BUDAYA KAHWIN ORANG BAWEAN (BOYAN)

Isnin, 31 Januari 2011

Assalamualaikum....

Nampak tak tajuk tu.. Orang boyan.. So, kepada sesiapa yg tak berminat atau tak suka sila out dari blogs saya ni ya... Zil adalah keturunan Boyan.. Mak Ayah Zil orang sana tp sudah jadi Warganegara Malaysia ya... Walaupun keturunan Indonesia, Zil bangga jadi Anak Malaysia... Dan lagi satu, Zil memang tak pandai bercakap bahasa boyan dan kurang faham bila ada orang boyan cakap boyan dengan Zil.. hehehehe....

Disebabkan Zil ni keturunan seberang, sedikit sebanyak Zil kena ikut budaya sana.. Tp Zil rasa ni bukan adat, tp orang boyan yg tinggal di Malaysia sudah jadikan macam satu budaya pula... Utk majlis perkahwinan kebiasaannya malam berinai besar mesti ada... masa malam berinai besar lebih kurang 300++ tetamu akan hadir.. Dan mereka2 ni akan dihiburkan dengan budaya2 orang bawean.. salah satunya seperti kercengan...
video
Ni video kercengan orang boyan.. Unik dan menarik.. terdiri daripada adik2 yg berusia 18 tahun ke bawah..

Selain tu, Zamrah juga ada.. Dahulu Zamrah ni popular sebelum kemunculan kercengan.. skrg ni disebabkan kercengan dah popular, Zamrah mula menurun.. Zamrah ni juga best dan unik.. Dulu Zil juga adalah salah sorang ahli kumpulah yg mainkan Zamrah ni.. Zil ni pemukul kompang.. sambil pukul kaki kena gerak seperti menari ya.. mula2 main memang tak biasa.. asik salah pukul je.. mana tak semua anggota kena gerak.. mulut pun kena gerak sebab kena nyanyi sambil pukul kompang...


video


Sekarang ni di kawasan rumah Zil, Tung tung pula lebih popular.. kebiasaan tetamu yg hadir pada malam berinai tu pasti menantikan hiburan Tungtung dari kumpulan remaja Taman Setia Balakong.... Tung Tung ni lebih kepada hiburan lawak2 ya.. memang best.. pasti menggelikan hati tetamu yg hadir pada malam tu... Zil pun suka tengok tung tung... Zil tak da contoh video utk tungtung.. tungtung ni hanya di kawasan rumah Zil je... tempat lain rasanya tak da.. Peralatan Tungtung lebih kepada peralatan seperti orkestra ada piano, gitar, seruling dan lain2.. tp lebih pada lawak.. penghibur kadang akan bergaya seperti seorang wanita walaupun mereka tu lelaki.. Bila ada contoh video, Zil akan upload ya...

gambar di bawah ni pula salah satu hiburan orang boyan iaitu Hadrah.. Selain dari hiburan seperti ni, ada juga keluarga pengantin hanya membuat pertandingan karaoke pada malam majlis berinai tu..
Hadrah dari Indonesia..

Kebiasaannya malam berinai akan habis sampai pukul 12malam.. Kaum boyan ni tidak seperti kaum melayu.. Dimana pengantin akan duduk bersanding pada malam tu dan ditonton oleh lebih 300 orang... Utk majlis Zil nanti, Zil tak tahu samada Zil akan hiburkan tetamu dengan persembahan karaoke atau pun kercengan.. Jika Zil amik Karaoke, budget rendah sikit.. Tp Zil suka hiburan tungtung.. tp tungtung ni hanya 2jam sahaja. manakala malam berinai ni start dari pukul 8 sampai pukul 12. mak Zil kata nak amik tungtung kena tambah kercengan.. Waa... budget sudah lari.... tp belum decide lagi.. kena wat keputusan cepat ni..

Budaya orang boyan ni sumer ikut kemampuan keluarga ya.. tak wajib. ia hanya utk memeriahkan majlis saja. Tapi majoriti hiburan ni di kawasan rumah Zil selalu ada pada majlis malam berinai.. Nanti ada masa Zil akan update lagi tentang budaya kahwin orang boyan.. banyak lagi yg unik dan menarik dalam budaya orang boyan ni...

39 HARI LAGI

Ahad, 30 Januari 2011

Assalamualaikum..
Semakin berdebar2 rasanya bila melihat angka tu... waaa.. banyak persiapan lom buat lagi ni. smlm dan kelmarin (Sabtu & Ahad) berjalan dari pagi sampai malam sebab nak cari banyak barang yg belum beli lagi... Dah terasa tertekannya di kepala ni, penat semua ada... nilah kesannya bila last minute nak cari dan beli semua barang dalam satu masa..

Dalam masa tinggal 39 hari ni, perasan bengang pun ada.... bengang sangat2 dengan kata2 orang disekeliling kita.. Zil bukan pa.. kawasan perumahan Zil ni tak mcm kawasan luar.... org2 kg Zil ni cerewet sikit ek.. utk doorgift mereka lebih suka kita bagi mereka sabun mandi je DARIPADA kita bagi BARANG2 HIASAN seperti cawan, kipas, lilit dan lain2 lagi yg seangkatan dengannya... Nak dipendekkan cerita Zil dah terbeli Hiasan utk mereka2 ni... Uwaaaaaa.. rasa nak nangis je bila dah ada yg mula bercakap bila tau Zil nak bagi barang tu.. mereka kata MENGAPA Zil beli barang tu???? Sakit hati tak? Bagi Zil tak kisah.. tp Zil kecian tengok Mak Zil... Zil tengok air muka mak Zil rasa menyesal pulak... Mak pun cakap yg dia menyesal beli barang tu... Mengapa ya, mereka buat benda yg tak wajib DIWAJIBKAN... takkan Zil nak pergi tukar pula dengan barang lain.. MANA BOLEH kan... takkan Zil nak tambah barang lain lagi.. MANA BOLEH... sebab budget semua dah lari.. barang tu bukan murah kita beli... Bila difikirkan, jika ikut kan sangat cakap orang kg ni, memang takkan dapat kita ikut sepenuhnya.. lain org, lain citarasa kan.. BUKAN semua org mcm tu... En Tunang pun cakap, biarlah mereka.. jangan ikut cara mereka...

Pelamin pun family Zil belum start buat lagi ni.. sempat ke ni... Risau pulak rasanya... mlm ni baru nak jumpa ngan mak andam.. banyak benda yg lom settle lagi ni.. kain utk pelamin pun belum beli lagi... ikutkan nak sewa je ngan mak andam.. tp mak andam tak da pelamin yg kita nak.. so, terpaksala family buatkan.. kayu2 semua dah kumpul. design dah ada.. tp tak mula lagi..

Smlm gak Zil try contact lense.. sebelum ni memang Zil tak pernah pakai Contact lense.. tp mak andam Zil galakkan Zil pakai contact lense.. Masa servey contact lense tu, tryla pakai yg sample.. hampir 1 jam baru boleh pakai.. BANYAK SUSAH nak pakai contact lense ni.. sampai merah mata dibuatnya.. bila dah pakai, nak buka balik pun susah.. mata ni asik nak berkedip je walaupun dah di tahan... huahuahua.. siap kena gelak ngan mak dan kakak sepupu lagi... cam mn nak pakai masa kahwin nanti... merahla mata.. Zil ni rabun.. kalau tak pakai contact lense, takkan nak pakai specs.. mana cantik.. kalau tak pakai specs mana nampak... mereka kata Zil kena biasakan pakai seminggu sebelum kahwin.. ha???? smlm ada org bantu nak pakai.. if Zil nak pakai sebelum kahwin, siapa yg nak bantu pakaikan... siapa nak bukakan???

Semalam juga baru nak cari baju utk ayah dan adik lelaki Zil. Tp tak da.. terpaksa beli kain dan hantar tempah ke Dzull Classique.. tu la.. knp semua benda nak wat last minute... check list dah ada.. tapi tak pernah rujuk pun... Baju utk penyambut tetamu pun semalm juga baru beli.. BANYAK SUSAH mau cari itu color GREY.. huaa... rasa menyesal pula pilih color tu sebagai tema... Sudah sebulan mencari baju Melayu siap color grey utk penyambut tetamu. Zil nak lebih kurang 10pasang.. tapi apakan daya.. sekarang ni bukan musim raya, memang susah mau cari itu baju... pergi KL, Kajang, Nilai semua tempat cari tak da... takkan nak tempah... sempat ke diorang nak tempah... terpaksa tukar plan cari baju batik gantikan baju melayu.. Baju batik Grey pun susah nak cari.. if jumpa pun tak da sampai 10 pasang... huhuhuh.. yg ada pun sehelai dua je... Terpaksa tukar plan lagi.. tema white grey terpaksa jadi 3 color white grey meroon... hahahaha... sebab pa tau.. baju batik warna meroon memang berlambak.. banyak... tp tak da satu corak sampai 10 pasang.. terpaksa amik 2 corak... so, TEMA Zil White+Grey+Meroon..

Disebabkan tema dah jd 3 color, paper bag Zil beli 2 color.. Silver dan Meroon.. mahalnya paper bag.. RM12/10pcs.... hari tu pergi Nilai Zil pun cari la Carpet color Meroon+Grey+Black utk di letakkan dalam Bilik.... dapat pun tp harganya bagi Zil mahal..knp ramai org kata Nilai lagi murah dari KL.. tp Zil tengok KL lagi murah dari Nilai... Utk hiasan katil pula, cadar Zil dah color putih+silver, Zil akan hias seperti gambar di bawah ni...
Credit to En Google..

Oklah.. panjang lebar pulak cite... Dada....

8 Panduan Langsing Menawan di atas singgahsana impian

Khamis, 27 Januari 2011

Lakukan enam bulan sebelum majlis berlangsung... Pasti kita berasa bangga tatkala orang terdekat memuji kelangsingan tubuh kita. Lebih-lebih lagi menjelangnya hari bahagia sama ada majlis pertunangan ataupun perkahwinan. Bukan mudah untuk menurunkan berat badan dan bukan susah juga untuk berat badan kembali meningkat. Situasi ini seringkali meresahkan anda yang bakal melangsungkan pertunangan atau perkahwinan tidak lama lagi. Oleh yang demikian, beberapa bulan sebelum menjelangnya hari bahagia anda, apa kata anda buat senarai semak untuk rahsia pelangsingan yang betul.

1. Ukur berkala
Jadikan pita pengukur dan buku nota sebagai rakan karib anda. Sebelum memulakan aktiviti riadah, ukur dahulu fizikal anda. Bermula dengan ukuran berat badan, lilitan pinggul, dan lengan, anda catatkan ukuran fizikal sebelum dan selepas melakukan aktiviti. Lakukan ukuran badan ini sebagai rutin harian supaya anda boleh mengetahui perkembangan sama ada aktiviti yang anda lakukan itu berhasil ataupun tidak. Jika teknik ini berkesan, pasti si dia akan tersenyum lebar melihat perubahan anda itu.

2. Atur pola makan
Hari bahagia anda semakin hampir. Namun, berat badan yang diingini masih belum menjadi realiti. Jika mahu mengurangkan berat badan, anda harus mengubah pola makanan. Kurangkan makan makanan yang berlemak, makanan yang manis, karbohidrat, dan juga air berkarbonat. Gantikan pola makanan anda dengan makanan yang versi rendah lemak. Contohnya, jika anda sukakan yogurt, cuba amalkan yogurt rendah lemak ataupun yogurt kurang manis. Perubahan pola makanan yang konsisten ini mampu menjadikan tubuh anda langsing sehingga tibanya hari bahagia itu.

3. Seimbangkan keluar dan masuk
Ada kalanya anda berasa gembira setiap kali melihat nombor pada penimbang. Jika anda berjaya menurunkan berat badan, tidak semestinya anda boleh terus mengulangi tabiat pemakanan yang dulu. Seimbangkan kadar kemasukan makanan dengan kadar pengeluaran. Bagi anda yang gemar makan dalam kuantiti yang banyak, pastikan aktiviti yang dilakukan juga banyak supaya semua kalori dan lemak yang masuk akan terbakar. Jika mahu tampil langsing di hari bahagia,
anda haruslah berkorban sedikit dan jangan rasa malas. Sudah tentu anda tidak mahu badan kelihatan menggeleber ketika mengenakan busana pertunangan atau perkahwinan nanti. Jadi, ubahlah sekarang.

4. Kawal perasaan
Perasaan kadang-kadang boleh menjadi rakan karib atau musuh. Rasa marah, gembira, sedih, semuanya berada di dalam fikiran. Begitu juga dengan perasaan kenyang dan lapar. Kawal perasaan anda untuk makan terutamanya makan makanan ringan ketika menonton televisyen. Jika bakal-bakal pengantin di luar sana yang gemar makan coklat ketika marah, anda harus tinggalkan tabiat tersebut. Kawal perasaan anda dan cuba lakukan aktiviti lain ketika berasa marah.

5. Buat catatan
Seperti yang diperkatakan tadi, jadikan buku nota sebagai rakan karib anda. Selain membuat catatan tentang ukuran badan, apa kata anda catat manu makanan yang anda makan. Dengan cara ini, anda akan tahu punca perubahan berat badan dan anda boleh mengetahui menu makanan mana yang boleh
menaikkan berat badan. Catatan ini boleh dilakukan setiap hari dan jika tidak mempunyai masa, buatlah beberapa bulan sebelum tibanya hari bersejarah anda. Jadikan tubuh langsing sebagai salah satu ‘target’ anda pada hari bersejarah dalam buku catatan tersebut supaya anda akan ingat setiap kali membukanya. Tentu anda seronok jika ‘target’ itu menjadi kenyataan.

6. Bersenam
Jangan rasa malu atau malas untuk bersenam. Jadikan senaman sebagai rutin harian atau pada hujung minggu anda. Anda tidak perlu pergi jauh untuk bersenam. Cukup sekadar di rumah, impian tampil langsing di hari bahagia boleh menjadi kenyataan. Jadikan halaman rumah, tangga, ruang tamu, dan lain-lain sebagai tempat untuk anda mengeluarkan peluh. Selain dapat menjaga bentuk tubuh, bersenam juga mampu meningkatkan stamina dan kelihatan bertenaga. Seri pengantin anda pasti terserlah jika anda mempunyai tenaga dan stamina yang kuat.

7. Lakukan secara berpasangan
Hari bahagia akan kunjung tiba namun semua usaha untuk kekal langsing seperti tidak berkesan. Jangan cepat putus asa. Cuba anda lakukan teknik ini. Jika anda malas untuk melakukan aktiviti riadah secara berseorangan, carilah teman supaya anda lebih bersemangat untuk beriadah. Ajaklah bakal suami anda untuk beriadah bersama-sama supaya si dia dapat menyokong usaha anda itu. Cara ini bukan sahaja dapat memberikan tubuh anda sihat, malah hubungan antara anda dan bakal suami menjadi lebih erat. Jadikannya sebagai hobi atau aktiviti hujung minggu supaya kedua-duanya akan tampil sihat dan ceria di hari bahagia.

8. Air putih
Ramai yang tidak tahu akan kepentingan air putih. Bagi bakal-bakal pengantin, air putih sangat penting kerana bukan sahaja boleh membantu mengekalkan bentuk badan, malah air putih juga mampu mencantikkan kulit anda menjadi halus mulus. Bagi anda yang gemar minum air manis, cuba atasinya mulai sekarang. Bukan sahaja untuk hari bahagia anda, tapi fikirkan untuk jangka masa yang panjang.

Source : Pesona Pengantin.

Petua penting untuk bakal pengantin baru

Assalamualaikum,

Zil nak share something yg penting utk bakal pengantin baru.. Zil dpt INFO ni dari Pesona pengantin...

Petua penting untuk bakal pengantin baru
Khasiat herba sememangnya sudah diketahui sejak dahulu lagi. Herba mempunyai 1001 rahsia yang masih belum diterokai. Khasiat herba ini sangat sesuai untuk bakal-bakal pengantin yang ingin kelihatan segar dan sihat menjelangnya hari persandingan.

PETUA WANITA

Petua menegangkan payudara
Payudara yang kendur kadang-kala meresahkan hati bakal-bakal pengantin. Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapu dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam atau agak layu, tekapkan daun sirih tersebut pada
payudara anda dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu. Payudara yang kendur kembali tegang selepas anda mengamalkan petua ini.

Petua untuk keputihan
Masalah keputihan sering terjadi pada sesetengah wanita. Keputihan yang banyak dan kadang-kala berbau boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Bagi bakal pengantin yang mempunyai masalah ini, cuba petua ini untuk menghilangkan masalah keputihan. Mandi dan basuh bahagian intim anda dengan air rebusan sirih selama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan. Amalan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan.

Petua mengurangkan air pada bahagian intim
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat, dan gaulkan dengan minyak bijan. Kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia dipercayai dapat mengurangkan air pada bahagian intim. Nescaya lebih nikmat malam anda.

Petua untuk masalah haid
Masalah haid yang tidak teratur, aliran haid yang banyak, dan lain-lain merupakan masalah haid yang dialami oleh wanita. Masalah haid ini boleh membantutkan kehidupan seharian sesetengan wanita. Bagi wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan dan mempunyai masalah haid, amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu. InsyaAllah masalah haid akan berkurangan.

Petua mengatasi ketiak hitam
Ketiak merupakan bahagian yang kadang-kala dilupakan. Kesannya, ketiak akan menjadi hitam dan berbau kesan pembiakan kuman akibat peluh. Bagi bakal pengantin yang sedang mencari-cari jalan penyelesaian bagi menghilangkan ketiak hitam, cuba petua ini. Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta digosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau.

Petua mengatasi perut buncit
Perut yang buncit dan menggeleber seringkali menjadi igauan wanita. Jika bakal pengantin tidak mahu tampak buncit semasa hari persandingan, ada petua untuk mengatasinya. Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil mendapan air tersebut dan campurkannya dengan air perahan sebiji limau nipis. Amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Perut yang buncit akan kembali nipis.

PETUA LELAKI

Petua nikmat kepada isteri.
Bagi kaum lelaki yang ingin kelihatan bertenaga pada malam pertama anda, cuba amalkan petua ini. Ambil terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sireh bertemu urat, dan minyak bijan. Kemudian, tumbuk sehingga lumat dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Apabila hendak bersetubuh, sapukan pada bahagian intim anda, maka isteri akan nikmat. Mungkin ia adalah malam yang tidak akan anda lupakan.

Petua menguatkan alat kelamin
Masukkan kunyit, kapur sireh, opium sebesar kacang hijau, dan pati santan kelapa ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Minum sebelum anda bersetubuh. Bahagian intim lelaki akan bertambah kuat dan memperbanyakkan air mani. Jadikannya sebagai amalan supaya anda dan isteri mencapai kepuasan yang diinginkan.

CANOPY MURAH

Assalamualaikum...

Disebabkan majlis Zil buat kat rumah, dah tentu2 Zil kena sewa canopy kan.. Canopy Zil dah booking awal bulan 7 hari tu.. yelah, takut sebab majlis Zil masa cuti sekolah, kang tinggal yg buruk2 je utk majlis Zil nanti kalau lambat booking.. Utk Canopy, Zil sewa 8canopy. 1 canopy utk pelamin dan 7 canopy utk tetamu dan kemah pengantin.. Untuk Canopy Zil ambil Arabian 20"x20". Ciri2 canopy yg Zil ambil simple je... hanya pelamin dan kemah pengantin sahaja yg ada underlayer & chandelier.. 3 kemah semua kerusi banquet bersarung. semua ni RM2400. utk red carpet pula Zil hanya perlu tambah RM200 utk 100kaki. mahal ke murah??? hmmm.. bagi Zil mahal kot.. sebab....

Sebabnya baru2 ni jiran Zil baru je buat bisness canopy.. tau tak jiran Zil charge berapa??? RM200 utk satu set canopy Arabian 18"x18" sekali dengan scallop, 40kerusi dan 5 meja bulat..murah tak??? canopy tu semua baru2... cantik lagi.. if nak canopy VIP hanya RM360 sahaja (termasuk underlayer, chandelier, kerusi bersarung+riben). teramatla murah... tp tu harga utk area rumah Zil la.. sebab jiran Zil tak perlukan transport utk bawa barang2 tu semua di kawasan rumah Zil dan dia juga tak perlukan banyak masa nak pasang canopy tu semua... kat luar maybe beza RM50.00 je satu canopy.. waaaaaa.. rasa menyesal tau sebab dah amik kat orang lain awal2..nak cancel mn boleh, sebab dah bayar...

Kpd yg masih nak mencari canopy dengan budget yg murah, ambillah dengan jiran Zil ni..... canopy dia cantik2 sebab masih baru... Selain tu, jiran Zil ni juga seorang mak andam... pakejnya juga murah... RM1100 di area rumah Zil dan dia akan buat pelamin ikut kita cakaplah nak mcm mn, dia akan cuba buatkan.. mungkin kat luar harga dia lebih sikitlah..dan baju ikut kita nak berapa banyak.. 10 baju pun boleh.. harga tetap sama. harga tu termasuk 2 kali makeup (malam berinai dan sanding).
Ni salah satu contoh pelamin yg jiran Zil buat.. cantikkan... pelamin ni bawah canopy.. canopy tu pun dia punya...

Selain dari tu juga, jiran Zil kata kalau kita amik full pakej (canopy+andaman) dia akan bagi free persembahan nasyid dari kumpulan adiknya selama 2 jam kot.. ha.. adik jiran Zil ni tubuhkan kumpulan nasyid budak2 kecil... memang sedap dengar suara2 mereka... lagu2 mereka nyanyikan juga sedap......

BUDGET KAHWIN

Selasa, 25 Januari 2011

Assalamualaikum...

Semalam Zil gi econsave dengan mak... Memang dah lama Zil nantikan perayaan Tahun Baru Cina ni... tibalah masanya semalam pergi survey harga barang yg zil nak beli dari dulu lagi.. Air Kotak... hihihi...

Sbnrnya zil memang nak beli air kotak utk wedding zil ni dan nak dipendekkan cite, smlm zil gi beli air kotak dengan harga yg sangat murah dan kena pada budget Zil.. seblum ni, kawan pernah beri tips if nak beli air kotak beli pada musim tahun baru cina.. kawan zil kata, time mcm ni memang murah... Memang betulla, sebelum ni zil gi survey harga air kotak dalam lebih kurang RM18/24pcs. smlm Zil beli kat econsave hanya RM10.45/24pcs... banyakkan beza... Apa lagi rembatla banyak2.. tp bila sampai kaunter je, ada limit pulak.. 2 perisa utk 1 customer sahaja.. uwaaaa.. sib baik bawa mak... so dptlah banyak sikit.. petang ni nak gi serbu econsave lagi.. bawa la rombongan sekali ke situ.. hihihi...

Kepada b2b yg rasa nak beli air kotak utk majlis nanti, masa nilah yg sesuai utk kita beli..sebab harganya jauh lebih murah dari hari biasa....

MAK ANDAM

Ahad, 23 Januari 2011

Assalamualaikum w.b.t...

Entry kali ni, Zil nak cerita pula tentang makeup zil masa kahwin nanti... hihihihi.. tak lain tak bukan mestilah Zil ambil mak andam yg sama makeupkan zil masa Zil tunang dulu... Nak tahu tak pakej yg dia beri tu... tengok di bawah ni ya...

Pakej Andaman
1. 2x makeup
2. 6 pasang baju (baju sanding, gown potong kek, mlm berinai dan persalinan)
3. pelamin roman 6 tiang (nak tau pelamin mn satu, leh tengok pelamin dalam entry zil sebelum ni.. ) atau pelamin 3panel (buat kat dewan pun boleh)
4. kerusi (jika nak kerusi mawi kena tambah RM100)
Harga : RM 1,600 sahaja...

Ha, macam mn? murah tak pakej yg di tawarkan tu... amat2la murah.. baju2 pengantin yg disediakan memang cantik2... rambang mata Zil tengok.. lepas tu kalau nak tambah sepasan baju lagi hanya tambah RM50.00 sahaja. dan lagi akak ni akan datang makeup ke rumah kita tau... Ok, jika berminat boleh la contact akak ni.. Zil panggil kak Tia je... Kak Tia ni memang tak da website ya... berminat call dan datang ke rumah dia.. (019-6185078) tp appoinment hari Isnin - Khamis sahaja.. Jumaat - Ahad dia dah bz mengandam... Untuk andam dia akan datang terus ke lokasi kita...
Ni adalah hasil makeup dari Kak Tia...

Ni adalah gambar jiran Zil kahwin amik pakej ngan kak tia...

Dah ramai kawan2 zil amik pakej dengan kak Tia ni.. betul... Zil tak tipu... Kawan2 zil kata, mereka terpikat ngan hasil makeup kak tia masa makeupkan Zil tunang dulu.. dan pakej dia memang murah... makeup masa tunang RM150.00 sahaja termasuk aksesori dan termasuk transport dari Rawang (rumah kak tia) ke Balakong (rumah Zil).. murahkan... (skrg ni memang tak tahu berapa) if kawan2 nak tambah lagi 1kali makeup utk nikah ke hanya RM150.00 sahaja... jangan risau.. hasil memang deboom... ngeh, ngeh, ngeh... Zil promote ni bukan zil dapat2 apa2 pun... Zil cuma nak berkongsi dengan kawan2 yg masih lagi mencari pakej mak andam dengan harga yg berpatutan tapi cantik dan kena dengan budget kawan2... mcm Zil juga, mengharap b2b yg lain dapat berkongsi maklumat seperti ini...
Zil tak da contoh gambar yg jelas.. hanya ni je yg zil dapat dari kawan2 zil... nak tengok lagi, tengoklah gambar masa zil tunang...

Oh ya, dan lagi satu kak Tia ni tiap minggu bz ya... memang setiap minggu ada je orang booking dengan dia... memang ramai yg amik dengan dia.. walaupun dia tak da butik, tp dah ramai yg kenal dengan dia.. ramai yg puji hasil makeup dia cantik dan kemas... kalau nak booking, kena minimum 3 bulan sebelum kahwin, kalau tak memang tak dapat... dulu, bila nak tengok baju, zil pergi rumah dia.. memang dia buat kat rumah.. tp sekarang ni, dia dah sewa rumah khas utk andaman dia.. sebab baju2 dia dah banyak.. rumah dia dulu dah tak muat... Zil lagi la, siap tambah2 baju lagi... larat ke tak nak pakai ek... tapi kak tia tu cerita, ada sorang pengantin ni sampai 10 pasang baju dia pakai.... waaaa.... larat ke?????

Lagi satu, jangan lupa sebut nama zil ngan kak tia tu ya... hihihi...

VIDEOGRAPHER

Isnin, 17 Januari 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Pada mulanya Zil tak nak ambil OV. Sebab OV ni mahal dan ikut pada event kita.. Dah banyak yang Zil survey, rata2 RM1300/event... Lagi2 mcm Zil ni mestilah nak kena banyak event.. Majlis nikah, malam berinai dan bersanding... Lagi2 majlis nikah ni yg paling penting bagi Zil... Tp disebabkan mahal sangat... Minta mak support, mak kata tak yahla.. membazir je... Membazir ke... tp zil nak gak... bagi Zil OV ni penting... sebab ia akan merakam segala2 kenangan terindah kita.. survey punya survey sampaila ke pameran pengantin Zil Survey.. disebabkan OV ni mahal, so Zil decide nak amik 2 event je iaitu majlis nikah dan sanding je...

Zil tak pandai sangat tentang OV ni... bagi zil, Zil nak cari OV yg
guna kamera besar tak nak yg guna handy cam tu... Disebabkan sifat degil zil ni, mak berserah k... tp mak tak nak support.. mak kata, guna duit sendiri.. tak pelah.. terpaksalah Zil ikat perut semata2 nak amik OV masa majlis Zil nanti..
Lama juga Zil survey tentang OV ni, akhirnya Zil jumpa satu pakej yang menarik bagi Zil dan kena pada budget Zil... Zil cuba contact, layanannya juga bagus dan hasil video yg dirakam juga amat memuaskan.. Apalagi, Zil terus bookingla... settle masalah OV ni.. Pakej yg Zil ambil termasuk majlis nikah, malam berinai, sanding dan outdoor dengan harga RM1150 sahaja... teringin nak wat montage, tapi Zil ni buat kat rumah bukan kat dewan.... Kpd b2b yg masih mencari pakej OV ambilla dengan Arezeo ni... Harga pakej ni dah naik.. dulu Zil hanya RM1150 utk nikah, mlm berinai, sanding dan outdoor.. skrg kalau pakej Yg Zil amik tu dah RM1600. Ni Zil sertakan pakej yg mereka tawarkan skrg..

Pakej Mark I Mark II Mark III Mark IV Mark V
Bilangan & Format Kamera Video HDV HDV HDV HDV HDV
Majlis Nikah (masjid / rumah)
Majlis Persandingan (pihak perempuan)
Majlis Bertandang (pihak lelaki)
Edited Video (DVD)
Unedited Video (DVD) - Raw
Bilangan Muzik Video MTV (highlight) 1 1 1 2 3
Harga RM 900 RM 900 RM 1000 RM 1200 RM 1500

Add-on :
  1. Growning-up Montage - RM150
  2. Outdoor shooting - RM200 (selepas majlis)
  3. Majlis Malam Berinai shooting - RM200
Percuma :
  1. Love Story Interview
  2. Family Interview
  3. Multi Chapter DVD
  4. 2 extra set DVD utk keluarga pihak lelaki dan perempuan
  5. second videographer,
  6. Outdoor shooting percuma untuk sehari (selepas majlis) utk pakej mark V sahaja.
Murahkan... Zil dah booked... kawan2 bila lagi?????

PHOTOGRAPHER

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni Zil nak cerita berkenaan Photographer yg akan Zil amik masa majlis kahwin Zil nanti... Kita layan gambar dulu ya...

Ni gambar masa Zil tunang...


Nak dipendekkan cerita, Zil akan ambil OP yg sama dengan masa Zil tunang.. sebab, Zil puas hati sangat2 dengan hasil dari abg Suhaimi ni... Bukan itu sahaja, pakej yg ditawarkan adalah lebih murah... Kepada b2b yg masih mencari OP bolehlah ambil pakej dengan abg Suhaimi ni:

Dinyraouf
Website : http://dinyraof.fotopages.com/
Contact : Abg Suhami (016-3757466)

Pakej2 yg ditawarkan seperti berikut :

1 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 11x14)
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 150 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 16x20 + Gold Frame
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 2,900

2 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 10x12)
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 10R+Frame
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,900

3 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 8x12)
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,500

4 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,100

5 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,100

6 Pakej Album
• 1 Exclusive Album (Storyline) full editing
(22 kpg 8x12)
• RM 900

7 Pakej Album
• 250 kpg bersaiz 4R
• 2 Sticky Album
• 1 8R+Frame
• 1 DVD- Unlimited Shots/Pictures
• RM 950

8 Pakej Album
• 144 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 4 kpg bersaiz 8x12
• 1 CD
• RM 650


Murahkan kawan2... Zil ni pengantin budget.. Zil takdalah nak amik pakej yang paling mahal tu.... setakat pakej seperti dibawah ni je yg Zil mampu ambil... Jika ada duit lebih nanti, up la atas sikit.. hihihi.. tak salahkan, nilah kenangan kita nanti...

3 Pakej Album Eksklusif
• 1 Exclusive Album (Storyline) (22 kpg 8x12)
• 1 Exclusive Album (Megazine) (22 kpg 8x12)
• 100 kpg bersaiz 4R
• 1 Sticky Album
• 1 DVD - Unlimited Shots/Pictures
• RM 1,500


Selain itu, abg Suhaimi ni leh buat outdoor banyak kali tau, itupun jika kawan2 sanggup nak amik outdoor banyak kali dan tak penatlah... Tapi macam Zil ni, Zil nak amik 2 kali... pertama selepas majlis akad nikah Zil nak ambil gambar outdoor kat Putrajaya, dan kedua selepas majlis sanding Zil nak ambil gambar outdoor kat Taman Tasik Permaisuri...

Kepada b2b yg tengah mencari OP ni, surveyla dengan betul.. sebab segala kenangan majlis kita semua bergantung pada OP ni.. contohnya, jika makeup kita cantik, pelamin cantik tp jika salah amik gambar, semuanya jadi tak cantik.... jadi, lebihkan sedikit budget utk photographer. Sekiranya makeup kita tak cantik, tapi OP kita pandai tangkap, segala2nya cantik...

GAMELAN

Khamis, 13 Januari 2011

Assalamualaikum kawan2...

Rajin pula Zil update blogs ni kan kawan2.. sbnarnya banyak yg zil nak berkongsi cerita tentang persediaan kahwin Zil.. tu yg skrg ni rajin sangat nak update blogs.. Ok, entry kali ni berkenaan Gamelan.. Kawan2 tau kan apa tu Gamelan.. Zil tau, kawan2 mesti tau.. Zil Tanya ni, sebab ramai yg tak tahu sbnrnya… Zil pun tak tahu nak cerita apa itu Gamelan pada kawan2.. hehehe.. tp Zil hanya nak bagi tau, bunyi adunan gamelan ni memang sedap didengar… gemersik je... Selalunya Gamelan ni dimainkan masa adat istiadat di istana, dan juga skrg ni kita tengok, gamelan ni juga ada pada majlis2 Konvokesyen.. dan skrg ni dah popular pula dlm majlis perkahwinan…

Zil suka sangat dengar adunan Gamelan ni… masa gi pameran pengantin kat midvalley, teringin sangat nak amik Gamelan masa wedding Zil nanti…. Tapi Gamelan ni mahal ya kawan2.. tp ada juga yg murah di area Johor bergantung pada alat yg digunakan.. Zil dah banyak survey, majority gamelan ni harganya tinggi iaitu RM2000 above… so, terpaksala zil lupakan je impian zil tu..

Masa Zil pergi ke pameran pengantin di KLCC, Zil terdengar bunyi adunan Gamelan, cepat2 Zil tarik tangan mak dan kawan Zil dan pergi ke arah bunyi tersebut… sesampai di tempat tu, taulah Zil, itu bunyi Gamelan yg selama ini Zil impikan.. nama kumpulan tu AGIM (adunan gamelan irama Melayu). Zil cuba bertanya harga pakej utk gamelan tersebut…. Dan abg tu pun beritau harganya RM1000 termasuk kompang.. Wow, murahla… kena dengan budget Zil… nama abg tu Along, dia beritahu harga mereka adalah harga yg termurah di Malaysia.. tak tahulah betul ke tak… tp bagi Zil, pakej mereka memang dah murah.. dan lagi, mereka bagi free persembahan silat masa nak naik pelamin nnti….hehehe. terusla booking…

Gambar ni Zil ambil dari blogs Xora.. Xora dapat dengan harga RM650. Tp dengar2 skrg memang dah naik ke RM1000.

So, kepada kawan2 yg ingin mengambil pakej Gamelan ni, bolehla hubungi AGIM (Along 019-346-6664). Jangan lupa nantikan mereka di majlis kahwin Zil ya…

FAMISTA TRADING

Assalamualaikum,

Gambar hiasan...

Perabot bilik pengantin Zil dah pun sampai rumah hari ni.. Awal kan Zil suruh hantar perabut.. Actually, Zil dah booking 2 bulan lepas dan minta hantar pada pertengahan bulan February ni… Tapi En Tunang suruh Zil minta percepatkan penghantaran perabot tu ke bulan Januari… Dia kata, biarlah kita settle awal, nanti taklah terburu sangat..


Zil beli perabot ni di Famista Trading kat Klang.. Harga kat kedai perabut ni memang murah berbanding kedai perabot lain.. Knp zil ckp mcm tu, sebab Zil dah pernah survey dari kedai2 perabot lain. Dan harga memang jauh lebih murah.. bukan beza 100, 200 tau.. beza dalam RM1000.. siapa nak bagi kita duit BANYAK tu.. dan lagi, harga yg tertera kat majalah pengantin tu, sbnarnya kita boleh tawarrrrr lagi…


Ok, Zil nk cite lagi pasal FAMISTA TRADING ni… Selain dari perabot mereka yg murah tapi berkualiti, cadar mereka juga murah tau… Zil pun terkejut.. pernah Zil survey cadar kat Nilai. Harga kat nilai mereka buka RM600++.. dok tawar menawar, susah tul.. akhirnya mereka bagilah harga RM500 dengan Zil… TAPI zil tak nak beli pulak.. nak pk dulu… Jahat kan Zil ni.. lepas tawar tak nak beli… cian orang tu… kembali balik pada Famista ni, masa dok survey perabot kat Famista ni, Zil ternampak cadar yg sama Zil tawar kat Nilai. Zil tanyalah pada akak tu, akak tu jawab RM350 ke RM320 (dah lupa pulak brapa, tp 300++ la)… ha, banyakkan beza.. tu belum tawar lagi tu… Tp Zil tak amik cadar tu la… Zil amik cadar lain tapi harga lagi mahal sikit coz Zil nk pilih cadar yg leh pakai hari2… cadar zil beli ni RM500 je.. Zil survey mana2 cadar tu memang takkan dpt dengan harga tu.. tak tahulah kawn2 ada yg dpt lagi murah dari Zil kan.. utk katil dan cadar tu akan zil tunjukkan selepas Zil kahwin.. tak surprise la pulak nanti…


Ops lupa nak bagi tau, cadar yang zil beli tu adalah cadar quilting bersulam dan selimut berzip. Murahkan, harganya hanya RM500 je... kpd b2b tu apa lagi, pergilah serbu Famista tu... hehehe....

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket