BANDUNG - PART 2

Isnin, 26 September 2011

Salam semua...
Zil memang terlupa nak update part bandung ni.. baru skrg terhegeh2 nak update...

Pada hari kedua ni.. kami ambil supir sebab masa part 1 tu, zil ada cite yg zil tak dpt nak hubungi saudara zil yg di Bandung tu.. so, pagi2 tu kami sarapan dulu sementara menunggu pak supir datang.. sarapan di Hotel Novotel tu memang sedap2... tengok tu kami ambil banyak makanan.. tp tak habis pun.. membazir je kan.. kami pilih meja di luar.. nak hirup udara segar di bandung.. memang cuaca di bandung agak sejuk berbanding di Malaysia..
Muka yg semakin bulat.. dan semakin gelap rasanya pada masa ni...
Hubby tetap hensom di mata zil..

Inilah dia pak supir kami.. kalau nak gi bandung tu, ambillah pak sulaiman ni.. dia ok..boleh bagi pendapat pada kita... harga pun murah je.. bila dia dah rapat dengan kita.. dia dah anggap mcm kita ni saudara dia.. sebab pa tau.. tu nanti zil cerita kemudian ya pada part 3...

Hari kedua ni plan kami nak ke pasar baru.. nak shopping la kan.. ramai yg kata, kita orang ni nak honeymoon ke nak shopping.. tujuan asal memangla nak honeymoon.. tp bila dah pilih nak ke bandung, bertukar jadi shopping pulak.. pagi2 tu bila dah sampai ke pasar baru.. kami jd blur sikit.. tak tahu tujuan apa kami ke situ.. nak beli apa??? sebab kami berdua ni memang tak pandai tawar menawar.. dah la kami berdua je.. so, pergi lah ke bahagian telekung dahulu...

rasanya mcm menyesal pula ke pasar baru.. memang dengr kata murah.. tp bagi zil masih lagi mahal.. tengah tawar menawar tu, hp berbunyi.. rupanya saudara yg di bandung tu call.. suka zil tau.. saudara zil rupanya pergi mencari zil ke hotel.. tapi saudara zil tak tahu nama hubby zil.. dia cari guna nama zil.. memangla tak da dalam list hotel tu.. sebab atas nama hubby zil.. so, zil beritahula yg zil dah ambil supir. nama saudara zil tu kak ati.. zil sebut kak ati je lah ya.. zil suruh kak ati tu pergi ke pasar baru.. zil tunggu kak ati di pasar baru je..

ha kau.. zil memang tak pernah jumpa kak ati tu.. dan kak ati pun tak tahu muka zil mcm mn.. tp kak ati dapat cam zil sebab ada iras muka kakak sepupu zil yg lain.. amboi tengok lah gaya kak ati tu.. mcm artis... malu zil.. sebab zil ni simple je.. yg berbaju kuning tu la kak ati.. kak ati ni umur dah nak masuk 40.. tp nampak muda lagi kan.. memang orang bandung ni awet muda... mereka kuat mkn jamu.. tengoklah siapa yg paling muda.. nampak mcm kak ati tu lagi muda dari zil..
Walaupun zil tawar menawar bersama kak ati ni.. tapi bagi zil harga di sana masih lagi mahal.. adakah sebab kami ni memang tak pandai tawar menawar... tp zil beli la juga utk dibuat ole2 bagi keluarga di Malaysia kan..

Lepas je shoping2 kami mkn.. sebab dah lapar..

sebab dah lama tak update.. zil dah lupa nama menu yg kami ambil ni.. tp memang sedapla bagi zil.. lagi2 minuman.. jarang kita jumpa minuman yg dijual di bandung ada di Malaysia tau... kalau ada pun mesti mahal.

Lepas je makan, kami terus ke toko tiga.. Toko tiga ni tempat barangan branded macam jeans levis yg original... pergi sana.. memang penuh dengan orang Malaysia.... zil pun rembat la sehelai jeans je.. hubby pun rembat sehelai juga.. sebelum ke bandung, pernah tanya budge ngan kawan2 yg dah pernah sampai ke bandung. mereka kata bawa RM1500 dah cukup utk shopping kat sana.. tp kami bawa RM1750 (RP5juta).. hotel dan flight memang dah bayar awal sebelum kahwin lagi.. RP5juta tu kami bahagikan utk 5 hari.. contoh.. kalau hari pertama tu, kami budget memang nak stay hotel je.. lepas tu utk mkn je.. so budget utk makan dalam rupiah tu hanya RP100K je.. mungkin itu pun dah lebih agaknya kan... utk hari kedua kami budget dlm RP1.5juta je.. sebab nak lebih shopping katakan.. jadi duit yg lebih tu memang kami tinggalkan di bilik hotel.. TAKUT nak bawa duit banyak2 ni... TAPI kan.. duit yg kami bawa hari kedua ni memang terlebih budget.. Jadi di toko tiga kami gunakan kad kredit je.. *Di bandung ni tak semua tempat boleh guna kad kredit tau.. di pasar baru, zil sarankan JANGAN guna kad kredit.. tp di toko tiga tak pe.. dan lagi guna kad kredit lagi murah dari buat pertukaran wang asing di sana..


Lupa nak beritahu.. janganla kedekut sangat tau bila di sana.. di sana kena sering bagi tips tau.. masa kat toko tiga tu, bagilah duit mkn utk supir..apa salahnya kan.. suruh dia pergi mkn dulu ke.. kecian dia menunggu kita lama kan..
Lepas tu, kami berjalan2 di jalan dago.. beli la sehelai dua tshirt.. huhuhu.. penat rasanya... lepas tu kami pergi makan di restoran Sambara. Makanan orang sunda... masa kat pasar baru tu makanan orang padang.. ayam2 kat sana kecil2... ayam kampung.. mcm belum cukup utk membesar, mereka dah sembelih agaknya.. hihihi...
orang bandung ni lembut2.. cantik2..

kat restoran ni kami hubis dalam RP300k++ utk 6 orang.. boleh la kan.. kira murah la.. Jangan lupa ajaklah sekali supir tu makan.. kadang tu mereka taknak.. mungkin mereka malu.. tapi kita ajak juga supir tu mkn sekali.. ..

Majoriti, makanan kat sana memang kena dengan tekak zil.. lepas tu, dah penat.. baliklah ke hotel.. ni dia kami shopping utk hari kedua...



OFFICIAL - RECEPTION

Rabu, 21 September 2011

Salam semua,
Dah lama rasanya zil tak update blogs.. kat office banyak kerja.. bila dah hujung tahun mcm ni, mulala office zil bz.. Entry kali ni zil nak tunjuk hasil kerja Arezeo masa wedding zil.. bagi Zil, memang lebih puas hati dari duit yg kita keluarkan.. sbnrnya dah lama zil terima DVD dari Arezeo.. tp tak da masa nak upload dalam blogs. lagi2 zil ni bab2 komputer tak pandai.. zil tak tahu nak convert DVD ke video cam mana. dan lagi2 size yg besar nak kecilkan pun tak tahu.. baru semalam tergerak nak belajar mcm mn nak convert DVD ke video ni.. ni zil dah resize ke low quality.. jika lihat yg asal, memang cantik hasilnya..


video


Ni highlight sanding yg pertama.... zil suka dengar wish dari kawan2 dan ahli keluarga.. kalau tengok DVD yg unedit (full version) memang ramai yg wish.. takkan nak masukkan semua wish dari diorang kan.. so, arezeo pilih secara rawak je. zil pun suka tengok video yg full version.. kadang tu sampai tergelak2 tengok karaoke diorang.. happening sangat2.. mak ayah zil pun suka.

HIGHLIGHT - SOLEMNIZATION

Salam semua,
Hubby zil malu kalau zil buka video ni.. hubby zil tak suka nak tengok.. malu katanya.. video akad nikah ada 2 highlight.. ni yg pertama.. yg kedua zil susah nak upload.. terlalu besar sizenya walaupun dah dikecilkan..yelah, masa highlight kedua tu 12minit.. dlm highlight kedua menceritakan detik perkenalan kami hinggalah perancangan honeymoon dan anak.. sebab highlight kedua tu arezeo ada menemuduga kami berdua secara berasingan.. kami memang tak tahu yg arezeo akan temuduga kami mcm tu.. mcm2 soalan ditanya.. jawapan pun spontan.. tak tahu nak cakap..


video
 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket