REVIEW MAJLIS BERTUNANG

Selasa, 31 Mei 2011

Salam kawan2 semua,
Pa khabar pagi ni? harap2 semua sihat kan.. pagi ni tiba2 nak post review masa bertunang.. dah lama baru nak review.. dah kahwin baru nak review... sbnrnya zil tak tahu nak update apa.. nak update pasal kahwin gambar dan video tak siap lagi... ramai yg bertanyakan pasal mak andam zil masa majlis bertunang bila tengok gambar2 tunang zil dalam facebook..

Ni gambar makeup yg lebih jelas.. klik gambar utk nampak lebih besar ya... gambar ni belum edit lagi.. nampak zil ni cerah kan.. sbnarnya zil ni berkulit gelap..

Makeup masa tunang zil hanya kena bayar RM150 je termasuk aksesori (murahla kan.. sebab ni kat KL).. memang puas hati sangat2.. tak sampai setengah jam pun makeup dah siap.. zil memang tak da gambar sebelum makeup sebab kameraman zil datang lambat. Mak andam dah balik baru kameraman datang.. huhuhuh... skrg ni utk makeup saja RM250 sahaja. oklah tu kan. sebab puas hati sangat dengan makeup kak tie ni.. masa tunang tu kawan2 yg datang semua cakap muka zil lain.. memang nampak lain.. makcik2 zil pun cakap... diorang kata mcm nak kahwin pula..

Yg ni gambar zil yg tak bermakeup.. nampak lain ke? nampak sama je kan....Zil ni berkulit gelap.. tp masa tunang sebab dah makeup taklah nampak gelap.. tu yg zil suka sangat..

saja je letak gambar ni.. leh tengok makeup zil.. gambar ni belum edit lg.. zil sengaja letak gambar2 belum edit sebab biar kawan2 tau makeup asal macam mn.. kalau dah edit nampak menipu pula kan.. yg berdiri berbaju biru tu kakak zil..

Semenjak zil post berkenaan mak andam zil masa tunang tu, ramai yg mesej bertanyakan pakej mak andam tu.. sblum ni zil pernah letak pakej mak andam dalam entry sebelum ni kan.. leh klik kat sini.. tp pakej tu dah tak valid lagi... harga dah naik.. sebab permintaan terlalu tinggi.. dulu pelamin hanya ada beberapa jenis je, tp sekrg ni dah mcm2 pelamin. kerusi pengantin pun dah berbagai.. cantik2.. baju, jangan cakapla.. memang cantik2.. harga memang masih lagi rendah dibandingkan dengan butik2 lain. kpd yg berminat boleh bertanya terus ke kak tia..

Kak Tia : 019-6185078

Utk OP Zil pun dah cite sebelum ni kan.. zil amik ngan Dinyraof. Pakej gambar masa tunang RM350 sahaja.. murah.. oklah tu kan.. zil dapat banyak gambar (3kping 8R, 85pcs 4R, satu sticky album).. unlimited shoot lg.. dan lagi editing abg Suhaimi memang cantik.. zil ada membandingkan gambar2 yg diprint abg suhaimi (dah edit) dan yg tak diprint (belum edit).. abg suhaimi bukan edit gambar sehingga nampak lain.. yg abg suhaimi edit, mana tak cantik tu je.. contoh, edit muka yg berpeluh tu, edit kat dinding rumah zil yg nampak comot tu.. padam plug2 yg ada dirumah zil tu.. memang teliti la abg suhaimi ni..
Ni pula keadaan dalam rumah zil yg sempit.. Zil ni bukan anak orang kaya.. tinggal pun kat rumah kos rendah je.. rumah flat.. tengoklah rumah zil yg sempit tu.. tp nasib baik rumah zil dibahagian bawah... dan tingkap kat rumah tu ayah zil dah tebuk dan dibuat sliding door.. so, boleh terus keluar parking rumah.. kawasan situ memang rumah zil dulu yg buat sliding door mcm tu... jd kalau nak wat mkn dlam rumah memang sempit kan, kenalah sewa canopy utk mkn...


Plan nak sewa 1 canopy je masa bertunang.. cukupla sebab bukan ramai pun yg zil jemput.. belah lelaki pun tak ramai yg datang.. tp kebetulan masa nak bertunang ada kenduri kahwin kat depan rumah zil pada keesokan harinya.. canopy memang dah ada kat depan rumah.. jadi nak bayar je ngan tuan rumah pengantin tu.. kiranya berkongsi canopy la kan.. tp zil nak meja bulat besar dan kerusi bersarung(knp nak yg bersarung, adalah sebabnya..).. keluarga pengantin pula tak sewa meja bulat besar dan kerusi yg bersarung.. terpaksalah zil sewa dengan vendor canopy lain.. meja tu dan kerusi sarung tu dari pihak zil.. zil tumpang canopy pengantin, keluarga pengantin pula pinjam meja bulat besar dan sarung kerusi yg zil punya.. sama2 pinjam.. jimat...


Utk makanan pula, kawasan rumah zil tu memang hidup dalam bergotong royong.. jarang mereka2 kat situ amik catering.. jadi masa majlis tu tentulah jiran2 yg akan bergotong royong memasak... respons dari pihak lelaki, masakan masa bertunang lagi sedap dari masa berkahwin.. yup, memang zil akui.. masa bertunang tu, jiran sebelah rumah yg tolong masak.. jiran zil tu memang pakar memasak.. sebab tu sedap... masa kahwin tu org lain yg masak.. jiran tak dapat nak tolong sebab jiran zil semput nak masak banyak2.. dah tua katakan.


Majlis masa bertunang memang simple je... mini pelamin pun tak da.. sbnrnya nak amik mini pelamin tp disebabkan majlis bertunang dibuat secara tiba2 (dirancang dalam masa 3 minggu je) jadi tak sempat nak buat persiapan semua tu.. dan mini pelamin dari mak andam zil dah ada orang yg sewa.. nak DIY sendiri memang tak sempat la... walau mcm mn pun zil puas hati sangat2 dan happy sangat2 masa tu sebab dah jadi tunangan orang... Yg penting majls berjalan dengan lancar..

Bilik tidur pun simple je.. hias mana yg sempat.. Cadar pun guna yg sedia ada... cadar raya tahun 2009..


Yg sarungkan cincin masa bertunang tu mak mertua zil sendiri.. cincin merisik, tunang dan nikah semua pilihan mak mertua dan hubby zil.. zil memang tak masuk campur bab tu.. zil hanya beritahu mereka saiz jari zil je.. memang zil nak mereka yg pilih.. zil nak suprise tengok cincin tu masa disarungkan nanti.. tp zil suka sangat dengan pilihan mereka.. citarasa mereka sama seperti zil.

sempat lagi senyum pada OP..

Utk hantaran pula kami buat 11 berbalas 13.. sbnarnya nak buat 7 berbalas 9.. tp terlebih2 pula.. masa bertunang tu ramai pulak yg sponsor barang hantaran.. jadi yg zil beri pada pihak lelaki bukan 13.. ada dlm 20.. dan ada lebih2 lagi tu zil agih2kan kpd mereka yg datang... sebab zil memang tak sediakan doorgift masa bertunang.. tak terfikir langsung pasal doorgift.. jd pemberian dari jiran dan sedara mara tu yg kami agih2kan kpd mereka yg datang...

utk hantaran kita review lain hari ya...


tata...

2 comments:

nida-razak berkata...

mekap zil time bertunang mmg cantik sangat..fist time nida bukak blog zil,time tu da ada gambar zil bertunang, mmg nida ske sangat mekap tu, cantik..

ZiL berkata...

Nida.. TQ. makeup Nida pun cantik.. free lagi.... jimat duit.. zil pun nak free gak.. tp tak da yg berbakat dalam family zil.. hihihi.. nak harapkan zil, tangan keras...

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket