SAMSUNG S3 VS SAMSUNG NOTE

Rabu, 18 Julai 2012

As salam semua..
Dah lama zil menyepi dari dunia blogging ni..

Cite dah lama.. baru skrg nak posting.. actually, bday zil bulan 5. Zil tak da pun minta apa2 hadiah dr  hubby. Dipendekkan cite, zil dah lama simpan niat nak beli hand phone galaxy note.. memang dari dulu impikan note ni.. tp taula.. zil ni kedekuttt sangat nak kuarkan duit.. mengharap ada yg sudi hadiahkan utk zil sperti sblm ni.. tp harapan nipis sangat ni... mcm xda yg sudi hadiahkan.. hihihihi...

Percaya tak kalau zil kata, zil  tak pernah beli handphone utk diri sendiri..handphone2 yg selama ni zil guna semuanya hadiah hari jadi.. yg last zil guna sblum guna S3, handphone nokia(tak tahu model apa) hadiah bday sbulan sblm kami bertunang.. dan sblm tu juga zil guna hanphone N73 pemberian dr hubby juga masa bercinta2.. dan sblm N73 ni, handphone motorola hadiah bday dr seorang peminat (ceh ada juga peminat). dan sblm tu, mak ayah zil la yg belikan sebab zil masih belajar kan..

awal bulan 5 hari tu zil ada beli tablet android 7" kat groupon (seperti dalam gambar atas ni).. zil guna kad kredit hubby zil yg hubby zil bagi zil guna hanya utk isi minyak keta je.. if nak beli barang lain kenalah bayar sendiri.. sblm beli minta izin hubby dulu nak guna kad kdt dia ni.. zil nak sngt beli ni sbb nak beli note duit tak cukup.. beli ni pun jdlah.. asalkan leh guna internet kan.. niat zil ni hanya nak simpan resepi je dalam android tu..  1 week lepas tu, hubby call bagi tau hubby dah bayarkan kad kdt yg zil guna tu.. dia kata sbg hadiah harijadi.. wee. bestnyer..

mcm biasa kalau beli dlm groupon tu bukan 2-3hari baru dptkan.. sebulan lebih tau baru dpt.. tp, apa yg zil dpt tak sama dgn dalam specs yg ada dlm groupon tu.. mengamuk zil.. siap gaduh ngan orang tu dalam telefon.. dia kata sama je.. android 4.0.3.. memang la specs sama.. tp dalam tu kata black color. tp zil dpt grey color. dlm tu kamera kat tengah.. tp yg zil dpt kamera kat tepi bucu tu.. hish.. mcm dah tak da feeling nak guna.. terus zil wat complain kat groupon kata zil nak dpt balik duit zil. dan tak nak android tu..

lepas tu adik zil dengan besar hati nak beli android tu kat zil.. so, dengan senang hatilah zil jual kat adik zil.. hiiii... dan pada masa yg sama.. jelos sangat hubby zil dah beli S3.. huhuhu.. dlm hati nak juga dptkan note ni.. mesti dptkan juga.. hihihi.. terusla luahkan perasaan yg terpendam tu kat hubby dan minta maafla sebab dah jual hadiah harijadi tu.. hubby tak kisah.. dan hubby tau reasonnya... tp hubby tak sokong zil beli Note.. waaa... nak nangis ni.. dsbbkan zil dah jual android tu, zil bagilah duit tu semula ke hubby zil..

Handphone Idaman..
lpas tu....dpt hadiah lagi dr hubby.. SAMSUNG S3.. gantikan hadiah android yg terjual tu.. hiiii... knp S3.. nak note.. memilih kau ya zil.. tak pernah bersyukur dgn apa yg kau ada ek.. tp tak pe.. Bukan pa dr dulu suka note sebab besar.. best sikit tengok internet ke, main game ke, tgok gambar ke.. kan kan kan...

tp bila dah pegang S3, rasa tak menyesal.. sebabbb.... ada dropbox 50GB.. zil ni kan suka simpan gambar2, resepi2 dalam komputer..gambar2 tu semua zil move ke dlm fail dropbox.. so, automatic zil leh tengok dlm handphone zil gambar, video semua tu.. dan lagi yg best bila zil tangkap gambar guna S3, automatic gambar tu ada dlm komputer zil.. tak yah nak guna kabel semua tu... best, best, best.. zil pun leh sbeam ngan hubby zil..  TAPI dalam hati nak juga ada satu Note.. tak pe tunggu Note 2 keluar.. (mcm ada je note 2 kan)..
Ni handphone S3 hubby zil.. smart je tengok casing hubby zil ni..  (abaikan tangan hubby zil tu ya)..
Ni dia hadiah bday zil tahun ni... S3.. susah sangat nak cari aksesori S3 ni.. seminggu tak guna handphone ni sebab handphone zil warna putih.. takutla kotor tak da casing dia.. cari merata tempat tak da jual lagi.. last2 jumpa kat ipoh.. tp yg original je.. dan lagi S3 ni guna micro simcard. simcard zil ni lak atas nama hubby.. zil tak leh tukar simcard biasa ni ke micro simcard kat celcom tanpa hubby. so, kenala tunggu seminggu hingga jumpa hubby zil. dan barulah zil dpt guna hp ni.. seminggu tau dlm kotak hp ni.. TQ syg.. Syg bersyukur sngat2 dpt jadi isteri abg..
 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket