GAMBAR KAHWIN DAH DPT... MOOD HAPPY.

Rabu, 22 Jun 2011

Assalamualaikum...

Suka sngat tengok gambar2 kahwin Zil dari OP.. cantik2.. dalam CD banyak lagi gambar yg cantik2...puas hati sangat2... hari ni kita layan gambar dari story album dan magazine album zil je ya.. tak semua gambar zil upload.. sebab ada yg tak bertudung... zil baru perasan yg gambar ni semua baju color putih.. putih tu suci :) . Zil memang suka putih.. mlm berinai je baju bukan color putih... Click gambar utk gambar besar ya...

BaNdUnG - Part 1

Ahad, 5 Jun 2011

Assalamualaikum semua...

Sebenarnya dah lama nak post entry honeymoon kami ke bandung. Tapi tak pernah berkesempatan.. Kami tiba di ariport 2 jam lebih awal. Kalau nak naik flight ni memang kita kena ada di airport 2 jam lebih awal dari masa penerbangan kita. Setibanya di airport, kami check ini dulu.. Selepas itu terus je bergambar di sekitar KLIA. Ini wajib bagi Zil yang suka bergambar. Encik Suami layankan je karenah Zil ni...

Posing dulu.

besarkan beg yg kami bawa ni.. hihihi.beg ni kosong je. dalam beg tu ada beg lagi.. kami hanya membawa pakaian sehelai dua je.. niat nak beli baju2 disana je.. ini je yg kami bawa ke sana..


Sudah penat bergambar, kami berurut dulu dengan mesin urut ni.. Kami memang tak makan masa di Airport sebab kami tahu pakej ngan MAS ni dah include meal kan.. lepas berurut tu teruskan lagi hobby Zil yg suka bergambar, sampaikan kami dah terlupa masa penerbangan kami tinggal lagi 10 minit saja. Cepat2 terus menuju ke pintu masuk H6. Tiba2 kami terdengar nama kami disebut2.. hehehe.. Sorry sebab kami terlambat.. Sebenarnya kami mesti berada di pintu pelepasan 10minit sebelum penerbangan... walaupun nama dah disebut2, sempat lagi zil nak snap gambar.. hihihi..
Masa ni nama dah dipanggil, tapi sempat nak snap lagi.. hihihi..


Rupa2nya kami adalah org yg terakhir masuk ke dalam flight. Boleh? terus je cari tempat duduk.. ini adalah kali kedua naik MAS. Flight kami pukul 12.00tengah hari.

setengah jam penerbangan, kami telah dihidangkan makanan oleh pihak MAS.. sedap tau.... Nasi beriani.. Makanan Zil. zil tak sentuh pun kek coklat & coklat tu.. terus simpan dalam beg.. hihihi..

Kari ikan dan sayur campur.. ni makanan Hubby Zil. Mereka juga ada memberi jus minuman.. nak upload malas pula.. kami memilih jus guava.. nak refill banyak kali pun tak pa.. Zil dan Hubby banyak kali refill jus guava tu.. sedap..

bergambar dulu...

Kami tiba di Husein Sastranegara International Airport pada pukul 1petang (waktu bandung) waktu mereka lambat 1 jam dengan waktu di Malaysia.

Perjalanan mengambil masa lebih dari 2jam. Cuaca di bandung agak sejuk sedikit berbanding di Malaysia. kat sana, kami bergambar lagi..

tak boleh lepas dengan kamera... kat airport sini, kami kena beratur lama.. ada lebih kurang 1 jam agaknya. Sementara menunggu tu zil pergi tandas dulu.. selepas keluar dari Tandas, Encik suami beritahu yg sebentar tadi baru saja ada anjing di situ utk cek semua orang yang ada disitu.. hah??? nasib baik zil dalam tandas.. dahla zil ni nak sentuh kucing pun takut, ni pulak anjing. ada sorang melayu ni takut dengan kehadiran anjing ni terus nak lari, apa lagi, anjing tu naiklah ke badan dia.. adui, takutnya.. tanya ngan En Suami ada tak anjing tu kena kat badan dia.. dia kata ada, terkena kat seluar jean.. kena samak la mcm ni... Hish ada ke patut menggunakan anjing..

Dah lepas dari pemeriksaan kastam, terus la keluar dari pintu aiport. Keluar dari pintu aiport terus senyum sebab terlihat banner nama en suami.. hihihi. taulah kami tu adalah wakil pihak hotel yang datang menjemput kami di airport. nama pemuda ni Ryan. orang bandung ni cantik2 dan hensom.. tinggi2..


Setibanya di hotel terus je check in. Masa check in tu, kami disajikan dulu dengan jus minuman (*dah lupa jus apa).. Zil suka layanan di hotel ni. mereka begitu mesra dan lembut sekali dalam memberi layanan.. Oh ya, kami tinggal di Novotel Bandung. masuk bilik terus je bergambar lagi.. Zil hanya memilih bilik biasa je.. TAPI yg ni pun dah kira ok kan.. motif nak jimat duit. lepas tu rehat dulu.
Ingat tak entry zil sebelum ni. Zil ada beritahu berkenaan sedara zil di Bandung.. Ya, mereka la yang akan membawa kami berjalan2 di sekitar Bandung.. Tapi dalam perancangan tu hari kedua je.. hari pertama nak duduk di hotel dulu... Tapi rasa bosan je.. terus je call saudara yg ada di bandung. Ingat nak ajak mereka berjalan2 pada hari tu. Tapi, kami tak dapat nak hubungi mereka. dari kami sampai ke bandung sampai la ke malam, kami tak dapat nak hubungi mereka.. Zil dah mula risau. Kan zil dah tak jadi nak amik supir sebab saudara yang akan membawa kami jalan2.. setiap kali hubungi ia berbunya *no yang anda dail sedang sibuk sekarang ni. sila hubungi sebentar lagi. Zil dah mula kecut.. Zil pula lupa utk minta alamat saudara di bandung ni.

Ni adalah mkn malam kami. (mknn favourite zil), tapi tak habis sebab mood mkn dah tak da..

ni makanan abg..

Disebabkan tak dpt nak hubungi, Hubby ajak zil berjalan kaki ke shopping mall yg berdekatan dengan hotel. balik dari shopping mall, zil dah tak da mood.. sebab dari tadi tak dapat nak hubungi saudara di bandung tu.. no supir zil lupa nak simpan.. tiba-tiba hubby bersuara. "Syg, cuba syg call no ni, Pak Asip. ni no yg abg ambil dari kak Jue. kan kak jue pernah ke sini dulu. dia amik ngan Pak Asip. kita amik supir jelah.. kita call pak Asip skrg".. terus la zil call Pak Asip.. nasib baik Pak Asip masih boleh menerima kami walaupun booking last minute. muka kembali ceria... NASIB baik hubby ada simpan no supir.. hmm.. Sayang sangat kat hubby Zil ni.. Dialah penyinar hidup dan segala2nya bagi Zil..

Panjang lebar zil bercerita.. kita stop disini dulu.. sambung pada part 2 utk hari kedua..

*ops.. tertinggal satu entry ni.. ni penting.. kepada yg membuat penerbangan ke luar negara tu, masa dalam flight tu jangan lupa isi borang kastam. dan borang ke luar negara. itu wajib..
 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket