TART GULUNG

Isnin, 18 Oktober 2010




Ni Zil nak kongsi lagi satu resepi yg selalu Zil buat utk tunang Zil.. Tunang Zil ni suka sangat makan tart nanas yg Zil buat ni... setiap raya mesti kena buat 2 atau 3 balang yg besar utk tunang Zil ni.. Mcm biasa Zil dapat resepi ni dari blogs favourite Zil iaitu kak Diana.. gambar-gambar ni sume gambar Zil amik masa Zil buat tart nanas ni tau.. Sume yg Zil letak dalam blogs Zil ni adalah gambar Zil sendiri yang bermaksud resepi yg dah Zil cuba baru Zil akan share utk kawan2... Tp resepi ni Zil ubah sikit. jgn marah ya yg empunya resepi ni.. bukan pa, zil suka sangat tambah susu tepung dalam kuih yg zil buat.. hihihi..


Bahan-bahannya:
525 gm tepung gandum (Zil kurangkan ke 480gm)
20gm tepung susu (*dalam resepi asal, tepung susu tak da ya..)
30 gm tepung jagung
60 gm gula castor
375 gm butter (*Zil suka guna golden churn atau SCS, supaya nampak lagi gebu dan lagi sedap)
3 biji kuning telur
1 tbsp esen vanila

Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
2. Masukkan bahan kering kedalam mesin, gaul rata.
3. Masukkan butter dan gaul rata lagi.
4. Dengan membuat lubang di tengah adunan, tuangkan kuning telur dan esen vanila dan gaul lagi sampai sebati.
5. Leperkan adunan diatas papan gulung dan terap menggunakan penggulung bergigi. Potong memanjang dan isikan inti nenas.
6. Susun di atas dulung pembakar, lining with baking sheet. Sapukan kuning telor pada atas kuih.
7. Bakar dalam ketuhar sekurang2nya 20-25mins atau sehingga kekuningan.
8. Apabila masak, keluarkan loyang dan sejukkan sebelum dialih ke telap kedap udara.

Bawah ni lah balang yg selalu Zil sediakan utk En Tunang kita ni....

0 comments:

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket