KEBAHAGIAAN SELEPAS BERKAHWIN

Isnin, 22 Ogos 2011

Salam semua,
Syukur alhamdulillah kita dah pun berpuasa selama 23 hari termasuk hari ni... semoga ibadah kita di bulan puasa ni diterima.

Nak tanya ni, apa perasaan kawan2 bila dah kahwin ni?? seronok tak? bahagia tak? mesti bahagia kan.. mesti seronok. mcm tu la dengan zil.. walaupun hidup berjauhan dengan suami, zil masih lagi merasa kebahagiaan hidup suami isteri.. nak tau tak??

Pertama, bila kita dapat menyediakan makanan utk suami dan bila suami makan dengan lahapnya, rasa bahagia dan puas hati sangat.

Kedua, kita boleh keluar sesuka hati kita dengan suami. mcm dulu sebelum kahwin, mana boleh zil balik malam.. nak kena marah dengan mak ayah zil. tp sekarang ni, siapa nak marah kita. betul tak. sabtu hari tu, zil keluar shopping ngan hubby dari pagi sampai malam.. balik rumah dalam kul 1pagi lebih.. rasa bebas je... tak perlu nak risau mak marah ke tak..

Ketiga, zil paling suka bab ni.. gatal betul zil ni.. zil suka bila hubby zil peluk zil.. rasa disayangi yg teramat sangat. zil suka bila zil nak bangun pagi masa sahur untk masak, bila jam dah berbunyi menandakan zil harus bangun.. bila zil nak bangun dari tidur, hubby terus cepat2 tarik zil dan peluk zil suruh tidur.. adui.. rasa bahagianya.. rasa masa tu, tak nak bangun dah. nak tidur je lagi dalam pelukan hubby... zil suka sangat...

Dan lagi, bila malam tu zil temankan hubby menonton television.. saja2 je pura2 tertidur atas sofa. lepas tu, bila tayangan tv dah habis...... hihihi.. malu nak cite.. yg ni zil suka.. hubby zil akan dukung zil yg tertidur di sofa sampailah ke bilik..zil suka DIDUKUNG oleh hubby. sukaaaaa sangat.. padahal tak tidur pun lagi.. saja je pura2 tidur.. gatalx3.. aksi ni zil buat bila tinggal berdua di rumah suami je.. jgn buat depan family.. malu. cite ngan mak.. mak gelak je.. mak zil ni umpama sahabat baik zil..

Dan lagi kan.. zil ni kuat tidur tau.. bila dah bangun pagi, lepas sembahyang jemaah dengan hubby, mesti zil akan tidur semula.. lagi2 bila hubby zil pun ajak tidur semula.. sukaala zil.. TAPI, bila dah tertidur, hubby zil yg akan bangun dulu sebab hubby zil nak gi kerja masa tu.. bila hubby zil dah siap mandi, pakai baju nak gi kerja dan siapkan sarapan pagi utk zil, baru hubby zil kejutkan zil dengan ciuman di pipi.. adui.. yg ni zil suka.. seakan dunia ni milik zil je.. wahahaha.. bahagia sangat.. tp tulah, malu tau.. bila tengok sarapan utk zil disediakan oleh suami.. sepatutnya zil la kan.. ni dah terbalik... bila bangun tengok2 suami dah siap2 nak gi kerja... dan zil tinggal nak sarapan je..

time tu cepat2 zil gi mandi sblm hubby zil gi kerja.. sebab zil tak nak tertinggal satu babak ni.. nak tau tak.. zil akan temankan hubby ke depan pintu pagar rumah dan zil akan salam dan cium tangan hubby zil bila hubby zil nak pergi kerja... lepas tu, yg ni zil sukaaaa.. hubby akan cium dahi zil.. wah.. best2.. rasa bahagia yg teramat sangat.. rasa tak keseronokan lepas berkahwin ni.. best kan..

Time nak raya ni, zil memang tak da duit.. almaklumla gaji bulan ni dapat sikit sebab ambil cuti panjang tanpa gaji.. tapi disebabkan ada hubby yg sygkan kita, dpat juga zil merasa bershopping raya.. hubby zil berikan budget utk zil bershopping raya.. tp budget tu, zil gunakan dan sampai terlebih2 pula.. sepatutnya budget tu utk 2 pasang baju raya, 2 handbag raya, tudung dan kasut raya.. bila dah berkenan dengan satu baju tu cantik.. harga 1 baju boleh dapat 2 baju.. jadi budget dah lari la kan.. bila hubby tengok zil sukaa.. terpaksalah hubby menambah budget lagi utk zil..

Masa ni zil terasa yg zil ni boros sangat.. Zil shopping raya utk zil saja habis dalam seribu lebih.. mak zil pun tegur.. mana taknya.. zil ni nafsu shopping kuat.. tu yg nak shopping online je..tak nak gi shopping complex. hari tu gi pavilion.. nak beli lagi satu beg.. sebab 1 beg lagi dah beli online kan.. masukla kedai sembonia.. zil memang suka brand sembonia.. harga berpatutan.. bila masuk tu.. ada 2 beg yg zil berkenan.. tak tahu nak beli yg mana satu.. boleh mcm tu.. siap duk lama kat situ dan fikir.. akhirnya, dua2 zil ambil... nampak tu.. zil ni nafsu shopping tak leh nak kawal... baju raya dah dpt 1... shopping lagi kat jusco. nampak satu baju kaftan tu.. cantik sangat. harga rm100++. zil berkenan sangat.. tp hubby minat ada 1 baju tu ada corak bunga.. harga lagi mahal dari yg zil suka.. hubby zil suka zil pakai baju bunga2 ni.. zil tak tahu nak pilih mana satu.. kalau beli plihan hubby, budget yg diberi hubby dah lari. tp zil mestilah nak puaskan hati hubby.. nak tambah guna duit sendiri memang takda la.. akhirnya, hubby keluarkan duit hubby lagi utk belikan baju bunga2 tu... dan zil rembat juga baju kaftan yg zil nak sangat tu.. hubby zil nak zil happy.. snggup keluarkan duit utk bini tersayang.. hihihi. raya ni dapat 3 beg raya, 3 baju raya..

bab kasut pula... memang dah tak da budget.. sebab perbelanjaan zil dah melebih budget.. dalam hati, tak pelah.. pakai je kasut yg sedia ada.. tp hubby tanya pula.. kasut tak nak beli ke.. zil senyum je.. hubby faham la tu, yg duit dah habis.. hihihi.. tp disebabkan kasih sayang dan cinta hubby pada zil, hubby bawa juga zil masuk kedai vincci.. hubby pilih satu kasut yg dia suka dan tunjuk pada zil.. zil suka, terus hubby bayarkan.. bestnyer.. memang best berkahwin ni.. semua apa yg kita nak akan dpt.... balik shopping berbag2 zil bawa...

oh lupa.. nak tahu tak.. masa zil shopping beli beg kat sembonia tu, masa tu sembonia ada buat promotion.. setiap pembelian beg yg berharga rm200 ke atas akan mendapat percuma satu beg yg berharga RM139.90... zil dptlah 2 beg percuma.. stu warna pink dan satu warna coklat.. dapatlah 4 beg sembonia.. TAPI hanya dikedai sembonia tersebut.. kalau di jusco, sogo takkan dapat tau.. beg di bawah ni.. memang cantik.. boleh pakai terbalik tau.. 2 in 1. beg shopping.. nampak tak.. best kan kahwin ni...
Dalam gambar ni kata " get a shopping bag with RM139.90 at RM69.00 with any purchase. Tp zil dpt free je dengan setiap pembelian beg yg berharga RM200 ke atas.

Tengok dengan lebih jelas.. zil ambil color pink and brown.. dalam gambar ni nampak yellow pulak color brown tu.. masa zil beli tu, biru dan merah tu tak da... yg beg pink tu bila terbalikkan berwarna grey.. cantik.. yg brown tu dalam dia hitam. 2 in 1..

keempat.. masa nak raya.. lagi seronok kan.. dulu pagi raya mana ada kita jumpa bf kita dulu kan.. skrg ni.. pagi raya, org yg kita slam terlebih dahulu mestilah suami kita... betul tak.. agak2 dapat duit raya tak dari hubby zil??? tak pelah.. lagipun dah banyak duit hubby zil kuar utk bulan ni hanya utk isteri tersayang...

kawan2 mcm mn kehidupan lepas berkahwin???? seronok tak? rasa nak kahwin lagi tak?? hehehe.. mana boleh.. cukup la satu..

3 comments:

erin moshimoshi berkata...

WAHHH beshnye ..xsabar nak tggu tahu depan kak oi .:)

Aty Fared berkata...

kehidupan lepas kawen sangat berbeza..!!! walaupon banyak jugak pancaroba dalam mengenali hati masing2..tapi tetap sangat besh..!!! ;p

Mummy berkata...

Alhamdulillah..semoga korang berbahagia slalu...masa mula2 kahwin selalunya indah sebab baru kahwin...dah ada anak nanti sebolehnya cuba kekalkan keintiman dan kemesraan macam ini..baru lar rumahtangga bahagia slalu..selain itu kena ingat jugak yg dalam kebahagiaan kiter itu mungkin ada yg sakit hati atau dengki...mintak2 dijauhkan dari itu semua...romantik betul suami zil nih...apa2 pun slamat berpuasa dan slamat hari raya...raya nanti jemput dtg rumah yer..

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket