Hood, hob & oven

Selasa, 16 Julai 2013

Assalam dan salam sejahtera semua..

Rasanya masih sempat untuk zil ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kpd semua kwn2 yg beragama islam. ni saja je nak testing tulis blogs guna smart phone. dah lama zil mendiam diri dr  menulis blogs. Tp zil masih lg follow blogger yg ada dlm list zil. setiap hari zil akan follow secara senyap.. nak bg komen tp rasa malu2.. hihihi..

Ok, last week zil ada pergi Home perfect expo di Stadium Indera Mahkota Ipoh Perak. Misi mencari hood, hob dan oven. sblm pergi tu bnyak zil search info dr en google.. niat  nak beli rubine atau elba je. itu je yg zil mampu. nak beli brand fotile, rinnai dan brand yg mahal2 tu terua reject dr list zil.

Hari pertama expo tu zil pergi selapas berbuka puasa. pergi hnya nak survey je dulu. sbb ada blogger kata hari pertama expo mahal. hari terakhir mesti jauh lebih murah. dan zil nak tgk dulu harga tu betul ke lbih murah dr pasaran. jekak je kaki kat stadium tu zil terus masuk booth rubine.. sama pakej dgn yg zil baca pd blogs nana.. RM3000 utk hood, hob dan oven free inducyion cooker, rice cooker and oven kecil dan free installation.  tp zil upgrade minta tukar model saffiro yg 1200mh tu. mereka boleh bg tau. Tapi.... zil tak belipun. sbb zil nak tgk hari terakhir nanti. mn tau lg murah kan.

Lepas tu zil masuk pula booth elba.. ramainya org. tak terlayan kitorg ni. hood n hob elba paling murah sekali RM999 je utk dua barang ni. memang sgt murah. Lpas tu masuk pula ke booth fagor dan rinnai. zil hanya tgk fagor je sbb zil tau rinnai mahalkan.. tak nak pandang pd rinnai walaupun rinnai dan fagor tu satu booth je. yelah sedar diri ni tak mampu. Tapiiii kan boleh pula zil buat muka tak malu masuk ke booth fotile wlupun tau zil ni tak mampu. siap tanya harga lg.. hahahaha...  hmm lpas tu balikla. smpai rumah terus je survey tenet murah ke tak..

Hari terakhir expo tu kami pergi lg. Hubby dah bagi budget utk hood dan hob. dia kata setakat RM3000 je. huhuhu.. so zil ingat nak ambil elba je la. leh jimat bnyak. tp masa smpai ti booth pertama yg zil masuk booth fagor dan rinnai. lpas ti tiba2 nak tgk rinnai punya harga. memang mahal. tp hood dia snyap dan kuat. salesman tu siap tunjuk video lg.. mula dah terpikat. zil yak tau pila booth tu adalah company The Houz Kitchen & Bath. Zik dgr kedai houz ni murah kan. mereka pun ada jual brand rubine.. lpas tu tnyalah model rubine yg zil nak tu. harga mereka murah RM200 dr booth rubine tu. tp tiada free gift. Tp cam mn pula hubby zil bminat dgn brand rinnai tu. Zil pandang kat hubby. Rupanya hubby nak beli brand Rinnai. Harga beza banyak dgn Rubine. Hubby terus beli Rinnai.

Sampai rmh zil terus study pasal oven tu.. alaaaaaa function api atas sahaja xda.. nak buat kek lapis cam mn kan.. Zil cek catalog rubine yg 8 function pun xda.. huhuhu... nak tukar tinnai yg 10function tu mesti kna tambah bnyak duit lg.. pening2.. ingat nak pergi ke Houz depot tu. samada nak tukar atau tak. ataupun cancell oven. bolehla zil beli brand europa je ke.. lgipun h kami hanya byar deposit separuh je. sbb rumah pun lom dpt kunci lg.hihihi.

Oklah. suami zil dah balik tarawih. nak kena layan di dulu..


0 comments:

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket