honeymoon.. tak bestla tinggal ngan orang lain kan.. tak private la kan...
Zil juga nak gi sini.. Pasar baru.. tempat utk bershopping.. tak sabar zil nak bershopping kat sini...
Gedung sate.. salah satu tempat dalam list tempat2 yang akan zil gi nanti..

Zil bersyukur sangat dapat family mertua yg baik hati dan sporting..Family mertua nak bawa zil gi holiday.. mereka tau zil tak pernah holiday kemana2.. bagai katak dalam tempurung zil ni kan.. mereka nak bawa zil gi Penang dan Langkawi (siyes.. banyk tempat zil tak pernah pergi).. sekarang ni mereka dalam process nak booking tempat kat sana dulu dan tetapkan tarikh.. insyallah bulan 6 dan bulan 7 cam tu.. Terharu tau.. Family hubby zil memang jenis yg suka melancong.. banyak dah tempat yg hubby Zil dah pergi.. termasuklah gi turkey.. Zil je yg tak pernah kemana2.. bertuah zil dapat family mertua mcm ni... Syg sangat kat hubby dan family mertua.. Zil suka balik ke rumah mak mertua sebab... mak mertua selalu masak sedap2.. bermacam jenis lauk dimasak bila kami datang.. Zil pula tak pernah masak di rumah mak mertua.. hanya tolong apa yg patutje.. boleh gemuk zil tau.. memang sedap mak mertua zil masak.. no wonderla tiap minggu my hubby asik ajak balik rumah mak mertua kat ipoh.. tp zil la yg penat.. Zil kat KL.. tiap minggu nak balik Ipoh... tp penat tu hilang bila dah jumpa mertua.. hihihi....

Pakej Photography Murah!!! From RM900 sahaja..

Isnin, 18 April 2011

WOW.... MURAHNYE... TERAMAT2 MURAH...

lepas kahwin baru jumpa pakej ni.. tp tak pa.. saja je zil nak share ngan kawan2 dan b2b yg lain.. yg mana masih mencari wedding photography dengn harga yg murah, zil suggest yg ni.. memang murah sngat2... cepat2 booking sebelum mereka naikkan harga... leh lawati blogs mereka.

PHOTOGRAPHER : TSIREH PHOTOGRAPHY


murah kan... apalagi.. cepat2la booking.. jangan terlepas peluang ni.. selagi murah.. nanti dah naik harga menyesal pula.. zil pula yg rasa nak kahwin sekali lagi... waaaa.. memang teramat murah la pakej mereka ni.. gambar pun cantik2.. kawan2 tak kan menyesal amik mereka ni.. zil pernah tengok hasil mereka tangkap.. memang cantik...

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA... LAYAN JE LA....

Khamis, 14 April 2011

Assalamualaikum semua...
Pa khabar? diharap semua kawan2 yg membaca blogs zil ni dalam keadaan sihat walafiat... Entry kali ni zil hanya nak luahkan perasaan yg dah lama berbuku dihati zil.. cewah.. ayat tak leh tahan... hmmm.... Zil tau kekadang ada orang yg tak suka dengan pa yg kita cerita tentang preparation kahwin kita... tak suka tp tetap juga baca blogs zil ni kan....

Zil suka sangat2 baca blogs b2b dalam membuat preparation wedding.. mcm2 DIY. dulu Zil tak berani nak komen blogs2 yg zil singgah... tp skrg, smkin berani nak komen... hihihi... Zil suka.. tiap hari mesti buka blogs hanya utk melihat status terkini b2b dan ex b2b.. walaupun wedding zil dah lepas.. tp Zil tetap suka singgah blogs2 mereka ni.. rasa nak wat semula je... hua2... tapi tak pernah zil nak mengutuk2 mereka.. Tapi Zil salute ngan b2b2 semua... dengan idea2 kreatif mereka ni.. tanpa mereka, zil sendiri tak tahu nak wat wedding zil mcm mn...
layan gambar pelamin zil.. zil bangga ngan family zil sebab berjaya menghasilkan pelamin yg indah ini.. zil suka sangat dengan hasil family zil..

Dalam diam2 ada gak silent reader yg baca blogs zil ni, mengutuk2 belakang Zil.. Zil tau.. jangan ingat Zil tak tahu.. maaflah kalau ada yg tak suka dengan blogs zil.. zil tau, walaupun tak suka tapi tetap nak baca juga kan... hihihih.. bacalah.. zil tak marah pun.. tp janganlah nak kutuk2 pulak.... biasalah pa yg zil kita rancangkan tak semestinya sempurna.. pasti ada cacat celanya.... Apa yg zil ceritakan dalam blogs ni, bukan zil sengaja nak reka2 cerita zil.. apa yg zil cerita, memang zil akan buat.. cuma lari sedikit saja.. Zil pun tak sangka da gak orang kg zil yg baca blogs zil ni, lepas tu kutuk2 zil.. jika tak suka, takyahla baca... dan pa yg zil rancangkan utk wedding zil bukan zil nak menunjuk kat orang kg, dan bukan zil nak wat lain dari yg lain dengan orang kg.. tp zil nak wat utk kepuasan diri sendiri.. jika kita boleh buat.. pa salahnya kan... kahwin sekali je seumur hidup... jd pasti kita akan wat yg terbaik kan... tulah yg ingin zil lakukan.. tp ada pulak yg mengata zil ni nak menunjuk2... sorry ya.. zil bukan nak menunjuk2... dan lagi, pa yg zil buat ni kosnya taklah semewah spt yg dianggap.. jika nak kata, kos zil sama je ngan kos orang2 kg kat rumah zil ni....

Yang amat zil sedihkan sekali, ada yg datang majlis zil mcm tak ikhlas je.. if tak ikhlas, tak yahla datang.. lepas tu dtg siap ckp yg dia tak nak bagi hadiah kat zil sebab mulut zil ni jahat (*zil pun tak harapkan hadiah dari si dia, lagipun banyak dah zil dpat hadiah).. terasa pula yg zil ni jahat sangat..sampai ada yg benci sangat ngan zil.. lpas tu siap ckp lagi yg dia hanya bagi rm5 je kat mak bapak zil sebab mak bapak zil kaya.. wahahahaha... kaya ke???? Zil minta maaf jika zil ada salah.. Bila dengar ada yg bercakap mcm tu, tak sedap hati pula...

ex kawan2 SPP PMM.. rindu ngan diorang2 ni....

Walaupun tak ramai kawan, tp alhamdulillah zil banyak terima hadiah dari kawan2.. memang tak disangkakan.. dan lagi, zil pun tak sangka ramai kawan2 yg datang.. ada yg yg sanggup datang dari kedah, penang, pahang, melaka & sabah semata2 nak tengok zil kahwin.. I love u all.. terima kasih sangat2.. terharu tau.. ada pula yg dah 8tahun tak berjumpa, datang masa majlis zil.. memang terharu sangat.. tp sedih tak dapat nak layan sangat...

Sebelum zil akhiri entry ni, kita layan dulu sedikit gambar kahwin zil.. ni gambar zil amik dari fb kawan2 zil yg hadir masa tu... gambar dari OP tak siap lagi...





ni dia pintu gerbang yg dibina sendiri oleh family zil.. ingat tak entry pintu gerbang yg dulu zil pernah postkan kan.. leh tengok kat sini.. menjadi juga pintu gerbang ni.. mula takut gak takut family tak tahu nak buat.....yelah, family zil bukan bridal.. mereka tak pernah buat benda2 mcm ni.. pa lagi pelamin.. ni first time diorang buat.. mula tu zil tak terfikir nak wat combination color mcm ni.. zil dah beli kain putih je.. tp family zil tak guna pula.. mereka pinjam ngan orang canopy..mereka ikut tema color zil.. tengoklah kosnya zero.. berbaloi2 kan.. kain yg zil beli tu diguna utk stage pula...


Nilah dia 2orang pengapit zil.. kedua2 mereka ni adalah adik sepupu zil... nampak tak stage zil tu..kain putih yg berkedut2.. mula tu pelamin ni tak da nak buatt stage mcm tu.. hanyalah carpet kosong je.. disebabkan kain putih yg zil belikan utk pintu gerbang tak terguna.. zil suruhla family zil buat seperti ini.. cantikkan... kreatif juga family zil ni kan.... pelamin ni juga dah digunakan oleh salah sorang kawan zil.. tp kawan zil buat lain sikit dari zil..ni dia pelamin kawan zil tu.. mlm selepas kahwin, kawan zil ni dok sibuk mesej gi tau dah jatuh cinta dengan pelamin zil.. dia nak sangat guna pelamin ni... zil bagilah dia guna.. lagipun zil tak tahu nak wat pa kat pelamin ni.. nak pecah, sayang pula kan... kawan zil ni pandai.. malam berinai, dia buat sebiji mcm zil.. siang masa sanding dia ubah jadi mcm ni... maklumla, dia kan keja designer... mestilah kreatifkan...

k.. cukup takat ni je.. nanti zil update lagi bila dah dapat gambar dari OP zil... *huh.. lambatnya gambar dan video zil ni nak siap..


Rindu padanya

Isnin, 4 April 2011

Assalamualaikum w.b.t...
Kali ni zil tak nak cite pasal wedding.. cuma Zil nak berkongsi kisah zil selepas kahwin je... Kami tak tinggal bersama disebabkan jarak kerja yg tak mengizinkan kami utk tinggal bersama...

Sedih hidup berpisah dengan suami.. Jumaat lepas Zil balik ke rumah hubby Zil di Tanjung Malim..Semalam masa nak balik ke rumah Zil di KL dan nak tinggalkan hubby sorang2 kat rumah dia, air mata ni tiba2 mengalir. rasa sedih sangat2... tak sampai hati rasanya nak tinggalkan hubby sorang2.. teringat kat hubby mkn sorang2, tinggal pun sorang2.. Tapi sebelum Zil balik Kl, Zil siap cucikan semua baju hubby Zil, Seterika, kemas rumah dan masakkan makanan kegemaran hubby Zil.. Disebabkan hubby zil tinggal sorg2, Zil masakkan lah makanan yg lebih utk hubby zil mkn selamaZil tiada disisinya.. Zil bahagikan kepada 4-5pack setiap lauk tu.. ni utk memudahkan hubby zil memanaskan semula lauk2 tu.. dimana 1pack lauk utk sehari..tp lauk2 tu zil simpan dalam freezer.. itulah cara Zil yg tinggal berjauhan dengan hubby Zil... Apakan daya Zil, demi mencari rezeki, terpaksalah kami berpisah sementara.. Mudah2an Allah mempermudahkan rezeki kami dan dapatlah kami tinggal bersama2...

I miss him so much...

Masa nak balik dari Tanjung Malim ke KL, hubby semapt hantarkan Zil ke Tol Tanjung Malim sahaja dengan motosikal hubby.. yelah, Zil bawa kereta sendiri.. Dalam perjalann ke tol, sambil drive Zil memerhatikan je hubby Zil yg berada di depan Zil dengan motosikal dia.. sedihnya tengok.. waaa... tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang2.. menangis tau zil sorang2 dalam kereta.. siyes.. memang sedih sangat.. sebelum ni hubby yg gi rumah Zil kat KL..Zil tingal dengan family Zil di KL.. Bila hubby nak balik dari rumah Zil, tak dalah sangat perasaan ni.. mungkin sebab Zil lom lihat kehidupan hubby Zil tinggal sorang diri kat Tanjung Malim tu...


layan gambar hubby Zil dulu....

Alhamdulillah.. syukur sangat.. Dan bertuah rasanya Zil dapat suami seperti dia.. beruntung rasanya.. hubby Zil ni seorang yg pembersih, rajin mengemas rumah.. rumah hubby Zil di Tanjung Malim memang bersih.. mcm bukan rumah lelaki.. tandas rumah hubby Zil, kalas tandas rumah Zil.. malu Zil tau.. memang hubby Zil ni jenis yg rajin mengemas rumah.. masa Zil masak, Zil tengok hubby Zil ni tolong mengemas rumah sekali.. taklah penat sangat utk zil kan.. Syukurlah sangat2.. tp Zil tak leh la amik kesempatan pulak kan.. Zil kenalah pastikan rumah tu bersih sentiasa.. dan takleh harapkan sangat hubby Zil utk tolong kemaskan.. rumah hubby Zil kat Tanjung Malim ni lengkap la juga utk kami tinggal berdua.. TV, peti sejuk, meja mkn semua dah ada... mesin basuh je tak da lagi.. tak pe la syg, wat masa ni, biarlah syg yg basuhkan semua baju2 abg ya.. ada rezeki nanti kita beli ya syg...

Hubby Zil ni juga sorang yg tak perokok.. memang dari dulu lagi Zil mahu lelaki yg tak perokok utk jadi suami Zil.. tp kalau dah jodoh zil dpat yg perokok pun, tak pe lah kan.. TAPI syukur sangat2 hubby Zil ni memang tak merokok.. (susah tau nak cari lelaki yg tak merokok).. tak dalah nanti Zil nak membebel2 pasal rokok ni kan.. hehehe... dan yg paling Zil suka, hubby Zil ni pandai memasak.. kalah Zil tau.. smlm hubby lah yg dok mengajar Zil masak bihun goreng.. siyes.. Zil memang failed masak bihun & Kuetiaw goreng.. dulu masa kenal ngan hubby Zil, Zil memang tak pandai masak.. Zil jujur je bagitau hubby yg Zil ni memang tak pandai masak.. lepas tu hubby Zil ni belikan Zil sebuah buku belajar memasak yg lengkap.. semenjak tu zil belajar memasak .. Alhamdulillah, skrg ni Zil tau la juga memasak walaupun tak pakar sangat.. Tapi bolehla utk mengisi perut hubby Zil tu.. selepas kahwin ni, Alhamdulillah apa yg hubby Zil minta masakkan, Zil dapat sediakan tanpa melihat resepi.. hubby pun kata sedap tau.. TQ b..
TQ be, coz sudi terima syg sebagai isteri be.. rindunya dengan perkataan be.. dulu Zil memang panggil hubby Zil be.. tp skrg dah bertukar kpd abg & syg je...
 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket