MeKaP-MeKaP

Ahad, 29 Mei 2011

Assalamualaikum w.b.t..

Sebelum Zil meneruskan entry kali ni.. zil minta maaf sangat2 sebab dah lama tak update blogs ni.. ampun.... memang semenjak kahwin ni bz sangat2..

Now, Zil nak share tentang makeup.. semenjak lepas kahwin ni.. dah tentulah Zil nak cantik sentiasa.. cantik utk suami.. hihihi...Td zil google tips utk makeup.. nak belajar makeupla konon2nye.. kihkihkih. (*sikit-sikit nak gelak). search kat google terjumpa satu blogs mekap-mekap.. memang best blogs tu.. banyak tips yg berguna pd Zil dan kwn2 yg nak baru nak belajar makeup....

Sebelum ni Zil suka beli barang2 mekap je.. TAPI zil tak pandai nak guna.. jom tengok barang makeup yg zil ada skrg ni... semua gambar2 ni zil dpt dari google.

Ni DERMACOLOR Fix powder yg zil beli kat blogs kak Azwa Kryolan.. motif asal nak pakai gi kenduri2 kahwin... nak muka cantik mcm pengantin...kehkehkeh... berlagak tak hingat kau zil.. suka tengok facebook kak wa dengan alat2 makeup yg selalu diguna oleh para mak/pak andam artis.. tp memang siyes cantik pakai DERMACOLOR ni... muka gebu dan licin je... tahan lama lagi... ramai yg puji makeup cantik kalau zil pakai bedak ni.. mulalah kembang hidung tu bila ada yg memuji...

Produk DERMACOLOR ni produk yang banyak mekap artist pakai untuk mekap pengantin tau...DERMACOLOR fix powder ni yg penting sekali waterproof! Untuk function ke, kahwin ke, runway ke, sesuai sangat la.. Walau dah peluh bagai tuh, confirm cun lagi.. *ayat mcm dah terrer makeup.. ayat copy paste je ni.. ok.. sambung.. Lagi Flawless.. Sets makeup in place and you can even swim in it without worrying. But b4 apply this powder, sure dah guna DERMACOLOR camouflage cream sbgai foundation.. Coz DERMACOLOR fixing powder works well when used in conjunction with DERMACOLOR camouflage cream.. Cantik you ollss... (*ayat c&p juga ni).. Dermacolor ni setanding dengan produk MAC you all dan zil rasa lebih cantik dari MAC... (yg ni baru ayat sendiri, hihihi.. *kalau ada yg hihihi, kihkihkih tu memang ayat sendiri..).. Cubalah try.. tengok harga memangla mahal.. TP sebenarnya murah je.. produk ni besar.. 2tahun pun tak tentu habis .. sebab memang besar....

Alatan penting yang harus ada apabila melayangkan bedak di muka ialah berus besar! Ya, kebanyakan bedak disertakan dengan span, namun penggunaan berus besar dapat memberi kesan yang lebih sheer pada solekan. Span pula dapat memberi kesan yang lebih padat. Pada bahagian yang details seperti batang hidung serta sekitar mata berus kecil yang lembut amat membantu menghasilkan solekan yang sempurna. hmm.. *zil ingat berus besar ni utk sapu blusher je... memang zil ada membeli satu set brush.. dari yg kecil sampailah yg kebesar.. satu set ada dalam 12 batang kot zil punya.. tp tak tahu satu2 brush tu guna utk apa.. zil main guna je... alahai zil ni.. beli je alat tapi tak pandai guna pun.. kena cari maklumat tentang kegunaan brush ni... pakai blusher guna brush besar ni kesannya amat cantik berbanding brush yg kecil.... sebab nampak lebih sekata...
Camouflage cream ni zil beli satu set dengan loose powder.. produk ni waterproof tau.. betul. siyes.. tp zil tak pandai guna.. kihkihkih.. jdlah sebagai barang hiasan je..

Jom kita tengok kelebihan produk DERMACOLOR ni..
Dia under Kryolan brand. Produk baru Kryolan la ni... Perbezaan antara foundation Kryolan TV Pain Stick dan Dermacolor Comouflage cream ialah Dermacolor lebih halus structurenya dan lebih cantik hasilnya... TAPI harga Dermacolor ni jauh lebih mahal tau.. Kpd yg nak tangkap gambar basah2, mandi hujan ke, berenang ke.. leh la guna produk ni.. sebab waterproof.. Zil sendiri nak cuci muka memang susah sikit nak tanggal.. banyak kali basuh baru hilang.. so, kenalh beli pencuci khas utk makeup...

Ni adalah set hantaran dari hubby Zil masa bertunang.. MAC set.. hmm.. Jangan ckp, walaupun tengah jatuh cinta ngan produk kryolan, tp zil juga suka dengan produk MAC.. terutama sekali bedak compact.. kalau zil malas nak guna DERMACOLOR Tu, zil guna MAC studio fix powder.. memang licin dan cantik la pakai bedak tu... tp lagi cantik zil pakai DERMACOLOR..


Ok. yg ni best sangat2.. MAC Strobe cream. Siapa tau kegunaan benda ni? Sila angkat tangan. nampaknya semua tau.. Zil sorang je yg tak tahu..ni juga salah satu item dalam set hantaran makeup Zil.. yg ni yg zil tak pernah guna.. ni orang kata base makeup kan.. zil tak tahu nak guna benda ni sebelum ni. hahahah.. kuno betulkan ... TAPI HARI NI zil dah tau.. sebab dah baca dalam blogs mekap-mekap... hihihi.. bole la digunakan selepas ni.. tak sangka produk ni kegunaannya sangatla best. zil baru je try... memang lagi cantik.. sebelum ni zil pakai terus DERMACLOR Camouflage cream tu.. TP TADI TRY PAKAI MAC strobe cream ni terlebih dahulu.. memang lebih cantik.. jom tengok fungsinya..

Base merupakan perkara asas dalam sesebuah solekan. Base juga menentukan betapa hebatnya kondisi kulit wajah sebelum serta selepas bersolek. Penggunaan base adalah amat penting kerana ia membantu mendapatkan hasil solekan yang berkualiti. Penggunaan base dalam sesuatu solekan adalah amat disarankkan oleh pakar solekan bertujuan sebagai pelindung terhadap kulit wajah sesorang dan juga sebagai pemberi efek yang berkesan terhadap hasil solekan. Base turut berperanan sebagai pelembab kepada kulit juga!

Di bawah merupakan kelebihan menggunakan base sebelum besolek;

  • Melindungi kulit wajah kita daripada bahan kimia yang terkandung di dalam solekan.
  • Menjadikan solekan yang dihasilkan lebih menyerlah serta tahan lebih lama.
  • Supaya aplikasi solekan yang dilakukan menjadi lebih mudah dan mantap.
  • Memelihara kelembutan kulit walaupun terpaksa menggunakan solekan dalam tempoh yang lama.
  • Mengelak daripada pancaran UV yang berbahaya.
Ni adalah produk Naturactor No 1 In Japan.. produk ni sesuai kepada mereka yang tak suka makeup yg agak tebal.. yg ni zil belum ada lagi.. Dalam proses nak beli.. boleh pakai gi keja kan.. sebab bedak ni taklah tebal mcm DERMACOLOR.. produk ni jauh lebih murah dari DERMACOLOR.. boleh jimat sikit duit.. dan brand ni the best in Japan kalau nak kulit tu nampak halus macam artis2 korea tu dapatkan krim naturactor ni.. dan jgn lupa dapatkan sekali dengan loose powder dia.....


Jom kita tengok sedikit details tentang produk ni:

KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM

  • Anti kilauan / tidak berminyak.
  • 100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat, dan noda hitam
  • Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakainya
  • Melindungi kulit dari sinar uv yang menyebabkan pigmentasi
  • Senang digunakan dan tidak melekit
  • Bertahan hingga 12 jam, berbanding bedak biasa hanya 1 jam.
  • Tidak menutup pori-pori
  • Sering digunapakai oleh makeup artis professional lagi satu yang paling penting..... harga yang berbaloi...student pun boleh beli....

Rasanya cukup setakat ni dulu ya.. teringin nak belajar mengandam..kepd yg teringin nak belajar mekap tu jom kita tengok tips dari blogs mekap-mekap ni utk menambahkan ilmu..

http://mekap-mekap.blogspot.com/






3 comments:

OmmaHussein berkata...

zil..da lma tunggu zil update..hehe...aduh..zil wat nida tergoda dgn derma colour tu..huhuh...nida nkbeli gak la nanti..tp after kawin..before kawin xnak mekap sangat, huhu..

fitria berkata...

btl ckp nida.. dah lame tgu zil update.. hehe.. bljr mekap utk pikat suami.. :) mcm i lgsg xpndai mekap.. tgn keras.. penah try mekap, encik tunang ckp mcm badut.. waaa jahat tau die..

zil, nnt emel ye gmbr persalinan tu..
kat fitria5225@gmail.com
tq.. :)

ZiL berkata...

Nida.. hihihi.. masa nak update memang tak da.. bz.
Fitria : samalah mcm zil tangan keras.. tp cuba juga.. gambar tu nanti zil akan email bila dapt dari OP.. zil langsung tak da gambar persalinan kat tangan masa ni..

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket