PUDING KARAMEL

Isnin, 18 Oktober 2010



Dah lama rasanya tak update blogs. Ok, entry kali ni Zil nak kongsi resepi karamel dari Alya.. senang dah mudah nak buat karamel ni.. Karamel ni Zil buat pada pukul 11 mlm. Masa tu mak Zil yg request suruh buat utk diberi pada nenek Zil yg tinggal di KL.. disebabkan masa tu dah ngantuk nak tidur, nilah hasilnya.. tak cantik, Zil tak da masa nak edit gambar yg Zil amik ni.. ingat nak letak nama Zil pada gambar tu, hehehe.... malu zil nak tunjuk.. Ok.. ni dia resepinya.. Zil copy paste je..

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

Bahan-bahan (saiz : 16cm)

  • 400cc (400ml) susu segar/susu cair
  • 5sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

0 comments:

 
CINTA WAN - ZIL. Design by Pocket