Tat Nenas Gulung

Isnin, 13 September 2010

Bahan2:
525 gm tepung gandum (Zil guna 480gm tepung gandum & 20gm tepung susu)
30 gm tepung jagung
60 gm gula castor
375 gm butter
3 biji kuning telur
1 tbsp esen vanila

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
2. Masukkan bahan kering kedalam mesin, gaul rata.
3. Masukkan butter dan gaul rata lagi.
4. Dengan membuat lubang di tengah adunan, tuangkan kuning telur dan esen vanila dan gaul lagi sampai sebati.
5. Leperkan adunan diatas papan gulung dan terap menggunakan penggulung bergigi. Potong memanjang dan isikan inti nenas.
6. Susun di atas dulung pembakar, lining with baking sheet. Sapukan kuning telor pada atas kuih.
7. Bakar dalam ketuhar sekurang2nya 20-25mins atau sehingga kekuningan.
8. Apabila masak, keluarkan loyang dan sejukkan sebelum dialih ke telap kedap udara.

Inti Nenas:
3/4 biji nenas, dibuang mempulur tengahnya dan parut.
4 cawan gula pasir
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
Sedikit serbuk pewarna kuning

Cara:
1. Toskan nenas yang telah diparut. (boleh gunakan food processor dan ambil ampas nenasnya)
2. Didalam periuk non-stick, masukkan nenas, gula, kayu manis & bunga cengkih diatas api yang kecil.
3. Masak nenas hingga hingga kering. Sentiasa kaup balikkan nenas ini supaya tidak hangus dibahagian bawahnya.
4. Taburkan sedikit pewarna kuning pada sesedap mata yang memandang.
5. Apabila sudah betul2 kering, tutup api dan sejukkan.
6. Boleh disimpan di dalam freezer hingga bila waktu yang ingin digunakan.

AIR MATA KU

Selasa, 7 September 2010


Assalamualaikum semua,
Hari ni Zil rasa sedih sangat2... tiada yg pujuk pun.. Pagi2 lagi dah tak da mood. Zil minta maaf jika Zil yg salah.. tp tolonglah jangan buat Zil mcm ni. Zil perempuan, ada hati yg lembut dan mudah terusik.. Bukan Zil meletak telefon utk kurang ajar. Tp, maksud Zil supaya Zil nanti tak kurang ajar dengan meninggikan suara bila Zil teruskan lagi... Bagi Zil, lebih baik Zil letak dari semakin parah nanti.. Tp, jika perbuatan Zil ni salah, Zil minta maaf sangat2..

MAAFKAN ZIL... BUKAN NIAT UTK BERLAKU KURANG AJAR.

BANANA CRUMB MUFFINS

Rabu, 1 September 2010

First time Zil buat muffin banana.. Ni sebenarnya atas permintaan kawan Zil yg minta Zil buatkan muffin banana utk dia berikan kepada kawan2 office dia pada hari terakhir dia kerja.. Disebabkan Zil ni percayakan dengan blogs kak Diana ni, Zil cubalah resepi ni.. memang tak mengecewakan.. sedap, lagi2 bau topping dia tu bau kayu manis memang menyelerakan.. Gambar zil ni tak seberapa cantik seperti yg kak Diana ni buat. Feedback dari kawan Zil ni pun kata sedap.. nak buat pun senang je.. Kita tengok resepi dia...

BANANA CRUMB MUFFINS
Sumber: Allrecipes.com

Bahan-bahannya (Untuk 10 biji)
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
3 biji pisang, dilecek
¾ cawan gula
1 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan mentega, dicairkan
1/3 cawan gula perang, dipadatkan (D guna Muscovado Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190’C. Sapukan loyang muffin dengan mentega atau boleh gunakan muffin cups.
2. Didalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam.
3. Didalam mangkuk yang berasingan, campurkan bersama pisang, gula, telur dan mentega cair.
4. Campurkan adunan pisang kedalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga adunan sebati. Sendukkan adunan kedalam muffin cups yang telah disediakan.
5. Didalam mangkuk yang kecil, campurkan gula perang, 2 sudu besar tepung gandum dan serbuk kayu manis. Masukkan 1 sudu besar mentega dan ramas menggunakan hujung jari sehingga ia berketul-ketul seperti serbuk roti. Taburkan topping diatas adunan muffin.
6. Bakar didalam ketuhar selama 18 – 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.

Nota D: D lebihkan bahan-bahan untuk topping agar rasanya lebih ummphhh… Sedap you…

Chocolate Banana Cake


Ni pertama kali Zil cuba buat kek ni.. hehehe.. tak pandai nak hias.. tp, memang sedap kek ni.. setanding dengan SR. Kawan-kawan leh la cuba resepi ni.. memang tak mengecewakan.. Resepi ni Zil dapat dari Kak Yati dari damira Blogspot.. Zil copy paste je resepi ni ya..

CHOCOLATE BANANA CAKE

[b]Chocolate Sponge cake:[/b]

Bahan A 3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa aje)
1 teasp. vanilla essence

Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.

Bahan C

3 1/2 biji putih telur size A (atau 4 1/2 biji putih telur size sederhana)
1/4 tsp Cream of Tartar
60 gm. gula kastor


Cara-caranya:

(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu.( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 170C lebih kurang 50mins atau sehingga masak( Zil akan bakar dahulu 25 minit dan kemudian letak aluminium foil supaya kek dilapisan atas tidak hangus).
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.


Chocolate mousse:

250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat.(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur)
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer ( Saya gunakan chocolate emulco aje)
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal

Cara-cara membuat chocolate mousse:

(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.)
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.

Chocolate Coating

35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream ( Zil gunakan non dairy whipping cream je sebab nak jimat kos, tp hasilnya tetap sedap)
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter

Cara membuat Coating untuk kek:
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA


Kek coklat kukus ni resepi yg selalu Zil buat.. hehehe.. Sedap sangat2.. nak buatnya pun mudah. Ramai yg dah mencuba resepi ni... Zil bagi 5 bintang utk resepi ni.. Resepi ni Zil dapat dari kak Diana. Zil memang suka blogs kak Diana ni. banyak dah resepi yg zil cuba dari blogs dia.. sume menjadi dan sedap2... Oklah, Zil copy paste je resepi ni ya..

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Sumber: Zaiima

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.
Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.

TOPPING COKLAT
Sumber: Kak NoorMasri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan (potong kecil2)
1 sudu besar majerin
130 ml double cream ata
u whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional


Cara membuat:
Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.


Tp zil wat toping cara sendiri.. Zil hanya cairkan coklat Van Houten atas double boiler lepas tu masukkan sedikit Arla Whiping cream seperti gambar di bawah ni.

Jari Dah Disarung

Kali ni, kita layan gambar je ya kawan-kawan..
Zil suka sangat gambar kat atas ni...
Terharu sangat bila bakal mak mertua peluk dan cium kita mcm ni..

Time mkn.. ajak abg photographer ni mkn sekali.. tapi dia asik menolak je.. mungkin dah kerja photographer mcm ni agaknya kan...

Mungkin ada yg tak suka melihat gambar ni.. Zil minta maaf ya.. gambar ni setakat gambar je.. janji tidak melampaui batas. Tp Zil suka gambar ni..

Nilah kawan2 yang sudi hadir.. lagipun Zil tak jemput ramai. sebab wat sederhana je..

Oklah.. cukup setakat ni je gambar-gambar ni ya...

Baju Tunang


Cerita pasal baju Tunang ni, Zil suka sangat design baju Zil ni.. Baju ni dijahit oleh kakak sepupu Zil sendiri. Nasib baiklah ada saudara yang pandai jahit baju. Yelah, nak jahit ditempat lain, mana sempat sebab masa beli kain tu tinggal lagi 2 minggu je utk majlis pertunangkan kami. Baju ni pun siap pada hari yg sama Zil nak bertunang. Nilah hasil dari kakak sepupu Zil ni walaupn masa yg diberi singkat, tapi Zil puas hati dengan hasil tangan dia.. Kakak sepupu Zil ni tak amik upah pun dengan Zil.. dia kata dia sumbang utk hari pertunangan Zil.. Terima kasih ya kak.. Akan Zil ingat jasamu itu..

Zil suka sangat dengan gambar ni... walaupun perancangan tu singkat, tapi Zil nak majlis tu sempurna.. Terima kasih sangat2 kepada Abg Suhaimi (photographer Zil). cantik sangat dengan hasil gambar. Zil suka sangat ngan Abg Suhaimi ni sebab Zil pernah tengok hasil gambar adik angkat Zil kawin.. harganya pun amat-amatlah berpatutan..

Kepada kawan-kawan yg memerlukan khidmat photographer ni, bolehla amik ngan Abg Suhaimi ni. Klik kat sini ya. Nak tengok pakej, bolehla pergi ke halaman yg terakhir sekali..

Bertunang (19 June 2010)

Zil sudah pun diikat dan dibooking oleh En Tunang kita ni.. kat sini zil letakkan satu gambar Zil masa bertunang...














Nilah dia gambar Zil dan En Tunang kita.. Lupa nak perkenalkan nama En Tunang kita ni.. Nama dia Mohd Izwanni... ceh ceh ceh.. mengada-ngada pulak Zil ni.. Oklah ni gambar bersama ngan mak ayah Zil dan mak ayah tunang Zil.. mak Zil disebelah Zil. dan disebelah mak Zil tu mak kepda Tunang Zil.. hujung sekali tu ayah tunang zil.. So, kawan2 taulah yg mana satu ayah Zil kan.. Mesti kawan-kawan pelik tengok tunang Zil ni pakai baju color lain dengan baju Zil.. Zil pun terkejut dia dtg pakai baju tu.. tak sedondon kan.. tapi takpa.. still cantik... hehehe.. Tinggikan tunang Zil ni.. Zil ni pula, pendek je orangnya..

Merisik

Masa ni Zil terkejut terima panggilan dari tunang Zil (masa ni belum jadi tunang lagi), dia beritahu family dia akan datang merisik pada keesokan harinya iaitu 30hb Mei 2010. Bayangkanlah, Zil tak pernah terfikir pun akan secepat itu. Sebab dalam perancangan kami bulan October 2010 nanti baru dia akan ajak family dia datang merisik. Tak sangka family dia pula yg ajak datang merisik awal.

Lepas terima dr panggilan tunang Zil ni, Zil terus call mak ayah Zil tentang berita ni.. Mak ayah zil pun terkejut sebab masa tu mak ayah Zil tengah bekerja.. Zil tak tahu cam mana nak membuat persediaan utk merisik ni.. sebab belum pernah ada pengalaman lagi.. hehehe..

Pd 30hb Mei tu Zil sudah pun dirisik oleh keluarga Tunang Zil.. kat situ mereka tetapkan tarikh pertunangan pada 19hb June 2010. Huh... terkejut Zil dengar. sebab masa hanya lagi 3 minggu je.. Persediaan utk tunang langsung tak ada... Lepas tu lagi, Family tunang nak hantaran diangkat semua masa tunang. Mereka tak mau hantaran dibuat masa Nikah..

Oklah.. setakat ni je cerita Zil ni.. kita akan sambung cerita pada episod pertunangan pula ya...hehehe...

BERMULANYA BLOSG SUKA DUKA BERSAMA

Hari ni Zil mula membuat blogs sendiri. Harap2 dapat tunjuk ajar dari kawan2 bagaimana nak membina blogs ini dengan lebih baik.
 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket